Saturday, 30 July 2016

Let's Fight Ghost Korean Drama

Hai!!

Have a nice day everyone!!

Let me introduce to you another great Korean drama, Let's Fight Ghost. Drama ni dah mula ditayangkan 11 Julai 2016 lepas. Drama bergenre fantasi, komedi dan romantik ni semuanya ada 16 episod. 



Pelakon drama Let's Fight Ghost :
- Taecyeon 2PM (sebagai Bong Pal)
- Kim So Hyun (sebagai Kim Hyun Ji)
- Kwon Yool (sebagai Joo Hye Sung)
- Baek Seo E (sebagai Im Seo Yeon)

Sinopsis/review :

Hyun Ji ni hantu yang dah mati masa dia umur 19 tahun. Bong Pal pulak ada keistimewaan dapat tengok roh atau hantu. Bong Pal dengan Hyun Ji team up untuk lawan hantu sebab Hyun Ji ada kepakaran untuk tahu dekat mana kelemahan hantu-hantu tu. Hyun Ji ni roh yang berkeliaran sebab dia hilang ingatan macam mana dia boleh mati. Bong Pal suka dekat Im Seo Yeon tapi Im Seo Yeon ni minat dekat lecturer dia, Joo Hye Sung. Yang suspicious nya lecturer dia ni la, macam psycho

Hantu dalam drama ni tak scary sangat sebab lawa-lawa je pelakon nya. Chemistry hero dengan heroin memang best la. Suka suka suka. Cuma plot dia macam slow sikit sebab Hyun Ji tu lambat sangat nak dapat balik memori dia. Apa-apa pon, best!



Tonton online / downloadLET'S FIGHT GHOST

Selamat menonton.

W - Two Worlds Korean Drama

Hai!!



Siapa yang minat drama Korea tapi tak tengok drama W lagi pergi tengok cepat. Best sangat drama ni. Lain dari yang lain. Drama 16 episod ni dah mula ditayangkan 20 Julai baru-baru ni (Rabu & Khamis, 10 pm). 

Pelakon drama W : 
- Lee Jong Suk sebagai Kang Chul
- Han Hyo Joo sebagai Oh Yeon Joo
- Jeong Eu Gene sebagai Yoon So Hee
- Lee Tae Hwan sebagai Seo Do Yoon
- Kim Eui Sung sebagai Oh Sung Moo

Sinopsis/review :

Ayah Oh Yeon Joo, Oh Sung Moo ni kartunis yang lukis webtoon bertajuk "W". Kang Chul tu watak utama webtoon "W". Satu hari, Oh Sung Moo perasan yang scene dia tak lukis wujud dalam webtoon tu. Dari situ lah dia tahu yang dunia webtoon lukisan dia tu wujud. Oh Sung Moo lukis scene untuk bunuh Kang Chul sebab dia nak tamatkan kegilaan yang berlaku. Tapi entah macam mana, Oh Yeon Joo yang kerja sebagai doktor ni terbawa ke alam webtoon dan jadi penyelamat Kang Chul. Jadi, watak Kang Chul tu tak mati-mati. (Kang Chul ni sepatutnya mati bunuh diri dekat jambatan lama dulu dah tapi masa tu tiba-tiba dia tak jadi bunuh diri sebab nak cari siapa pembunuh sebenar keluarga dia.) Maka bermulalah kisah cinta antara doktor perempuan di dunia nyata dengan President Kang yang kaya raya di dunia webtoon. 

Great actor and actress. Amazing.

Tonton online / download : W - Two World


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI