Showing posts with label moment. Show all posts
Showing posts with label moment. Show all posts

Wednesday, 21 October 2020

My E-Day!!!! (Part 1)


Hai semua yang membaca!

Sebelum berhabuk cerita hari pertunangan saya, baiklah saya post dekat blog ni terus bila datang mood rajin ni. Seperti yang dirancang, majlis pertunangan secara kecil-kecilan telah diadakan pada 10.10.2020 di kediaman ibu bapa saya jam 11.30 pagi. Pada asalnya kami bercadang untuk membuat majlis yang lebih meriah dengan jumlah tetamu yang lebih ramai, tetapi keadaan kes Covid-19 tidak mengizinkan. Oleh itu, jemputan hanya dalam 60-80 orang sahaja.

Daripada memilih tarikh, baju, pelamin, hiasan hantaran dan makeup, saya yang uruskan sendiri kecuali makanan tetamu. Makanan tetamu ditaja oleh bapa yang tersayang. Thank you ayah!! Semuanya serba sederhana. Cukup seperti apa yang saya rancang dan inginkan. 

Alamak! Tak tahu nak start cerita dari mana. Hehehe. 

Jom tengok gambar la okay?


Kita start dengan throwback cerita masa merisik dulu ye. Dari sebelah kanan : ayah saya, future FIL, future tokwan in law, future MIL, future nenek in law, mak saya dan saya. Rombongan merisik datang di petang hari pada 22.2.2020.
Dapatlah saya sebentuk cincin di hari merisik.

Lepas tu, memandangkan saya tak ada kreativiti nak menggubah hantaran tapi saya nak hantaran tu lawa, saya ke IG @manistation untuk tempah kotak hantaran premium. Tapi, design atas kotak tu tunang saya yang buat. So, tak payah upah orang @manistation untuk design kan. Alhamdulillah, kotak sampai awal dari yang dijadualkan. 

Saya memang nak ada perkataan ETERNAL LOVE tu.

Ada maksud di sebalik perkataan tu. In 10 years saya kenal tunang saya, there was a moment when both of us almost give up and fed up with each other. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, entah macam mana boleh dengar satu lagu bertajuk 'Eternal Love', semuanya kembali pulih dan dapatlah bertunang. Hehe. 

Kotak siap!!

Simple je kan bahan-bahan nak hias kotak hantaran. Sekuntum bunga pon malas nak beli. Kita guna ribbon dengan shredded paper.
Special untuk yang baca post ni, saya tunjuk lah hantaran simple dalam hidden hantaran ni. 

Tuala sulam request dari mak. Nak ada barang maujud yang tulis tarikh tunang. Tempah di IG @tuala_sulam_comel

Sejadah dan buku biografi Rasulullah S.A.W. Buku tu dah beli sejak mula-mula fikir nak kahwin. Untuk jadikan panduan dan contoh tauladan.

Sling bag, wallet and belt. Semua kena ikat dengan reben je ha. Ikat reben pon kena minta tolong mak sebab baru tahu tak pandai ikat lawa-lawa. Hehehe. Tangan tak berseni betul.

Di zaman moden ni, of course sirih junjung beli siap terus dan artificial daun sirih je. Senang hidup.
  
Coklat standard kena ada dekat hantaran. Bagus dia ni. Tak cair kalau bawak berjalan jauh.

Masa ni saya pon tak tengok rupa dalam dia macam mana. Order brownies bentuk love. Alhamdulillah pihak lelaki puji sedap. Tak sia-sia tempah dengan @KekbyCake.

Siap ditutup. Reben tu saya tak gam sampai ke bawah kotak. Cuma gam di sebalik penutup kotak sahaja. Supaya senang nak buka.

Bunga tangan pon buat sendiri. Beli je dekat Kaison atau mana-mana kedai bunga.

Siap! Proud of myself. =D Cantik pada mata saya, cukup. Hehe.

Okay. Let's move to our dais. At first, fikir-fikir rasa macam tak nak pelamin. Nak ala-ala bersila biasa tu je. Sekali mak request nak ada tempat ambil gambar dengan family sekali gitu. Lepas tu dah tempah pelamin yang banyak dedaunan, eh mak nak yang banyak bunga. Nasib pihak @pelaminis ikutkan aje customer yang tak tetap pendirian ni. Kikikiki. 

@pelaminis suggest dekat saya beberapa design dan saya pilih yang ini walaupun tak faham sangat lukisannya itu. Kita percaya je.

Inilah hasilnya. Cantik dari yang saya expect. Alhamdulillah =D

Ok. Lepas tu apa pula ek? Ha!! Cincin!!
Saya bukan jenis yang pakai cincin. Cincin merisik pon pakai on off. Pakai masa pergi keluar jalan-jalan je. Masa kerja tak pakai sebab tak selesa. So, memang cari cincin yang halus je untuk tunang.

It's cute!!. Eternal love punya konsep kan. Kebetulan. Bentuk infinity dan ada dua love. Comel.

Sediakanlah scan code MySejahtera dan form rekod suhu tetamu.

Gini lah rupa brownies yang ditempah. Dapat gambar kat Whatsapp KekbyCake.

Selfie kejap sebelum makeup.

Okay. Kita sambung cerita di Part 2 ye. Daa~~

Friday, 16 October 2020

Checklist Persiapan Pertunangan Musim Covid-19


Hai everyone!!

This is just a simple sharing session untuk kenangan sampai anak cucu gitu. Untuk yang tak kenal saya, saya memang jenis semua benda nak kena plan dan plan saya mesti kena jadi. Kalau tak, memang berapi je la nanti. The moment I decided I wanna get married, wayyyyy before I graduated my master, saya dah plan sikit-sikit. Survey sana sini. Untuk majlis tunang, nikah, sanding, bertandang, all settled. Unfortunately, due to my carelessness (read : stupidity, hehe), laptop rosak. Kena format. All gone, including my research manuscript. Luckily dah grad lah masa tu. Kena lah buat semula checklist. Nasib baik ingat cuma malas nak taip semula semua benda.

Checklist untuk majlis tunang much more simpler than majlis kahwin, of course. Macam saya, saya suka buat jadual. Column mesti ada :-
  1. Bulan / tarikh nak tempah / beli 
  2. Perkara untuk dibuat
  3. Nota (reminder/butik/IG shop/FB page/warna/design yang diminati)
  4. Bajet 
  5. Bayaran booking & tarikh bayar
  6. Bayaran akhir & tarikh bayar
  7. Person In Charge
Okay. Sekarang kita proceed ke senarai yang perlu dititikberatkan. 

Tentukan tarikh, masa dan tempat majlis

Ini perkara basic. Nak buat dekat dewan ke dekat tepi pantai ke hotel ke, semua kena plan. Lebih senang buat tengahari ke petang ke lepas maghrib and so on pon mesti plan elok-elok. Di waktu Covid-19 ini melanda,  banyak yang perlu diambil kira. Pastikan ada back-up date or plan, in case apa-apa terjadi di kawasan anda sebelum majlis berlangsung. Mengikut pengalaman saya, seminggu sebelum majlis, terdapat kes di daerah saya yang menyebabkan semua majlis kenduri tidak boleh dilaksanakan. Oleh sebab itu, kami kurangkan jemputan dari 250 orang kepada lebih kurang 60 orang sahaja. Tetapi perlukan surat kebenaran polis untuk buat majlis. Terkilan juga sebab dah plan macam-macam tapi untuk tunda majlis adalah bukan satu pilihan. So, kita proceed je la kan. 

