Assalamualaikum....
entri kali ini aku nak share tentang perjalanan silat aku. rasanya aku tak pernah cerita lagi yang aku join silat dalam blog ni.
ceritanya begini, aku mula join dari 1st year lagi. sebabnya? sebab aku ingat nak belajar seni pertahankan diri dan nak dapat merit. cliche tak? hahahhaha...tapi memang itulah niat asal aku.
tapi aku tak minat silat yang ade bunga sangat sebab.....entah. aku pun bukan tahu apa-apa pasal silat masa tu. aku pun Google la. Of course lah kan. maka, dari situlah aku perasan yang kaedah Seni Silat Cekak Hanafi ni tak ada bunga-bungaan sangat. macam senang sikit. *masa tu je rasa gitu. sekarang? hoho......
belajar punya belajar sampailah tamat. lama juga nak tamat sebab aku banyak ponteng. kuang3... nak buat macam mana, busy. alasan, kan? sebelum tamat (tahun lepas) , aku masuk Kejohanan Wajadiri di UMT. pertandingan apa tu? kalau nak tahu, pertandingan ni khusus untuk ahli-ahli Silat Cekak Hanafi sahaja dan disertai pelajar-pelajar sekolah juga IPT.
tahun ni aku tak nak masuk pada asalnya sebab penat yang teramat sangat dan masa yang terlalu padat untuk latihan, kuiz, assignment, tutorial, dll. kali ni BUSY bukan sahaja alasan tapi memang BUSY baq hang. tapi nak buat macam mana, khidmat aku sangat diperlukan sebab ahli kami tak cukup. nak tak nak, pergi juga berlatih walaupun kadang-kadang ponteng. 25 april 2015 ini kami akan bertanding.
kalian, doakan pasukan kami dapat bawa nama UKM dengan baik.
amin.....
semoga sukses masa pertandingan...
ReplyDeleteThanks a lot
ReplyDelete