Sunday, 18 October 2015

The SLAI UKM


Hai geng! Haha.

Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih untuk owner blog sofinahlamudin.com yang sudi buat entri ajar saya pasal edit blog ni. Biasalah newbie yang dah berkarat ni memang blur bab-bab IT kadang-kadang. Dah 3 tahun ada blog tapi tak pandai-pandai jugak. Sadis sungguh.

Esok ada kelas, malam ni lepak lagi berblog bagai. Bagus sangat. Student contoh memang macam ni. Haha. Aku sedang mencari idea nak tulis resume sebenarnya ni. Ku seru ilham, menjelmalah!! Gituhh. Resume ni bukan untuk minta kerja lagi ye. Sabar. Lambat lagi nak berganjak ke alam pekerjaan. Kali ni aku bersungguh buat resume sebab nak upload dalam Laman Sistem Latihan Amali/Industri (SLAI). Apa benda pulak dah SLAI ni? Ikan salai ke? Eh, bukan, bukan. Jangan asyik fikir makanan je. SLAI tau.

Bila buka laman web tu, pilih no.1 ok. Lepas tu keluarlah macam biasa. Laman utama bagai tu. Klik dekat Pelajar > Permohonan > Permohonan. Maka, keluarlah segala maklumat peribadi anda wahai pelajar UKM. Isilah ruang maklumat tu sampai siap dan simpan.

Upload resume anda di sini tau. 
Lepas dah siap hantar resume tu, klik dekat bahagian Permohonan Latihan Amali/Industri tu. Pilihlah nak tempat LI berdasarkan kod / nama / bandar / negeri / negara / Pusat pengajian/program/jabatan

Kalau pilih berdasarkan kod, masukkanlah kod dekat situ. Kod ni kalau tak salah aku, kod agensi yang kita nak tu. 



Kalau dah tetap nak tempat dekat mana, taip je terus dekat "nama". 


Part bandar, negeri , negara dan pusat pengajian tu, semua akan keluar column sila pilih. Jadi, pilihlah mana yang berkenan. 

Lepas tu klik "Capai"

Lepas tu akan keluar senarai tempat yang boleh dipilih melalui sistem. Macam ni.


Aku pilih Bandar Baru Bangi sebagai contoh. 
Nampak tak hujung tu dia tulis "keutamaan agensi", lepas tu ada kod-kod tu?
Itu kod program kita. 
Macam aku ambil jurusan Genetik.
Kod aku STBG. Kenapa?
ST = Fakulti Sains dan Teknologi
B= Biologi
G= Genetik

Klik dua (2) tempat sahaja ok. Kalaulah tempat LI yang diidamkan tiada dalam senarai sistem, sila isi Borang Maklumat Agensi dan ikut prosedur yang sepatutnya. Jangan nangis pulak sebab tak ada dalam list tu. 

Dah kenapa aku buat entri tutorial isi borang ni? Aku nak cakap pasal resume je tadi. Waduh3. BTW, goodluck ok!!





No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI