Hai!
Tajuk : The 5th Wave
Bahasa : Inggeris
Klasifikasi : P13
Ditayangkan bermula : 14 Jan 2016
Genre: Science Fiction
Pengarah : J. Blakeson
Pelakon :-
- Chloƫ Grace Moretz (sebagai Cassie Sullivan)
- Nick Robinson (sebagai Ben Parish)
- Alex Roe (sebagai Evan Walker)
- Maika Monroe (sebagai Ringer)
- Liev Schreiber (sebagai Colonel Vosch)
Cerita / sinopsis / review:
Cassie tinggal dengan adik lelaki dia,
Sam dan mak ayah dia. Cassie minat dekat seorang kawan sekolah dia,
Ben. Tapi minat dari jauh macam tu je la. Satu hari tu, dunia digemparkan dengan kedatangan satu
kapal angkasa or mysterious object apa benda tah dekat udara. Sejak tu, bumi ni musnah satu persatu. Tapi bukan secara keseluruhan. Kemusnahan tu datang dari
satu gelombang ke satu gelombang. Segala alat
eletronik, kereta, air paip, eletrik semua tak boleh berfungsi.
Gempa bumi dan tsunami berlaku. Ramai yang mati. Semua itu terjadi disebabkan
"The Others". Tapi masa ni keluarga Cassie hidup lagi. Gelombang
wabak yang dikhabarkan dibawa oleh burung-burung pula melanda. Disebabkan wabak ni, mak Cassie mati. Ayah Cassie bawa Cassie dengan Sam ke satu
kawasan pelarian yang menempatkan semua yang masih hidup. Waktu malam tu, ayah Cassie bagi pistol dekat Cassie untuk guna waktu kecemasan sahaja. Ayah dia kata, dah tak ada tempat yang selamat dah termasuklah kawasan pelarian tu.
Esoknya tu, datang beberapa bas dan kereta tentera. Cassie pelik sebab macam mana kenderaan-kenderaan tu boleh bergerak sedangkan kereta lain tak boleh berfungsi dah. Tentera tu kata, kanak-kanak boleh naik ke dalam bas untuk dibawa ke tempat selamat dan orang dewasa ke dewan untuk dengar taklimat. Cassie dan Sam naiklah bas dan ayah Cassie pergi dengar taklimat. Tiba-tiba Sam cakap dia tertinggal
teddybear dia. Merengeklah Sam dalam bas tu. Cassie turun dari bas untuk ambil
teddybear Sam. Waktu Cassie pergi ke khemah tempat pelarian tu, bas tentera tu bergerak. Cassie kejar tapi dah sempat.
Sam dan Cassie terpisah.
Cassie pergi cari ayah dia dekat dewan yang katanya ada taklimat. Dari luar dewan, Cassie nampak ayah dia dan ayah dia bagi isyarat jangan datang dewan tu.
Colonel Vosch yang bagi taklimat tu kata, ada penjahat dalam kalangan orang yang ada dalam dewan tu. Jadi, mereka terpaksa kurung dulu orang-orang dewasa tu dekat situ. Ramailah yang bantah sebab masing-masing risaukan anak mereka. Maka berlakulah pergaduhan dan pembunuhan.
Cassie yang menyorok dekat belakang kereta tentera nampak orang-orang dalam dewan saling tembak-menembak. Dia lari masuk dalam hutan. Lepas dia pastikan yang Colonel Vosch dan tentera-tentera tu dah pergi, dia datang balik dalam dewan tu untuk cari ayah dia. Tapi ayah dia dah mati. Cassie ambil senapang salah seorang tentera yang dah mati dan lari ke dalam hutan. Cassie tulis
jurnal sepanjang proses dia larikan diri dalam hutan tu untuk cari tempat adik dia dibawa.
Tiba-tiba Cassie nampak orang-orang yang mati dibunuh di tengah jalan. Masa Cassie nak tengok mayat tu, dia ditembak dekat peha. Cassie
pengsan.
Kanak-kanak yang dibawa ke satu pangkalan tentera apa dia tah namanya, diberi nombor dan dilatih untuk jadi tentera. Mereka dilatih untuk memusnahkan "The Others" yang bakal melancarkan gelombang yang kelima pula. Sam dan Ben termasuk di antara bakal-bakal tentera dekat situ. Ben jadi salah seorang ketua pasukan di kem tu. Semua kanak-kanak yang diselamatkan mempunyai
tag bebentuk bujur yang ditanam di belakang leher masing-masing.
Ringer pula masuk lewat ke kem tentera tu tapi dia handal daripada Ben.
Cassie yang pengsan tadi deselamatkan oleh
Evan yang sebenarnya salah seorang "The Others". Kenapa Evan selamatkan Cassie? Siapa Colonel Vosch sebenarnya? Untuk apa
tag di leher kanak-kanak tu? Macam mana Cassie dapat jumpa Sam? Sempatkah Cassie jumpa Ben?
Kenalah pergi
cinema dan tengok sendiri.
Confirm tak rugi. Cerita yang suspen dan mampu buat aku fokus.
Well, you know me. Aku memang spesis susah nak fokus dan mudah bosan. Hehe. Aku bagi 3.85 bintang untuk filem ni.
Best weh. Waktu aku tengok tadi, aku agak
kiss scene ditapis.
Good, good.
Tengok
trailer DI SINI.