Wednesday, 13 April 2016

Page Turner Korean Drama

Hai!!

Tajuk : Page Turner
Genre : Drama, muzik
Episod : 3
Waktu disiarkan : Sabtu (23:35)
Tarikh mula ditayangkan : 26 Mac 2016
Pengarah : Lee Jae Hoon
Penulis : Heo Yoon Sook dan Park Hye Ryun
Pelakon :
- Kim So Hyun (sebagai Yoon Yoo Seul)
- Kim Ji Soo (sebagai Cha Sik)
- Shin Jae Ha (sebagai Seo Jin Mok)
- Ye jin Won (sebagai Yoo Seul's mother)
- Hwang Young Hee (sebagai Cha Sik's mother)

Sinopsis / review :

Yoo Seul ni seorang pianist yang berbakat dan selalu memang macam-macam pertandingan. Dia selalu kalahkan Jin Mok dalam apa-apa pertandingan. Satu hari tu, dalam pertandingan tu, Yoo Seul jadi page turner untuk Jin Mok masa Jin Mok main piano. Yoo Seul elok je tukarkan page music sheet untuk Jin Mok. Tapi, bila turn Jin Mok, dia buat-buat jatuhkan music sheet tu sebab dia nak sabotaj Yoo Seul. Rupa-rupanya, Yoo Seul hafal dah dan dia main piano tanpa music sheet. 

Jin Mok bengang bila dia kalah dan diejek oleh Yoo Seul, dia pon pergi berdoa dekat gereja suruh malapetaka timpa Yoo Seul. Kebetulan Yoo Seul accident dan disahkan buta. Yoo Seul nak bunuh diri tapi dia terserempak dengan Cha Sik. Start ni lah hidup Cha Sik, Jin Mok dan Yoo Seul berubah. Jin Mok mula protect Yoo Seul, Yoo Seul dah tak main piano untuk penuhi impian mak dia dan Cha Sik mula main piano lepas berhenti dalam bidang sukan. 

Drama ni banyak part sedih dan sesuai untuk tontonan orang yang sedang mencari impian hidup. Sesuatu yang nampak mustahil, akan jadi tak mustahil kalau ada usaha. Lakonan 3 orang ni memang best, especially Yoo Seul dan Cha Sik. Fall in love with Kim Ji Soo's acting. 

Tonton online / download : Page Turner



Tuesday, 12 April 2016

[Review Novel] Sunan Cinta Nan Sakti


Hai!!

Review novel Sunan Cinta Nan Sakti ni adalah sambungan kepada NOVEL SUNAN-Nanggroe Sang Kembara yang telah di'review' baru-baru ni. 



Sinopsis :

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?
Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.
Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.
“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.
“Sebagai manusia... aku sayang padamu.” Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.
Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...
Di sinilah... lahirnya seorang legenda.
Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.
RAMLEE AWANG MURSHID mengekalkan rentak cinta dan aksi dalam alur cerita karyanya kali ini. Nanggroe Sang Kembara menempuhi banyak gendala dalam perjalanan meraih Cinta Nan Sakti. Perjuangan tidak mengenal erti lelah biarpun hampir tewas. Kebangkitan merupakan kemuncak sebuah hakikat dalam layar sebuah hikayat.
Siapa yang bakal belangsukawa? Pencinta atau yang dicintai?


Review :

Novel ni bermula dengan pembunuhan Engku Aminah  oleh Sang Ratu di hadapan Saifudin. Saifudin telah beberapa kali terselamat daripada dibunuh oleh Sang Ratu, orang kenit, Raja Tambuakar, Nyi Burga Kelara dan sebagainya. Kisah cinta Saifudin dengan Sang Ratu pun sedih juga. Maharani dan Wali Sufi "menjampi" Sang Ratu dan Saifudin dengan cara yang berbeza tetapi tujuan yang sama, lupakan cinta. Wali Sufi nak Saifudin lebih mengenali cinta Allah berbanding cinta fitrah dan Maharani nak Sang Ratu jadi kejam tanpa rasa cinta. Ada plot twist dalam percintaan abang kepada Saifudin, Megat dengan Seroja dan satu lagi kisah cinta sedih dalam novel ni antara Jaka dan seorang nenek. Novel ni lagi gempak dua kali ganda berbanding novel Sunan dan menyebabkan aku rasa nak ada sambungan lagi dan lagi. Kalau yang dah baca novel-novel Laksamana Sunan sebelum ni, memang akan automatically refresh scene-scene dulu. Lepas tu rasa, "ooo, macam ni ke yang menyebabkan jadi macam tu,". Ada beberapa ayat yang selalu Saifudin guna dalam dialog dia mula tercipta dari novel Sunan Nanggroe Sang Kembara dan Sunan Cinta Nan Sakti. Bangak tips islamik yang dapat dikutip dari novel berkisahkan Laksamana Sunan ni. Aku pon boleh terikut-ikut dengan bacaan ayat Al-Quran yang Saifudin baca waktu dia dalam kesusahan. Kadang-kadang, penulisan RAM dapat membuatkan seseorang tu rasa insaf dan menusuk kalbu. Heee. Tahniah. 


Dapatkan novel ni sekarang sebab nanti novel baru, Imaginasi nak keluar pulak. Selamat membaca.
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI