Saturday 29 October 2016

Tips Naik Teksi Ikhlas Dari Hati

Hai!!

Haha. Punyalah poyo buat tips naik teksi. Nak naik teksi pon perlu tips ke? Tak adalah tips sangat tapi nasihat dari aku yang banyak gunakan teksi dalam kehidupan seharian ni tau. =P

1) Tahu tempat yang nak dituju

Jangan sekali-kali tanya, "pak cik, nak ke tempat XXX ni berapa ringgit ye?". It's a no no no. (Ini pentingnya tips ke-3). Buat muka confident walaupun first time nak pergi tempat tu dan sebut je nak pergi mana. Alamat yang nak dituju biar jelas. Ada sekali tu pak cik teksi cerita dekat aku, seorang penumpang bagi alamat nak ke Blok A. Blok A bangunan mana entah. Pelik pelik lah hai. Lebih afdal kalau dah buat research destinasi yang dituju. At least tahu landmark tempat tu. Kalau tahu jalan shortcut lagi bagus. Jimat duit. 

2) Cakap biar jelas

Almaklumlah, kadang-kadang ada pemandu yang dah berusia atau lain loghat / slanga nya. Jadi, pastikan dia faham apa yang kita cakap. Kalau dia angguk-angguk tu, jangan ingat dia faham. Pastikan dia bagi respon, ok? Pernah sekali tu aku dengan kawan aku cakap nak pergi The Mines. Tiba-tiba dihantarnye dekat Nouvelle Hotel. Tuhan je la tahu bengang nya tahap apa. Haha. Lain langsung ejaan, bunyi. Semua lain lah. 

3) Pastikan teksi bermeter

Kadang-kadang dekat teksi memang tulis "teksi bermeter" tapi meter nya tak pasang pon. Masa ni, faham-faham lah yang duit akan lesap lebih dari sepatutnya. Hehe. Jadi, tanya dulu sebelum masuk teksi. Kalau dulu, dari KTM UKM ke UKM, kalau ditanya berapa ringgit, memang jawapan nya lain setiap pemandu. Range RM 6-RM 8. Kalau nasib baik dapatlah RM 5. Aku selalu tak tanya. Hulur terus RM 6. Confident penting. 

4) Jaga diri

Keselamatan diri penting ok. Nak-nak pulak waktu tengah malam. Jadi, bersedia untuk sesuatu diluar dugaan ye. Phone dah ready untuk call bila perlukan bantuan dan keluar dari teksi kalau keadaan meragukan. Aku tak pernah alami lagi keadaan yang pelik-pelik masa naik teksi tapi always ready kalau naik sorang-sorang. Tak kisah lah siang ke malam. 

5) Sedia duit kecil

Janganlah bagi pak cik teksi tu sampai RM 100 padahal tambang nya RM 10 je. Berpadalah ye. Kalau ada baki tu jangan segan nak minta sebab kadang-kadang dia pejam mata je baki tu. Kecuali kalau nak sedekah, baguslah. 

Ok lah, sekian saja tips naik teksi yang ikhlas dari hati aku. Haha. Nak senang lagi, naik Uber. Aku tak pernah try lagi. Kalau ada tips atau cerita naik teksi yang nak di kongsi, comment ye. Thank you


Saturday 15 October 2016

Hidup Rumah Sewa [Part 1]

Assalamualaikum.

Hai!!

Post kali ni lebih kurang diari pon ada. Sebulan lebih dah aku duduk rumah sewa. Banyak yang lain dari hidup aku yang dulu-dulu. Bukan nak kata jadi lebih matang ke apa ke. Tapi sekarang aku buat banyak benda yang aku tak suka buat sebelum ni. Sangat bercanggah dengan karakter aku tapi ni lah yang orang panggil adaptation, kan. Kalau cerita dekat mak aku pon dia tak percaya aku buat. 

1) Berkongsi

Hari tu masa aku balik rumah, tiba-tiba aku nampak pinggan aku ada orang guna dan tak dibasuh. Terbiar atas meja. Meletop sikitlah dalam kepala ni. Yeah. Nak guna tak perlu minta izin tapi berpadalah. Lepas guna basuh. Aku jadi ok sebab kawan aku kata "adatlah rumah sewa". Aku kena adapt lah kan. Sampai sekarang dah tak ada dah kejadian macam tu. Mungkin orang tu dah insaf. Hehe. Aku belajar kongsi macam-macam dekat sini sedangkan dulu bilik pon aku tak nak share dengan adik aku. =D

2) Memasak

Aku bukan benci ke apa bab-bab memasak ni tapi aku rasa malas yang teramat sangat. Aku ada interest nak try menu tu, menu ni tapi MALAS tahap langit ke tujuh tu tak dapat nak lawan. Disebabkan nak berjimat, aku dengan roommate aku, Si Emma (guess I'll talk about her a lot after this, haha. She requested) start lah masak-memasak ni. Dia pon jenis suka try menu tu menu ni. Apa lagi, memang try and error je la. Mulut sendiri nak makan, tibai je. =P . Hati ni rasa kembang setaman lah bila Si Emma kata 'sedap'. Fuhhh. Kalau dia masak, semua sedap je pada aku. =D . Aku tak pandai bab-bab rasa ni. Boleh telan, tak mentah, tak over masin, ok la tu. Sekarang ni aku dalam proses belajar basuh/bersihkan ikan, ayam dan yang seangkatan dengannya. Kalau mak aku tahu ni, mau nya dia buat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam. =)


Masuk rumah semalam, ada nota ni. Haha.
Part sapu rumah je aku tak buat setakat ni.
Basuh dapur, basuh bilik air, sapu bilik dah.

Ok, nanti cerita pulak ye.


7 Tips Mudah Melembutkan Tangan Secara Semula Jadi

Hai!!!

Here we go!

Another article that I post at Zalora. 

Credit to Google

Teaser :
Adakah anda tahu bahawa tangan kita boleh dimamah usia? Selain kecantikan wajah, kelembutan tangan juga merupakan first impression apabila berhadapan dengan orang ramai terutamanya sewaktu bersalam atau berkomunikasi. Pasti banyak mata yang memandang dan ia amat penting untuk kita menjaganya. Cuba tips di bawah untuk mendapatkan kulit tangan yang mulus secara semula jadi
1.      Hampas serbuk kopi / hampas teh / hampas kelapa / asam jawa / daun betik muda

Friday 14 October 2016

Geran Bantuan Pelajar Ke IPT Dari Yayasan Pahang


Hai!!

Untuk yang masih belum tahu, Yayasan Pahang (YP) memberi Geran atau bantuan pendidikan untuk pelajar lepasan matrikulasi/asasi/diploma/ijazah dan sarjana. 

- Untuk lepasan SPM/STPM/STAM, dipanggil Geran IPT YP 1.0 sebanyak RM 500. 

- Bagi lepasan matrikulasi/asasi/diploma yang akan menyambung pelajaran ke ijazah sarjana muda, dipanggil Geran IPT YP 2.0, juga sebanyak RM 500. 

- Bagi pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat master/PhD, Geran IPT YP 3.0 dikeluarkan dengan bantuan sebanyak RM 1000

Kriteria permohonan bagi ketiga-tiga geran boleh dilihat DI SINI

Untuk maklumat lanjut, sila ke Laman Web Yayasan Pahang


Terima kasih. =D

Good Luck

Thursday 6 October 2016

Tips Cinta Jarak Jauh


Sesetengah pasangan sering mengelak daripada perhubungan cinta jarak jauh. Selalunya cinta beginilah yang mudah terputus disebabkan pelbagai perkara terutamanya kehadiran orang ketiga. Oleh itu, saya berharap dengan tips ini dapat mengekalkan hubungan dan rasa cinta kalian :


Artikel di atas ini merupakan artikel yang saya share di ZALORA. 

Ingat tu, jangan cemburu buta dan elakkan pergaduhan yang berpanjangan. Pergaduhan adalah asam garam dalam perhubungan tetapi jangan ego untuk meminta maaf. Jangan tergugat dengan kata-kata orang di sekeliling sehingga hilang kepercayaan kepada pasangan anda. 

Love with all your heart

Daa~~~




Wednesday 5 October 2016

Imaginasi [Book Review]

Hai!
Assalamualaikum






Seekor singa putih yang dijaga oleh Arwah Alang Kassim 'diwariskan' kepada anaknya, Suhaila. Singa tu muncul waktu bulan mengambang dan ada sesetangah haiwan ternakan penduduk kampung dimakannya termasuklah ternakan Pak Budin. Persoalannya, betulkah singa itu saka atau jelmaan?

Pak Budin mempunyai anak perempuan bernama Juita yang diminati Abam. Abam seorang yang lurus bendul dan bekerja sebagai penjaga ternakan Pak Budin. Sikap Abam berubah setelah dia berjumpa dengan singa putih itu. Apakah yang terjadi? Siapa Abam sebenarnya?

Suhaila mempunyai seorang anak bernama Hafiz dan mereka telah lama terpisah setelah Suhaila dituduh membunuh arwah suaminya. Hafiz jatuh cinta pada Citra sewaktu berada di luar negara. Mereka pulang ke tanah air untuk melangsungkan pernikahan tetapi hajat mereka tidak kesampaian. Hafiz dan Citra tidak mungkin boleh berkahwin. Mengapa?

Kamil yang merupakan bekas banduan bekerja di kawasan milik Suhaila. Kamil telah lama menyukai Suhaila sejak Suhaila berada di bank yang sama Kamil merompak. Mampukah Kamil membantu Suhaila memulangkan singa putih itu ke tempat asalnya?

Dah berzaman nak review novel Ramlee Awang Murshid tajuk Imaginasi ni. Baru sekarang ada masa. Bagi aku, mood novel ni macam lain dari yang lain. More to love story with a little bit suspense. Kehidupan masyarakat yang suka membuat cerita dan memandang rendah kepada orang lain juga diketengahkan dalam novel ni. Seronok baca novel ni sebab tak heavy sangat sambil merungkai misteri singa putih tersebut.

Kalau nak review pasal novel ni lebih detail, boleh baca Blog Lensahatikenitra

Selamat membaca. 

Tuesday 4 October 2016

Jom Tambah Follower Bersama #jmbelog

Hai

Assalamualaikum

Jom join sekali

Klik Banner Untuk Sertai

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI