Sunday, 29 April 2018

Acne Treatment Experience (Part 1)


Hai!!

Aku nak share pengalaman aku cuba untuk memulihkan masalah acne yang aku dah hadapi sejak umur 18 tahun. Aku tak tahu masalah ni akan selesai sepenuhnya atau sementara. Hopefully sepenuhnya lah. Tapi sebelum ni tak severe pon. Waktu paling teruk ialah masa aku dekat Kelantan hari tu dengan masa birthday aku (6/1/2018). Tapi aku tak ada gambar lah muka aku masa tu. Aku sendiri nak tengok kat cermin pon tak sanggup. Depress tu jangan cakap la. Just imagine, masa birthday la orang nak happy-happy, celebrate meriah-meriah gitu. Aku pulak gigih pergi klinik swasta biasa, bukan dermatology clinic untuk ambil ubat bagi redakan acne tu. Aku masa tu just fikir nak redakan segala merah-merah bintik-bintik semua tu je. Tak pikir pon nak buat rawatan khusus ke apa ke. Maklumlah, student kan. Tunggu aku kerja dulu kalau nak buat rawatan apa pon.

Masa jumpa doktor tu, dia tanya basic background, check blood pressure, check muka aku. Tak ada ambil detailed medical history pon. Dia cakap kena buat rawatan 3 bulan. Aku macam blur terus. *Ala, kena datang lagi ke lepas ni.* Dia bagi ubat antibiotik dengan cream sapu. Suruh aku consistent makan ubat and elak kena cahaya matahari masa pakai cream tu. *Lecehnya Ya Allah.* Since aku tak tahu aku alergi makanan apa yang boleh sebabkan severe acne tu, dia suruh start dengan elak makan seafood and sambal belacan dulu buat masa ni. Bila dah reda nanti, baru try satu-satu makanan apa yang aku alergi. Dengan itu, aku dah tak makan benda-benda tu untuk sementara waktu. Aku memang craving seafood especially udang. My favorite food. Doktor tak bagi ubat berkaitan hormon macam oral contraceptive pill pon even aku dah mention kat dia pasal possibility of unstable hormone. Dia cakap tak nak kacau hormon dulu buat masa ni since aku tak kahwin lagi. Dia kata, selalunya hormon stabil lepas dah kahwin. Kenapa? Aku pon tak pasti. *Aku kena cepat kahwin ni =D*.

Harga ubat : RM147 (sebab ambil dekat swasta kan). Antibiotik makan 2x sehari (every 12 hours). Sebiji setiap kali makan. Kena makan untuk sebulan dulu. Awal-awal tu aku buat la makan setiap 12 jam. Bila aku try tak ikut sistem 12 jam tu, tak jadi mudarat apa pon, aku pon ikut sempat je la. Janji 2 biji sehari. Aku kena habiskan antibiotik tu dan tak boleh stop separuh jalan. Maksudnya aku memang kena datang setiap kali appointment untuk ambik stock ubat. Pembantu doktor tu bagi kad appointment dan aku tengok doktor tulis diagnosis untuk aku : Acne Vulgaris. Heh, macam extreme benor sakit nya. Haha
Cream ni untuk sapu tempat yang affected (every 12 hours)

Maka dengan itu, my lifestyle changed (just for 1 month). Aku dah tak sentuh make-up kecuali pergi kenduri, take healthy meal (less sugar, flour, junk foods, process food and try to eat more vegetables). Sangat susah sebab aku memang jenis tak suka sayur, spesis makan benda tak sihat je selama ni. Tapi aku start la sikit-sikit. Sekarang aku study pasal make-up for acne prone skin and try one by one products yang aku dah ada (simpan yang tak menyebabkan aku breakouts je). Produk yang dalam bekas colek-colek tu aku buang. Simpan yang jenis botol pump dengan produk dalam tiup je. 

Itu je la dulu buat masa ni. Life is difficult but I'm a human. I can make it easy. Dengan pertolongan Allah. InsyaAllah. =D. Fighting!


No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI