Saturday, 15 October 2016

Kalau Tulis Cerpen Atau Novel, Ada Orang Nak Baca Ke?


Hai semua. Morning. =D

Sebenarnya nak minta pendapat. Kalau aku post dekat blog ni pasal cerita yang aku tulis, agak-agak ada orang nak baca ke? Tapi tak adalah cerita gembak meletop kebabom sangat. Just something in my mind that I want to express it in words. Komen anda adalah diperlukan. Heee =D


Contoh / teaser :

“Boleh aku tau apa yang ada dalam kepala otak kau tu? Kau ingat perasaan perempuan ni bahan uji kaji ke, ha?” suaraku meninggi. Ada juga aku tunjal-tunjal kepala dia ni nanti.
   Marah aku kat mamat player sorang ni makin membuak-buak. Makin bertambah marah bila aku tengok mata dia yang terkebil-kebil tu macam tak bersalah. Mungkin dia tak pernah sangka yang aku akan marah bila aku tahu dari mulut dia sendiri hal yang sebenarnya. Kalau aku tak fikirkan masa depan aku, dah lama aku tikam mamat ni sampai mati. Tapi nanti tak pasal-pasal aku pula yang meringkuk dalam penjara. Sia-sia saja mati kat tali gantung. Minta dijauhkan.
   “Kau jangan nak marah-marah aku boleh tak? Kau pernah fikir ke apa yang aku rasa? Kau tak faham pun,”dia membela diri.
   Aku menoleh ke arahnya yang sedang duduk di buaian. Rasa nak cekik-cekik pun ada.
   “Kalau kau rasa aku belum cukup faham kau, aku belum kenal kau siapa, kau bagi tau kat aku sekarang sebab musababnya kau buat dia macam tu. Bagi tau sampai aku faham. Sanggup kau buat macam tu? Pernah tak kau bayang perasaan dia kalau dia dengar apa yang kau cakap tadi?” aku cuba luahkan apa yang terbuku di hati.
   Aku terdengar dia mengeluh. Entah untuk apa keluhan itu. Menyesal atau hanya ingin meredakan kegalauan di hatinya. Hanya dia yang tahu.

Thank you =D

4 comments:

  1. jgn risau sbb mmg akan ada org baca! kalau minat menulis, teruskan menulis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Eeca... Nnti lpas dah edit sikit sya post ye.. Tgu masa sesuai

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI