Monday, 16 January 2017

My Calendar - Period Tracker Apps [Untuk Wanita Sahaja]

Hai!!


 Assalamualaikum!!

Sihat semua? Walaupun macam agak lambat, tapi tetap nak wish Happy New Year!!! Harap semua plan tahun ni berjalan lancar. InsayAllah. 

Dulu saya tak rasa perlu untuk post tentang aplikasi ni sebab saya berpendapat semua perempuan tahu tentang pentingnya aware pasal period cycle and so on. Tapi lepas saya attachment dekat klinik yang berkaitan dengan reproductive, saya nampak ada yang masih tak tahu tentang perkara ni. Kebanyakan pesakit yang datang sebab nak dapatkan nasihat doktor untuk dapatkan anak. Kalau ada yang catat secara manual tu, bagus juga tapi doktor dekat klinik tu suggest guna apps memandangkan zaman pon dah maju. Memang dah banyak period tracker apps sekarang tapi salah satu yang doktor tu suggest dan saya rasa ok ialah My Calendar. 

Gambar buku pink ni.
(credit to here)

Apps ni catatkan details tentang menstrual cycle, boleh catat apa simptom, mood, medicine dan macam-macam lagi dekat situ. Kadang-kadang kita makan ubat atau rasa pening ke sakit perut ke kita rasa biasa je. Tapi tak tahu simptom tu semua boleh effect pada kesihatan kita nanti. Untuk mengelakkan kita lupa, tick je dekat apps ni. My Calendar apps kirakan terus cycle kita sebab kadang-kadang kan ada yang period nya tak menentu. Dekat calendar tu juga mention pasal chance of pregnancy. Low, medium or high. Siap dengan reminder berapa hari lagi period start atau dah berapa hari lambat. Data tu semua boleh back up dekat email kita. Ok? Install sekarang tau. Harap membantu. =D

2 comments:

  1. thanks for sharing sis. dah lama download apps nie cuma takde masa nak belajar guna hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. try la, xsusah pon. setting sikit2 lepas tu apps tu yang buat kerja

      Delete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI