Hai!!
Semalam (30 April 2016),
students STAB3023 PEMULIHARAAN & PENGURUSAN SUMBER GENETIK ada
field trip di Lanchang, Pahang. Kami pergi
Deerland Park dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. Lebih kurang 2 jam lebih baru sampai sebab ada berhenti dekat Genting Sempah untuk sarapan.
Sebelum masuk melawat haiwan-haiwan di situ, kami diberi taklimat oleh pengusaha Deerland Park, En. Abdullah. Beliau banyak menyelitkan ilmu-ilmu Islam dalam taklimatnya. Di Deeland Park ini bukan sahaja ada rusa, tetapi banyak lagi haiwan unik yang lain. Kami diberi peluang untuk pegang beberapa haiwan yang tidak membahayakan.
 |
Bahagian hadapan Deerland Park |
 |
Yang baju biru tu owner tempat ni, En. Abdullah |
 |
Kami diberi peluang untuk memberi makan kepada rusa-rusa di situ |
Di dalam Deerland Park ni turun disediakan tandas awam dan sinki untuk basuh tangan lepas pegang-pegang haiwan tu. Ada juga kedai cenderamata dan tabung derma.
 |
Tabung untuk derma kepada pekerja dan haiwan di situ. |
Yuran masuk ke sini sebanyak RM 6 dan ia berbaloi. Sesuai untuk bawa kanak-kanak sebab teduh dan tak sesak dengan manusia. Jadi kanak-kanak boleh mengenali haiwan dengan lebih dekat. Tempat ni lebih kurang
FITC tapi lagi
best dan murah. Pelancong dari luar negara pon datang dekat sini sebab dah alang-alang nak melawat gajah dekat Kuala Gandah.
Untuk lawatan ke Kuala Gandah tu, aku cerita di entri lain ye.
Daa~~
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D