Tema majlis

Untuk sesetengah orang, majlis tunang ni nak simple tak perlu tema-tema sangat. It's up to you. Tapi pada pandangan saya, tema tu penting untuk memudahkan kita nak pilih semua barang-barang lain nanti. Kalau tak jadi caca marba, susah nak buat keputusan, jadi colorful sangat macam tadika. Hehehehe. Tak perlu lah tema garden ke english classic ke apa. Pilih tema warna pun cukup. For you and for your family members also. Senang diorang nak beli baju ikut tema. For my engagement, I chose black and gold/yellow

Hantaran

Ada dua benda berkaitan perkataan hantaran ni. "Duit hantaran" dan "Barang hantaran". Kedua-duanya kena decide lah antara pasangan dan kedua ahli keluarga. Duit hantaran nak minta berapa dekat pihak lelaki.  Nak suruh bawa separuh masa tunang separuh masa nikah ke, atau bagi sedebuk sebelum nikah ke. Ikut lah. Bincang. Lepas tu barang hantaran tu nak berapa balas berapa. 7 balas 5 ke, 9 balas 7 ke. Nak style hidden hantaran ke, nak open ke. Kalau sorang hidden sorang tak hidden, macam tak match kan. Better you plan lah sama-sama nak beli apa, nak bagi apa. Tak ada lah you beria-ria bagi dia barang berjenama, dia bagi buah pasar malam. Biar kena lah dengan effort satu sama lain. Walaupun selalunya masa tunang ni orang banyak bagi makanan untuk share sesama ahli keluarga. Barulah mengeratkan silaturrahim gituhhhh. 

Barang-barang hantaran kami :

Pihak perempuan : 

  • Sirih junjung
  • Kek
  • Tuala sulam
  • Sejadah + buku
  • Coklat
  • Sling bag + wallet + belt
  • Brownies

Pihak lelaki : 

  • Sirih junjung + cincin
  • Kek
  • Coklat
  • Kain pasang
  • Buah-buahan

Pakaian

Pakaian ni kena take note lah dari head to toe. Nak-nak pula perempuan. Dari crown, veil, tudung, anak tudung, baju, kain, stokin, kasut.  Nak pakai crown ke headpiece ke, veil style apa, bawal ke shawl ke bawal shawl ke, baju butik mana, harga semua kena ikut bajet. Nak matching dengan lelaki ke tak. Kadang ada warna sesuai dengan perempuan tak sesuai untuk lelaki. Kalau jenis rambang mata tengok design-design butik, boleh survey-survey, tunggu promo, cari tudung yang match, baru beli. Tak adalah dah beli, ehhh ada promo la. Menyesal beli awal. Tak pon dah beli baju baru sedar susah nak cari tudung yang sesuai dengan warna baju. Woman always complicated. Sediakan juga bajet untuk sponsor baju family members. Kalau tak mampu beli untuk semua orang, beli untuk mak ayah pon dah okay. Yang lain tu pandai-pandailah nak beli ke tak. Kikiki. 

Pelamin

Sesetengah orang tak nak ada pelamin. Tapi macam saya, mak saya memang request nak pelamin untuk bergambar apa semua tu.  Pelamin ni ada harga dari RM 180 sampailah beribu riban. Ikutlah bajet dengan taste masing-masing. Saya tempah mini pelamin sahaja untuk menunaikan permintaan mak. Boleh juga DIY kalau kreatif dan rajin. Saya tak DIY, risau runtuh pulak nanti =P. 

Makeup

Cari juru solek (MUA) yang sesuai dengan taste you. Survey dulu dekat socmed dia punya style makeup. Sekarang memang trend makeup natural or fresh look. Dah bukan zaman makeup tebal-tebal, banyak-banyak warna macam nak pergi ABPBH tu. Kalau tak nak fake lashes, bagitahu. Tak nak pakai lens pun bagitahu. Better inform awal jenis kulit you, masalah kulit berparut ke, cepat berminyak ke. It's okay. MUA akan faham dan suggest you untuk prepare your skin sebelum dia makeup

Bunga Tangan

Walaupun macam tak penting, tapi sedikit sebanyak bunga tangan ni membantu as a prop. Peneman atas pelamin tu. Sangatlah awkward sorang-sorang atas pelamin dan semua orang tengok. So, peganglah bunga tangan ni mencari kekuatan, gitu. Boleh sorok kipas kecil juga disebalik bunga tangan. Saya DIY je bunga tangan sebab macam over mahal je kalau beli yang dah siap padahal senang je nak buat. Ia menaikkan seri dan boleh guna as prop untuk posing-posing. Boleh cari dekat Kaison untuk bunga-bunga yang cantik, murah dan moden. 

Jumlah tetamu

Ambil kira jumlah jemputan pihak perempuan dan pihak lelaki. Plan untuk parking dan laluan keluar masuk kenderaan supaya tak berlaku kesesakan.  Disebabkan covid, kami terpaksa had kan jumlah tetamu dari kedua-dua pihak. Hanya adik-beradik dan saudara-mara terdekat sahaja yang dijemput. Jumlah tetamu juga menentukan jumlah makanan yang perlu disediakan. Juga doorgift, kalau ada. Boleh buat senarai jemputan jika risau ada yang tertinggal untuk dijemput. Fikirkan juga kediaman atau homestay untuk jemputan yang datang dari jauh. 

Menu

Penyediaan makanan secara rewang ataupun catering, perlu dirancang awal. Survey harga dan pakej. Pilih menu yang sesuai dengan waktu majlis dilaksanakan. Kalau majlis lepas Asar, boleh sediakan menu minum petang yang ringan. Kalau majlis tengahari, sediakan menu makan tengahari. Dalam setiap majlis, makanan tetamu adalah yang paling banyak perlu keluarkan bajet. Alhamdulillah, untuk majlis saya, ayah berbesar hati untuk sponsor. Kalau tak, kita buat majlis untuk 10 orang saja lah. Hihihihi. 

Cincin

Cincin ni penting sebagai tanda you hak orang. Bila tengok je, sedar diri sikit. Kikiki. Jaga tingkah laku. Sesetengah orang dah bagi cincin belah rotan waktu datang merisik. Ada orang bawa dua cincin (cincin belah rotan + cincin tunang) masa majlis tunang. Up to you. Cincin tunang ni cincin yang fesyen sikit lah, kalau bajet lebih beli yang ada permata tu. 

Wakil jurucakap

Awal-awal kena tempah wakil jurucakap ni terutamanyanya macam kami pilih tok empat kampung yang jadi wakil. Kena bagitahu awal. Nanti dia busy, tak bertunanglah saya. =P. Ada orang minta bapa saudara atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga untuk jadi wakil. Alah, zaman sekarang tak ada berpantun bagai. Cuma nak ikut adat ada pihak tolong cakapkan. Gituh. 

SOP

Musim Covid-19 ni kena aware dengan SOP. Cara serve makanan, tempat duduk tetamu, keluasan kawasan majlis, cara sambut tetamu, laluan keluar masuk tetamu, check suhu, buku kehadiran tetamu, hand sanitizer, scan code MySejahtera dan sebagainya.  

Contoh jadual senarai semak majlis pertunangan


Okay. Saya rasa itu je kot yang nak share pasal persiapan majlis pertunangan. Doakan semuanya berjalan lancar dan jodoh berpanjangan sampai Syurga. Aamiin. 

Daa~~~~

Thursday, 13 February 2020

Mak, Nak Kahwin Boleh?

Image result for cincin merisik
Hai. Assalamualaikum!!



Actually this is a secret (for now). I don't tell this to even my close friends, colleagues or roommate. Saja nak tulis dekat sini sebagai luahan hati. Kebosanan agaknya. Well, kisahnya baru-baru ni, aku buat cubaan berani mati bagitahu dekat mak aku yang family "someone I know" nak datang merisik. It took me more that 24 hours to create proper sentence to mention about that. Siap Google lagi macam mana nak inform parents kalau nak kahwin. Adoi. Punyalah susah. 

Why it's so difficult?

For my whole life, kitorang tak pernah sembang pasal kahwin atau couple dengan parents. Aku macam curious apalah reaction family aku. Okay ke, tak okay ke. Awal sangat ke, and so on. Oh my God. Macam mana lah orang lain boleh buat?

Banyak kali aku buka topik berbual ke arah kahwin tu dengan mak aku, tapi still sangkut. Sudahnya, dalam kereta baru balik dari melawat adik dekat hostel, aku tanya, "Mak, kalau mak ayah nya **** nak datang merisik ** haribulan nanti, okay ke?". HAHAHAHA. I was like, OMG, betul ke aku dah tercakap ni?

Silent moment for 2 seconds, I guess. Mak aku terkejut beruk agaknya. Then she said, "Tak tahulah. Tanya ayahlah". Aku macam, ala tu je ke jawapannya. Aku pun cucuk-cucuk lagi soal itu ini. Eleh, berani pulak kan. Alang-alang terlepas cakap, biar cakap sampai habis. Hahaha. 

Mak pun okay je la. Dah orang nak ke anak dia ni, takkan nak halau pulak. Ye dok? Tapi dia mati-matian nak buat helok-helok majlis tunang kalau jadi. Nak jemput segala saudara-mara. Puaslah aku ingatkan, "Mak, baru plan bertunang. Tak payah meriah sangat. Bukannya nikah". Eh eh, dia tak dengar. Semangat sangat agaknya. Bertabahlah. So, next week maybe rombongan belah lelaki akan muncul merisik titeww.. *auch, malu.... Hopefully, everything will be fine. 

(alamak, nak pakai baju apa ni?)


WISH ME LUCK!

    

Monday, 2 December 2019

Bercuti 3H2M di Cameron Highland [Big Red Strawberry & Green Garden View]

Hai Assalamualaikum!!


Nak sambung part 3 pulak untuk percutian ke Cameron Highland. Boleh refer SINI untuk baca kisah hari pertama dan kedua. Actually perut aku kurang sihat sepanjang berada di CH, siap nak pergi klinik lagi. Dan untuk pengetahuan readers, aku sedu macam baby-baby tu masa hari ke 2. Seksa oii. 

Pagi-pagi hari Sabtu, nak balik tu, kitorang singgah Big Red Strawberry Farm dulu. Serius ramai orang. Ramai sangat. Nasib baik parking banyak. Aku datang situ semata nak makan dan bergambar. Masuk je kafe dia, beratur manusia. Gigih lah aku beratur juga. Sambil-sambil tengok harga makanan. Tercekik makkkkk. Mahaiii. Mana tak mahal kalau nasi lemak dah dekat RM6? Kalau kat KL pon, sebungkus boleh dapat RM1. Yang istimewa nya sambal strawberi la. Tapi.... ikut citarasa orang la kot.  Tengah sedap menikmati pemandangan tanaman-tanaman dekat situ sambil breakfast, perut aku buat hal. Terus chau... Tak dapat nak bergambar sakan. Aku sampai tak boleh nak berjalan bila perut tiba-tiba sakit. 


Lepas dah reda sikit, terus ke Kea Farm lagi sekali sebab nak singgah Puku Cafe. Nak beli aiskrim. Semata-mata uolsss... Then shopping jagung dengan bunga untuk bawa balik. 



Dalam perjalanan balik tu, singgahlah Avant Chocolate + Green Garden View. Actually dekat Avant tu ada kedai jual-jual coklat, jem, gitu je la. Dekat GGV tu ada cafe jual aiskrim dan kek. Menu lain tak pasti la pula. Lepas tu ada permainan apa tah untuk kanak-kanak. Aku masuk dalam taman yang ada haiwan-haiwan tu. Bayar RM6 kot sekali dengan 2 bungkus makanan untuk bagi haiwan makan. Aku pilih nak bagi arnab dan kambing makan. Tapi boleh pulak arnab tu tak makan apa aku bagi. Caissss. Kambing pulak macam tak makan setahun. Takut aku. Nasib dia tak panjat keluar dari kandang. 

Baru bangun tidur tapi sibuk nak bergambar
I love this port. Colourful.


Ketar jugak kaki nak stabilkan diri. Maklumlah hyperactive tapi tak athletic. Heee.

Lepas dah makan-makan, posing sini sana, kitorang pun balik. Nasib tak jem sebab orang ramai baru datang. Kitorang dah gerak balik. Total perbelanjaan dalam 1k jugak sebab banyak habis dekat makanan dan shopping souvenirs. Kalau takat tol, minyak, hotel tu je, tak mahal pun.

Next, ke mana kita?







Sunday, 1 December 2019

Bercuti 3H2M di Cameron Highland [Lavender Garden, Abang Strawberry & Cophthorn Hotel]

Assalamualaikum

Sambung lagi coretan perjalanan ke Cameron Highland. First part boleh baca dekat Part 1

Lepas minum-minum di BOH, kitorang bergerak ke Cameron Lavender GardenWell, semua tahu nak buat apa kalau dah sampai tempat lavender ni. Yessss. Makan aiskrim perisa lavender. Tiket masuk RM10 untuk seorang dewasa dan satu kon aiskrim RM8.00. Kau rasa? Demi nak merasa, beli aje lah.
Tak cukup satu you all. Kena rasa dua-dua. Obviously strawberi lagi sedap. Tapi perisa lavender tak seteruk yang aku sangka. Maybe dia dah improve resepi. Heeeee.


Ada banyak port nak bergambar. Memang instagramable betullah

Tempat dia macam purple castle. Bolehlah perasan jadi princess kejap

Tadaaaaa

Pusing...pusing....pusing....

Welcome to my castle




Snow white and the seven dwarfs


Love lock to make a wish. Aku cuma sibuk makan aiskrim. Tak ada apa nak di wish kan.


Lepas melawat castle yang telah lama beta tinggalkan, Hahaha. Belilah souvenirs or cotton candy sebelum balik. Parking dekat sini ok la. Satu dekat depan Lavender Garden. Satu lagi seberang jalan sikit. It's okay sebab ada orang jaga parking nak tunjuk parking penuh ke tak.

After that, singgah lunch dekat 200 Seeds Cafe atau Abang Strawberry. Dekat sini memang famous Nasi Lemak Sambal Strawberry. Tapi banyak menu lain lagi. Pricey? Yes tapi normallah tempat pelancongan. Aku prefer nasi goreng sambal strawberry. Memang sedap. Kalau nak rasa strawberi salut coklat, tak prefer dekat sini. A bit expensive. Singgah je la pasar malam. Lagi gemok dan banyak strawberi boleh dapat walaupun dengan harga sama. Tapi scones dia lagi sedap, lembut dari scones dekat BOH. 

Nasi Lemak Sambal Strawberi

Sebelum check in dekat Cophthorne Hotel, kitorang lepak-lepak dulu dekat KHM Straberries & Jam. Dekat sini boleh petik strawberi tapi aku tak rajin. Just nak minum-minum, makan aiskrim, tengok pemandangan. Kat sini tak de designated parking. Sukati lah nak parking tepi jalan tu cemana.

Dah check in tu, rehat-rehat. Malam lepas Isyak baru gerak ke Pasar Malam Golden Hill Brinchang. Sekali masuk parking, RM3. Memang rambang mata nak beli apa. Since masa rombongan sekolah sedekad dulu aku tahan nafsu nak beli apa sebab bukan berduit sangat, kalini aku beli semua benda aku nak. Hahahaha. Puas hati. Paling sedap makan panas-panas keledek goreng yang bulat-bulat tu. Ya Allah sedapnya. Lepas tu jagung rebus, jagung bakar, strawberi coklat, macam-macam lagi lah. 


Sempat lagi posing sebelum pergi pasar malam

Esok paginya konon nak mandi kolam. Since indoor swimming pool. Tapi kolam buka pukul 10. Nak berkejar balik lagi. Nak singgah sana sini lagi. Tak dapatlah nak merasa mandi kolam dekat CH.


Bangunan belakang tu lah hotel nya

Stres tak dapat mandi kolam

Hotel nampak macam mahal tapi harga memang murah dan berbaloi. I likeee.


Standard gambar bila datang hotel ni





Thanks to my travel partner yang gigih ambik gambar aku. Dia pulak tak suka bergambar. Elok sangatlah tu pergi travel dengan aku yang suka bergambar. Ihiksss. Nanti sambung entri lain pulak untuk aktiviti hari ke-3. 

Hint : coklat

Bye.












 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI