Sunday, 1 December 2019

Bercuti 3H2M di Cameron Highland [Kea Garden Guest House & BOH Tea Centre Sungai Palas]


Assalamualaikum
Hello there!!

Fuuhh fuuhh fuuhhh *tiup habuk*
Berdebu, bersawang dah blog ni.
Lama tak menaip.

Minggu lepas, seusai tamat majlis farewell dekat tempat kerja aku, terus aku chauuuu ke Cameron Highland. Nak merasa kedinginan atas bukit musim-musim hujan ni. Dah lah asal bukak IG je, ramai orang yang aku follow pergi CH jugak. Kenapa semua nak pergi time ni? Mau nye tak jammed atas bukit tu. Kitorang plan pergi Khamis, balik Sabtu. Sebab confirm weekend akan sesak. Nak bergambar pon susah nanti. 

Sampai je CH, kitorang check in dekat Kea Garden Guest House. Tempat memang lawa. Penuh bunga-bungaan. Malam lagi lawa sebab ada lampu-lampu. Memang romantiklah nak honeymoon ke apa. Siap ada orang ambik gambar untuk konvo lagi dekat situ. Sebelah Kea Farm je. Senang nak shopping jugak. 

Hahaha. Nur pagi-pagi tak nampak rupa aku. Sebenarnya nak balkoni yang menghadap bunga lawa-lawa. tapi dapat balkoni yang dekat dengan taman strawberi. Petik dari bilik pon sampai agaknya.

Mak, ayu tak anak mak ni?? Hahaha

Had a great night staying at this guest house

Dikelilingi bunga. Bunga ke saya lagi cantik? Opsss

Asal la lighting cerah yakmattttt

View dari level 2. Yang pondok kecik-kecik tu tempat tidur juga tapi bilik air kat luar.

Suka nauuu aku kalau gambar menampakkan aku tinggi. Heeeeeeee

Donno how to pose. Tryna be a model. KKKKK...




Habis meleret kain. Lencunnnnnn


Lepas dah berposing sakan dekat guest house, kitorang pergi cari breakfast area Kea Farm. Tapi hujan renyai. Sempat beli steam sweet potato je. Oh ye, nak masuk area taman yang meriah dekat guest house ni kena bayar RM1. Dia punya lantai ada letak rumput jadian tu tapi basah rumput tu. So, habislah kain aku yang meleret tu berlumpur sikit. Masuk bilik, basuh & keringkan guna hair dryer. Tambahlah satu kerja aku pagi tu. Gedik sangat pakai warna putih. 

Lepas check out, kitorang gerak ke BOH Tea Centre Sungai Palas. Sebelum ni pernah datang CH, singgah Cameron Valley je. Kali ni nak merasa bergambar di ladang teh BOH pula. Walaupun jalan macam balik kampung aku. Bagai ular kena palu di tambah dengan lobang-lobang. Bertabah je la. 

Memandangkan kitorang lapar waktu sampai tu, malas bergambar sakan lagi. Yang penting perut kena isi. Penuh dengan manusia masa sampai cafe dia dekat puncak tu. Tunggu la turn nak duduk dekat balkoni yang menghadap ladang teh. GIGIH. 

BOHHHHH. Here I ammmmm.


Simple breakfast

Risau je kau jatuh cawan oiiii. *demi sekeping gambar




Ingat bergambar dengan Shah Rukh Khan? Posing kalah bollywood

A dream picture


Settla dua tempat. Ke mana lepas tu? Tunggu next entri pula ye. 
Hint : Nasi lemak warna pink

Bye.





No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI