Hai! Hari ni nak share tip-tip jimat masa beli barang. Semalam punyalah aku belanja sakan. Hari ni insaf, nak berjimat la pulak. ;) Cara-caranya ialah :
1. Senaraikan barang yang hendak di beli. Kalau boleh, double check senarai barangan tersebut untuk tapis apa barang yang tersangat perlu, perlulah jugak dan tak perlu pon sebenarnya. Ok? Aku selalu kena buat macam ni untuk tapis kehendak shopping aku yang bermaharajalela.
2. Pastikan beli apa yang ada dalam list tersebut sahaja. Part ni aku pon tak mampu nak buat kadang-kadang. Biasalah perempuan. Masuk kedai nak beli kasut sukan. Tapi, keluar je dapat sneakers dengan high heel. Aku kena ada orang yang halang apa aku nak beli. Mak dengan ayah aku selalulah control. "Kan banyak lagi","bukan dah beli ke hari tu","beli lain kalilah". Haha. Kalau keluar dengan parent, mampulah control. Kalau tak, lesap macam tu je duit.
2. Pastikan beli apa yang ada dalam list tersebut sahaja. Part ni aku pon tak mampu nak buat kadang-kadang. Biasalah perempuan. Masuk kedai nak beli kasut sukan. Tapi, keluar je dapat sneakers dengan high heel. Aku kena ada orang yang halang apa aku nak beli. Mak dengan ayah aku selalulah control. "Kan banyak lagi","bukan dah beli ke hari tu","beli lain kalilah". Haha. Kalau keluar dengan parent, mampulah control. Kalau tak, lesap macam tu je duit.
3. Kalau untuk barangan dapur, barang basah semua tu, amalkan beli di pasar barangan basah. Contohnya pasar borong, pasar tadi etc. Harga pon boleh tawar-menawar lagi. Barang pon segar. Terbaik dari ladang. Kalau dekat tempat aku, yang jual dekat pasar malam ke pasar tani ke, kawan-kawan parent aku, saudara, jiran dll. Jadi, sambil kita membeli, boleh bantu orang yang kita kenal terutamanya kalau kita tahu memang keluarga dia susah. Janganlah minta kurang harga melampau-lampau.
4. Beli waktu ada sale hari raya, opening promotion, atau jualan penghabisan stok. Kalau barang tu jenis tahan lama, belilah banyak-banyak terus untuk dua atau tiga bulan. Boleh jimat duit minyak dan masa juga. Tak perlu ulang-alik dua minggu sekali beli sos cili dekat pasaraya. Hehehehe.
5. Tak berjenama tapi sama kualiti. Tak perlu beli barang yang berjenama dan mahal. Tak kisah beli yang tak berapa nak famous pon. Yang penting bernutrisi, sedap, dan berkualiti. Ada apa sangat pada jenama. Nanti lepas proses dalam perut pergi mana? Haaaa. Pergi situ kan. =)
6. Beli barang secara pukal. Kalau boleh, janganlah beli benda yang dipaket-paketkan.
Kalau macam ni, beli banyak-banyak terus. Jangan beli yang dalam sepaket ada berapa ekor je ikan bilis tapi dah tiga ringgit. Buat lekat celah gigi je. |
7. Jangan bawa kad kredit. Kalau boleh, bawa wang secukupnya agak-agak cukup untuk beli barang yang disenaraikan tadi. Kalau boleh, kad ATM pon jangan bawa. Tapi susah juga takut apa-apa jadi, emergency ke apa ke. Kena disiplinlah ye. Jangan guna selagi barang tu tak di tahap sangat penting. Hehe. Ok?
8. Banding harga produk jenama A dengan produk jenama B. Bandingkan juga produk A di kedai Y dengan produk A di kedai Z. Aku jarang bandingkan harga sebab aku memang mudah lupa harga-harga ni. Tiap kedai mesti ada barang dia yang murah atau mahal dari kedai lain.
9. Beli barang sekadar yang diperlukan. Contohnya barang yang mudah rosak atau cepat expired. Janganlah beli roti yang tamat tempohnya tiga hari lagi sampai lima bungkus. Lepas tu makan sorang-sorang. Tak habis, buang. No. No. No.
10. Jangan pergi shopping. =P. *jawapan bakal menteri. If you know what I mean.
Ok. Selamat beramal. Daaaa.
10. Jangan pergi shopping. =P. *jawapan bakal menteri. If you know what I mean.
Ok. Selamat beramal. Daaaa.
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D