Thursday, 5 November 2015
The Juvana 2 Movie
Hari Jumaat minggu lepas aku tak tahu kenapa aku pergi tengok wayang padahal aku busy ya amat. Sebab stress sangat kot. Maka menononglah aku ke The Mines. Pergi tu bukan tujuan nak tengok wayang. Cadang nak beli barang je. Lepas tu ingat nak balik terus. Memang tak. Menipu je terus balik. Tengok je TGV, terus fikir nak tengok cerita apa. Hampeh.
Awal-awal masuk Hall 1 tu, screen tak tayangkan iklan ke apa lagi. Gelap gelita. Aku ni was-was la. Betul ke hall aku masuk ni? Kang meraban tak tentu hala je kang. Aku pon dah sure tempat tu betul, aku tunggu dekat luar je. Malas aku nak bergelap. Macam pelik je. Tak lama tu, ada la iklan. Tapi tak ada suara pulak. Macam tengok iklan bisu. Bila cerita dah mula, still tak ada suara. Maka ada la seorang mamat yang rajin, pergi complain dekat pekerja wayang tu. Lepas satu dua minit, cerita ditayangkan semula sekali dengan suara.
Sinopsis Juvana 2
Kalau aku boleh bagi rate, aku kasi 2.87 dari 5 bintang. Tak tahulah cerita tu tak kena dengan jiwa aku atau sebab aku baru lagi tengok Polis Evo. Nak tak nak dalam hati ni terrrrr compare la antara dua cerita tu. Aksi style la part lawan-lawan tu. Ngeri juga yang rebus tangan tu. Tapi motif aku tak faham sangat. Ending pon tak faham. Macam ada sambungan lagi. Siapa jahat, siapa baik pon aku confuse. Sangat memerlukan watak Lan Todak untuk meriahkan lagi jalan cerita. Nasib baik ada Daim tu. Hidup juga la mood nak tengok. Yang aku suka sebab Daim dengan Sara berlakon dekat library UKM. Heee. Terbayang-bayang je suasana library tu.
BTW, ulasan ni atas pendapat aku je ye. Sorry. Usaha lagi. :)
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D