Assalamualaikum, hai =D
Aku dalam keserabutan buat research proposal yang tak siap-siap, exercise Analisis Statistik Biologi nak kena submit before midnight ni tapi tak tahu nak buat macam mana, and jerebu dah menyebabkan aku risau nak keluar shopping tak tentu hala macam selalu, jadinya, update blog la jawabnya. Haha. *apa kaitan tah.
Baru-baru ni ada seorang senior lelaki tanya aku, "kenapa perempuan suka kongkong boyfriend (BF) dia? Dia tak bagi like status FB, komen dengan perempuan lain pun tak boleh".
*aku macam.........hah?apa? muka memang blur habis.
Aku manalah tahu. Aku tak pernah mengalami situasi tu. Tapi aku perahlah juga otak ni berfikir jawapan yang mungkin dapat puaskan hati dia. Lelaki bukan senang nak faham perempuan. Dia nak cuba faham pun dah kira bagus. Perempuan pun kadang-kadang tak faham diri sendiri. *macam aku. Hukss.
Actually bukan perempuan saja yang suka kongkong, ada juga lelaki yang macam tu. But, certain perempuan suka lelaki yang mengongkong. Maybe sebab nampak lelaki tu care pasal dia. Maybe.
*Apasal aku update status ni. Ni 1st time aku update topik macam ni.
Jawapan yang aku dapat fikir :
1) Kurang percaya
Kalau awak percaya dekat partner, kongkong-mengongkong ni tak kan jadi. Jangan terlalu takut BF tu dirampas. Be rasional. Be the best. Yakin dengan diri sendiri dan yakin dengan partner. Kalau ada jodoh, tak ke mana.
Tapi, kalau BF you asyik like gambar perempuan seksi, gambar ex-GF dia, atau apa-apa yang tak berkenan di hati, bagitahu elok-elok yang you tak suka dia buat macam tu. Tapi kalau tu gambar classmate dia atau cousin dia, janganlah nak marah-marah. Kalau dia komen biasa-biasa, biarkanlah. Tapi kalau komen manja-manja, smiley lovey-dovey, bagi kaki je. Haha. Jangan ikutkan hati sangat. Cuba untuk percaya tapi jangan 100% sebab dia bukan husband lagi. Kalau dah kahwin, mestilah kena percaya dekat suami. Jangan tuduh yang bukan-bukan, marah tak tentu pasal. Selidik dulu.
2) Terlalu sayang
Yang ni pun masalah juga. Haha. Girl ni sayang lelaki tu je. Jadi, lelaki, sila bersyukur. Kalau dia tak sayang, dia tak akan peduli BF dia nak layan perempuan mana pun. Ye tak?
"Kau layan awek lain, aku pon boleh layan lelaki lain".
Hah, kan lagi haru.
Sebab dia setia , jadi dia nak partner dia pun setia. Lelaki kena cuba faham apa yang GF dia tak suka. Mungkin boleh kurangkan komen-komen yang tak penting tu. Ok?
3) Sifat ingin tahu
Awak kat mana? Awak, awak kat mana?
Bosan ke kalau GF tanya soalan yang sama setiap 5 minit? Haha.
Perkara ni mungkin banyak berlaku bila hubungan jarak jauh. Sebab dia tak nampak, dia tak dapat bayang. Macam mana tempat kerja partner dia, ramai perempuan ke, betul ke macam tu, betul ke macam ni. Sebab tu dia selalu tanya. Sebab dia nak tahu.
Jadi, bila ada masa, bawalah GF/isteri pergi jumpa kawan-kawan tempat kerja yang mulut boleh pakai sikit. Dapat kawan yang jenis loyar buruk, dia cakap " ni awek kau yang ke berapa ni?"
Padahal kawan tu gurau je. GF pula jenis over-sensitive, makin bergaduhlah jawabnya. Cubalah bawa partner lalu depan tempat kerja, depan rumah sewa, bagi dia dapat bayang berapa jauh tempat kerja dengan rumah, warung lepak area mana, pasaraya jauh ke dekat. Jadi, dia taklah curious sangat.
4) Saja-saja
Apa punya point ni? Ala, tak faham ke? Perempuan ni kadang-kadang datang la manja dia. Nak merajuk sikit. Acah-acah je tak suka tu, tak suka ni. Jadi, ringankanlah mulut tu untuk memujuk. Ni skill yang lelaki mesti ada. Pandai pujuk. Bagilah ayat macam mana pun. Bagi hadiah pun boleh. Kalau tak tahu nak pujuk guna ayat apa, Google. Bersepah ayat jiwang. Tapi pujuk biar ikhlas. Ok?
That's it. Tapi aku rasa perkara macam ni masih boleh dibawa berbincang. Jangan gaduh-gaduh, ok? Benda boleh settle. =D
Peace!
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D