Assalamualaikum. Hai!
Dah lama tak review buku. Hari ni nak share pasal novel karya Annur Shanana berjudul Dendam Ratu Ular yang diterbitkan pada tahun 2013. Novel bergenre seram ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kaira yang tinggal bersama neneknya, Nek Lijah. Nek Lijah lah yang menjaga Kaira sejak Kaira kecil lagi. Bapa Kaira telah meninggal dunia dan ibunya membenci Kaira disebabkan kecacatan yang dialaminya lantas melarikan diri. Anggota badan Kaira di sebelah kanan cantik seperti manusia lain, tetapi anggotanya sebelah kiri cacat dan menjijikkan. Disebabkan itu, Kaira sering diejek oleh penduduk kampung. Kalsum yang berdendam dengan keluarga Kaira telah bersubahat dengan Daud yang gilakan wang untuk membakar rumah Kaira. Dalam kebakaran tersebut, Nek Lijah meninggal dunia.
Kaira membawa diri ke hutan dan terjatuh ke dalam sebuah perigi yang dijaga oleh Raja Ganerin. Raja Ganerin menggunakan tipu muslihat dan memerangkap Kaira dengan sebuah janji. Kaira akan cantik selamanya tetapi dia tidak boleh bercinta dengan manusia. Akibat dendam, Kaira terikat dengan janji muslihat Raja Ganerin. Kaira berpura-pura hilang ingatan dan menjadi anak angkat Kalsum dengan menggunakan nama Hanum. Hanum digilai jejaka-jejaka kampung tersebut termasuklah Daud. Tetapi, dia dipandang serong oleh gadis-gadis di kampung tersebut termasuklah Fatimah sehinggakan Fatimah menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan Hanum. Hanum dan Fatimah menyukai jejaka yang sama iaitu seorang guru agama bernama Rafli.
Hanum terpaksa menyembunyikan perasaannya itu disebabkan perjanjian yang telah dibuat dengan Raja Ganerin. Dia mengikut Sofea, anak tiri Kalsum ke bandar. Hanum menjaga Sofea dan menyakiti sesiapa sahaja yang berbuat jahat terhadap Sofea. Ini kerana, Sofea sentiasa berbuat baik kepadanya walaupun sewaktu dia hodoh dahulu.
Rafli yang baru kematian ibu bapa nya membawa ibu dan bapa saudaranya ke kampung untuk meminang Hanum. Ketika inilah terbongkar siapakah ibu kandung Kaira, mengapa Raja Ganerin memilih Kaira dan identiti Hanum yang sebenar.
Jalan cerita novel ni menarik minat saya untuk terus membaca sehingga akhir walaupun roughly boleh agak apa akan jadi. The best part mestilah ending yang ditunggu-tunggu. Rafli is so sweet sebab dia terima je Kaira tu walaupun hodoh ke cantik. Part yang cool mestilah waktu Hanum tu kenakan orang-orang jahat yang nak sakitkan Sofea. Novel ni juga masukkan part hati Kaira berbolak balik antara kejahatan dan kebaikan. Naluri Kaira sememangnya ke arah kebaikan tetapi raja ganerin sengaja mengapi-apikan lagi bara dendam yang ada dalam hati Kaira. Tapi akhirnya Kalsum dan Kaira kembali ke pangkal jalan.
Recommended.
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D