Sunday, 29 April 2018

Acne Treatment Experience (Part 3)

Hai! 
Assalamualaikum

Sekarang dah hampir sebulan aku stop makan ubat sebab ambil antibiotik tu untuk 3 bulan sahaja (maksimum kata doktor tu). Dari second appointment ke third appointment dengan doktor tu, memang tak ada acne yang naik tapi parut tu memang ada (redha je la). Orang lain mungkin tak perasan sebab tak ada yang tegur ke apa. Cuma sorang jela yang perasan sebab dia yang kerja tolong bawak aku pergi klinik dan ada masa muka aku tengah super teruk tu. Masa hujung-hujung ni aku dah start makan macam dulu balik cuma tak makan junk food sangat dan sambal belacan. Seafood aku makan tapi jarang. Masa last jumpa doktor tu, just bincang hal biasa dan dia bagi nasihat macam selalu. Aku pon bincang pasal suntikan HPV jugak dengan dia. Almaklumlah aku dah tua ni pon tak cucuk-cucuk lagi. Dia nasihatkan cucuk sebelum kahwin iaitu sebelum manjalinkan hubungan suami isteri. Selain tu, kalau dah kahwin, tak dapat suntikan free

Sekarang aku dah start degil, makan fast food and seafood. Agak kerap la. Maka naiklah ia di wajah ku seketul dua. Padan muka. Aku perasan yang aku tak boleh minum yakult botol merah tu. Yang botol biru tu boleh pulak. 

Makeup? Tabur bedak Johnson's Baby tu jela nak pergi kelas ke, klinik ke, mall ke. Pakai makeup bila nak pergi majlis have-have je atau bila tiba-tiba gian nak pakai. Itu pon pikir banyak kali. 

Scrub muka pon aku tak boleh pakai dan aku still tak jumpa scrub yang sangat-sangat halus. Kalau  aku buat green tea guna uncang teh tu, kadang-kadang aku simpan serbuk tu untuk scrub. Sebab serbuk tu tak rasa berpasir. Tapi jangan bagi kena gula/susu. Lepas rendam dalam air, keluarkan, barulah letak susu ke gula ke apa dalam teh yang you nak minum. Boleh mix dengan honey untuk buat mask. Tapi aku jarang sangat buat. 

Sekarang aku buat jadual makan setiap minggu. Jadi aku akan nampak, ingat dan sedar dah tersalah makan apa, terlebih makan apa. Sambil-sambil tu guna untuk nak turunkan berat badan jugak. Harapan nya =D 

Exercise? Aku memang bukan spesis yang suka berlari marathon ke apa, so, usually buat dalam rumah ikut video je la. Macam zumba atau apa-apa jenis pergerakan yang tak perlu berlari. Yang aku minatnya zumba dengan tarian la. Housemates aku pon aku dah hasut sekali buat sama-sama. Malulah nak buat sorang-sorang tengah ruang tamu. Sorang housemate aku kata aku ada hidden talent dalam dancing. Haha. Kembang setaman. 

Kalau yang nak pergi jumpa doktor dekat hospital kerajaan, boleh je. Mintak je mana-mana doktor buat referral letter untuk jumpa dermatologist yang bersesuaian. Make sure you bagitahu dah pernah ambil ubat apa macam antibiotik, herba kampung etc. 

Ok. Good luck. Just don't be stubborn like me. Insaf~

Image result for food good to avoid acne

1 comment:

  1. mell pun ingat nak p klinik kulit lah, hehe dah tua pun jerawat dok naik lagi :P

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI