aku ada 2 perkara yang nak diluahkan.
1) DSLR
aku sudah selamat membeli sebuah kamera DSLR sebelum GST bermula. memandangkan aku seorang yang ada diverse interests, aku telah pun berangan nak membelinya sejak semester lepas tetapi aku mampu menahan kehendak yang satu itu. waktu tu aku hanya fikirkan DSLR sebagai kehendak yang masih belum menjadi kepentingan.
semester ini aku mengambil subjek Pilihan Bebas (Fotografi) kerana aku ingin mendalaminya juga menemani rakan yang sangat suka fotografi. proses memilih DSLR yang berkenan di hati tidaklah terlalu sukar kerana aku masih baru dalam bidang ni. jadi aku hanya gunakan 3 langkah.
i) tanya pada rakan yang mahir (pro @ semi-pro) aku ada seorang rakan yang menjadi photographer untuk majlis kahwin. jadi aku tanya kan pada dia DSLR yang sesuai untuk beginner macam aku dalam bajet RM1500. aku tak boleh letak bajet tinggi sebab nanti aku mesti beli yang mahal sikit dari bajet tu. memang itulah perangai aku. rakan aku suggest Canon 1100D. aku pun dengan otak kosong pergi kedai kamera di The Mines, Serdang. pusing punya pusing, aku hanya masuk 4 kedai je sebab The Mines banyak kedai phone. mungkin ada kedai yang aku terlepas pandang. kedai mula-mula tu aku masuk, tokey tak layan pun. mungkin sibuk. aku yang blur ni, malas nak berlama-lama. aku turun ke tingkat 1. masuk SenQ, pun blur jugak. lagipun, rakan aku syorkan masuk kedai yang jual kamera je. bukan kedai campur-campur. takut lain yang nak beli, lain yang dibelinya nanti. hehe....
maka, sampailah aku ke Fotokem. tapi aku tanya-tanya harga je. buat muka macam paham apa yang tokey tu kata. padahal apa pun tak paham. lepas tu aku melangkah ke CamWorld. memang bulat mata tengok macam-macam jenis kamera. auntie tu pulak pandai promote.
ii) langkah kedua, tanya tokey kedai. aku yang blur ni tanya la soalan yang aku tak berapa faham. dia suggest Canon 700D. tapi harga dia lebih dari bajet aku. aku pun kata aku nak balik fikir-fikir dulu. memang tokey tu akan pujuk sampai kita beli tapi acting pun penting. adik aku nasihat, buat muka macam tahu semua pasal apa yang kita nak beli. acah-acah tak berapa berkenan nak beli. nanti ada la discount. hehe...
iii) tanya pak cik Google. bandingkan apa yang tokey suggest dengan barang yang lebih baik. tengok harga, pro n cons, dll.
keesokan harinya aku ke kedai CamWorld lagi dengan bajet yang baru. aku hadkan RM2300 sebab aku aim untuk beli semi-pro punya kamera. maka, aku dapatlah membeli Canon700D dengan harga RM2k something. auntie tu promote lagi filter and memory . tapi aku hanya upgrade memory. nanti lebih bajet sangat pula kalau layan auntie tu.
2) cerita seterusnya, aku khatam Al-Quran lagi untuk kali yang entah ke berapa pada hari yang sama aku beli DSLR. moga dosa-dosa yang lalu diampuni Ilahi dan peroleh hidayah-Nya.
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D