Monday, 1 June 2015

The Study Tips

Assalamualaikum..

Musim-musim nak final exam tanpa study week ni, menggagau la masing-masing cari masa nak study. Aku pun samalah. Tak cukup dua tangan, satu otak, dua mata, nak buat semua kerja. Mana nak study lagi, tengok past year question, assignment, group work,lab report etc. Rasa macam nak minta pada Allah bagilah sehari tu 48 jam. Hehe. Sebab kita manusiakan. Siapa yang ada masa lapang 10 jam, dia study tak berhenti 10 jam? Tak adakan. Mesti ada time rehat-rehat, makan, dan sebagainya untuk hilangkan lenguh dan ringankan otak yang semakin penuh ilmu. =P Oklah, di sini aku nak kongsikan serba sedikit tip untuk belajar dan mudah ingat. Walaupun aku bukan budak genius ke pandai ke, tapi apa salahnya share ilmu. Cara study masing-masingkan lain sebab ikut tahap kepandaian dan kepantasan mengingat fakta bagi kami orang Bio ni. Memandangkan aku seorang yang lambat mengingat dan susah fokus dalam kelas, aku buat cara ini. :-

1) Datang kelas

Walaupun kerja ponteng kelas ni aku banyak kali juga buat, tapi selagi boleh datang, aku datang. Kalau kelas elektif tu, aku datang kalau rajin. Kelas subjek major, mesti datang kalau tak balik rumah. Aku bukan fokus sangat apa yang lecturer ajar sebab aku jenis belajar face-to-face, baru cepat faham. Aku susah nak interupt lecturer depan orang ramai. Tak kan setiap kali aku tak faham, aku nak angkat tangan. Bila nak habis syllabus. jadi, apa yang aku buat?

2) Record

Kalau dapat lecturer yang suara kuat, senanglah nak rakam kuliah dia. Tak perlulah sampai buat video macam nak letak dalam Youtube. Sound record pun dah cukup. Jadi, kalau dalam kelas aku tak sempat nak salin atau tak berapa fokus, recorder tu boleh jadi bahan rujukan. Aku bukan seorang yang rajin nak belek buku tebal-tebal bila dah puas Google tapi tak jumpa. Lagipun, apa yang lecturer cakap mesti keluar exam. Kalau dapat lecturer suara slow tu, pesanlah dekat beliau awal-awal untuk guna mic. Rakaman yang kita buat tu boleh dengar waktu nak tidur, sambil jalan-jalan atau waktu nak pergi jawab exam. Kalau nak membaca waktu nak pergi exam, rasanya semua terbang melayang macam tu saja. Tapi ada sesetengah orang cakap, kalau nak rakam suara cikgu mengajar kena minta izin dia dulu sebab nanti tak berkat ilmu yang kita dapat tu. Jadi, untuk keselamatan, mintalah izin ataupun bila kelas last tu, minta maaf dan minta halalkan ilmusemua yang dia bagi.

3) Tidur

Pastikan dapat tidur yang secukupnya. Jangan kurang, jangan terlebih. Maklumlah sebagai student ni, ramai yang tidur lewat. Lepas tu, tidur lepas Subuh. Aku jarang sangat buat macam tu kalau dekat kolej. Kalau dekat rumah, memang tak ada kerja nak buat, aku tidur sajalah. Kurangkan pengambilan caffeine ok. Walaupun semua nak tidur lewat untuk siapkan segala assignment dan caffeine pun ade kelebihan juga.  Tidur yang cukup baik untuk kesihatan kita. Badan lebih segar, kurang stres dan lebih bersedia untuk ke kelas bila bangun awal pagi.

4) Last minute

Aku tak berapa suka nak buat kerja last minute kalau kerja tu bukan kerja group. Kalau kerja dengan orang lain, kita kenalah match masa kita dengan dia pula. Jadi, aku akan settle kan kerja individu dulu dan bila nak dekat final, tak adalah kelam-kabut dengan assignment yang remeh-temeh. Tinggal nak complete kan mana yang patut saja. Bolehlah fokus untuk study.

5) Makan

Pemakanan mestilah kene jaga dengan baik. Aku bukan cakap pasal diet nak kurus ye dekat sini tapi pemakanan seimbang untuk kehidupan yang lebih efektif. Aku merupakan individu yang kurang minat makan sayur tapi suka sangat makan buah. Jadi aku balance kan pengambilan makanan aku dan tak semua sayur yang aku tak makan. Otak yang cerdas dibantu oleh pemakanan yang baik. Makanlah juga makanan sunnah seperti madu, kismis, habbatus sauda dan kurma untuk tingkatkan lagi ingatan.

6) Senaman

Nasihat ni untuk aku juga sebab aku tak minat bersukan macam main futsal atau jogging. Tapi aku suka senaman yang boleh dilakukan secara indoor seperti senamrobik, skipping, regangan, jump squad, atau gunakan kerusi dan tangga. Kalau malas sangat nak bersenam, silalah berjalan kaki pergi dan balik dari kelas. Selain dapat melihat gelagat manusia dan mengambil udara yang bersih, dapat juga menurunkan kalori dan menyegarkan minda.

7) Jaga hubungan dengan Allah

Aku rasa yang ni paling penting walaupun aku sangat culas bab ni. Allahuakbar. Aku pun sedang berusaha untuk perbaiki hubungan aku dengan Yang Maha Esa. Berusahalah bangun solat Tahajud, Dhuha pun kalau boleh jangan tinggal kalau hari cuti tu. Kita nak minta tolong Dia macam-macam, tak kan sikit saja masa untuk menghadap Dia kita tak boleh luangkan. Bukan hanya masa exam kita berusaha dekat dengan Allah, tapi sepanjang masa. Moga Allah bantu kita untuk permudahkan perjalanan hidup kita.

8) Hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan

Jaga hubungan dengan ibu bapa dan adik-beradik sebab doa mereka amat membantu kita untuk hidup yang lebih berkat. Siapa lagi yang sudi doakan kita kalau bukan ahli keluarga. Dengan kawan-kawan pun jaga pertuturan dan perbuatan kita. Aku pun kadang-kadang bergurau melebih juga jadi sebelum final ni, 0-0 lah ye masing-masing. Kalau ada kerja dengan kumpulan, mohon bagi kerjasama walau semangat macam mana pun kita nak dapat 4.0, ok? Kita mudahkan kerja orang, InsyaAllah, Allah permudahkan kerja kita. Semoga ilmu yang kita dapat diberkati-Nya. Amin.

9) Challenge your mind

Amboi, tip memang macam tip-top kan. Haha. Aku ambil situasi aku lah senang sikit nak explain. Sebagai student yang menghadap ayat-ayat Biologi, pathway, scientific terms dan seangkatan dengannya, sangat-sangat memenatkan dan kadang-kadang datang juga bosan tu. Jadi, aku akan main game yang memerlukan fokus, menarik dan menghubungkan sel-sel otak aku. Aku suka math game and searching hidden objects game. Pada aku game macam tu dapat cerdaskan lagi minda dan kurangkan rasa mengantuk waktu study. Sudoku pun disarankan main bagi yang berminat tapi aku kurang minat sebab aku suka game yang cepat naik level =P

10) listen to music

Ha, bila suruh dengar muzik ni, janganlah yang sampai bergegar otak kalau dengar tu. Cukuplah sekadar dengar instrumental melody atau radio yang dipasang perlahan supaya kurangkan mengantuk dan sebagai hiburan waktu study. Aku selalunya perlukan suasana yang senyap kalau nak fokus study tapi kalau nak buat shortnote, aku perlu dengar muzik yang slow sebab aku cepat bosan kalau tulis nota.

Setakat ini sahaja bebelan saya. Apa-apa pun, ini sekadar tip sahaja. Berkesan atau tidak, bergantung pada sifat masing-masing. Sekian.

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI