Wednesday, 3 August 2016

Book Review : Kala Senja Dia Datang


Hai!!

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Sebab utama aku beli novel ni ialah tajuk dia sendiri yang dah nampak mood seram tu. Sekali tengok, memang teballah novel ni (lebih 700 muka surat). Aku memang suka novel tebal-tebal sebab rasa puas bila baca. Novel ni ade 3 cerita yang berkait dan ditulis oleh 3 orang penulis. A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad dan Saidee Nor Azam. Paling aku minat, Zaifuzaman Ahmad. 

Cerita 1 : Kala Senja Dia Datang ("Anak mak cik tiba-tiba ghaib! Tolong mak cik, nak!")

Bahagian ni mengisahkan Azman yang selalu larang anak-anaknya keluar rumah pada waktu senja terutama anak sulungnya, Akil. Semua larangan itu disebabkan oleh kisah silam keturunan Azman sendiri. Sejak dari dulu kala lagi, ramai kanak-kanak hilang disebabkan hantu Geuntut dan sekarang anak-anak Azman pula bakal jadi mangsa seterusnya. Azman berusaha pulihkan keadaan sebab semua ini berlaku bermula dari sumpahan keturunannya. 

Dalam bahagian ni turut diselitkan kewujudan watak-watak di bahagian kedua dan ketiga sebagai watak sampingan. Banyak tanda tanya dalam bahagian pertama ni terutamanya siapa sebenarnya Geuntut tu. Paling menarik ialah apabila semuanya disimpulkan dalam satu plot keturunan yang lengkap dari zaman Ratna ke zaman Azman dan anaknya, Akil. Kesimpulannya, jangan merayau waktu senja sebab banyak syaitan berkeliaran. 

Cerita 2 : Marina ("Barang milik orang jangan kita ganggu")

Marina sering dibuli sejak dia mula masuk ke kolej. Selepas dia menjumpai seutas rantai emas dan mengambilnya (walaupun telah ditegah oleh Asyikin, kawan Marina) dia sering diganggu makhluk halus. Sejak itu, perangai Marina berubah dan semua orang menjauhinya termasuklah Asyikin.  Tetapi, hanya seorang sahaja yang sudi berkawan dengan Marina iaitu Jamaliah. Siapa Jamaliah yang sebenarnya?

Bahagian ni menyelitkan watak Azman sebagai watak sampingan walaupun tidak digambarkan dengan jelas. Watak Majid (bahagian ketiga) banyak memainkan peranan dalam bahagian ini sebagai pemandu teksi kepada Marina, Asyikin dan Jamaliah. Pengakhiran bahagian kedua sangat menarik sebab watak Marina telah menyedari kesalahannya dan mengetahui siapa sebenarnya Jamaliah. Tetapi, dia tetap memakai gelang kaki tersebut dan berkawan dengan Jamaliah. Kesimpulannya, jangan ambil barang yang bukan milik kita. 

Cerita 3 : Penumpang Malam ("Wajahnya tidak kelihatan tapi bau-bauan sering menguasai teksinya")

Majid yang kesempitan wang terpaksa memandu teksi milik Joned untuk menambah pendapatan. Sejak itu, telah beberapa kali dia diganggu makhluk halus dan sering terdapat daun asam dalam teksinya. Disebabkan rasa ingin tahu, Majid menyelidiki kes kehilangan seorang gadis dan punca penyakit Joned. 

Plot di bahagian ketiga agak perlahan tetapi sangat menyeramkan. Kenyataan Marina (bahagian kedua) yang mengatakan dia sering melihat seorang wanita cantik dan seksi berbau lavender dalam teksi Majid merupakan babak menarik dalam bahagian ini. 



Memang tak rugi beli novel ni. Kalau dibandingkan dengan kualiti cerita yang gempak, harganya memang murah dan affordable

Selamat membaca. 


2 comments:

  1. menarik bila baca yang penulis watak dalam setiap bahagian ada berkaitan

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI