Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Saturday, 8 December 2018

Berhenti Percaya Mitos dan Produk Sampah. Percaya Fakta Bukan Auta.

Assalamualaikum!!

Hai semua!

Kebelakangan ni saya nampak dah semakin ramai golongan-golongan health professional seperti doktor dan jururawat yang bersuara tentang kesihatan. Bermula dengan penulisan buku seperti Diagnosis, membawa kepada program TV seperti My Doctor dan juga suara-suara doktor di sosial media. Pada saya perkembangan macam ni sangat bagus untuk memberikan ilmu dan kesedaran kepada masyarakat. Usaha memerangai mitos dan kepercayaan merepek serta usaha memerangi produk yang boleh merosakkan organ. 

Saya juga dulu seorang yang percaya kepada mitos seperti tak boleh minum air berais sewaktu datang bulan dan makan nenas boleh menyebabkan keguguran. Saya juga dulu tertarik dengan produk seperti jamu, ubat pintar, pil-pil supplement dan produk-produk detox. Saya seru kepada semua supaya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil, ubatan, minuman tambahan dan sebagainya sebelum anda menelan bahan tersebut. Statement "Lulus KKM" sahaja tidak cukup untuk memastikan produk itu selamat untuk anda makan atau minum. Inikan pula diberi kepada orang yang sedang sakit contohnya pesakit kanser atau jantung. Saya faham anda sedang berikhtiar, mencari ubat untuk sembuhkan penyakit tersebut. Tetapi anda perlu tahu, anda bukan bahan uji kaji, bukan tikus makmal. 

Buat kajian kesihatan bukan dengan search Google, blog, IG, Facebook semata-mata. Tapi buka jurnal-jurnal. Paling kurang pun cari dekat PubMed atau Google Scholar. 

Tingkatkan pengetahuan anda, sayangi organ anda. Boleh follow IG Dr. Amalina Che Bakri, Dr. Rafidah (@Rafidah72) dan jururawat (@bel_nawhen) untuk dapatkan ilmu-ilmu kesihatan.  

Sama-sama kita tambahkan ilmu, terutama kaum wanita. Jangan rasa insecure. Buang perasaan tu jauh-jauh. Jangan mudah rendahkan diri dengan rasa tak cantik, gemuk, gelap, takut suami lari, takut tak ada lelaki nak buat isteri. NO! Super big NO! Awak gelap ke, awak gemuk ke, awak berjerawat ke, awak tetap cantik. Tak perlu takut suami lari dengan alasan awak tak cantik, selekeh. Dia lari sebab dia memang nak lari. Cantiklah macam Erra Fazira sekali pun. Tak perlu risau soal jodoh. Orang yang sayang awak, akan terima awak seadanya. Akan ajak awak senam sama-sama, diet sama-sama.  

Kalau nak tahu, awal tahun 2018 saya alami stress yang teramat sangat disebabkan breakout yang sangat teruk. Ditambah pula dengan kecaman yang saya terima dari keluarga, saudara, rakan dan orang yang saya langsung tak kenal. Yes! Rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap kekurangan yang ada pada orang lain. Kerana itu, insan-insan yang dikecam merasa rendah diri, rasa kekurangan berbanding orang lain. Luckily, saya tidak cuba macam-macam jenis produk untuk ditelan. Saya pergi klinik dan ikut semua nasihat doktor. Sekarang breakout semakin kurang. Bagaimana saya hadapi kecaman? Saya tak hadapinya, saya menjauh. Walaupun keluarga sendiri. Akhirnya mereka faham sendiri yang saya tidak suka. Mereka harus diam jika ingin saya dekat kembali. Sekarang kalau ada yang kutuk, saya cuma fikir, "Well, I don't care. Yang penting sihat tubuh badan. Ada acne pun still cantik, kan?" =D

Ada satu saat, saudara saya yang selalu complain tentang wajah saya setiap kali saya bersalam dengan dia bertanya, kenapa saya sudah tidak datang ke rumah dia lagi. Saya hanya senyum. Jika dia ada common sense, dia sendiri tahu kenapa. Buat apa saya datang berjumpa dia hanya untuk dikutuk. Akhirnya saya yang depress. Avoid toxic people. Dekatkan diri dengan orang yang terima diri kita seadanya. Jaga pemakanan, senaman dan jangan rendahkan diri sendiri. Love yourself first. 


Bye! Fighting!

Friday, 18 August 2017

T3 Mycin Clindamycin Lotion To Fight Acne


Hai!!



Sebelum bercerita pasal produk ni, nak habaq mai pasal skin condition saya dulu la. Because of some factors like unhealthy lifestyle, used wrong skincare products and some health problems, my skin breakout like crazy since I'm 18 y/o. Last month, a few unwanted super busybody people asyik duk tegur-tegur kulit muka saya makin teruk. Depressed wehhh. Makanya, lepas dapat motivasi balik tu, saya pergilah farmasi nak beli Dalicin T sebab ramai yang kata elok pakai produk tu. Eh, eh, habis pulak stok. Pharmacist tu kata T3 Mycin ni sama je fungsi dia dengan Dalicin T tu. Harga dalam RM 25-30 kot kalau tak salah.

Cara pakai : just dab dab dab dekat affected area twice a day.

Bau dia macam bau alcohol swap yang dekat Guardian tu. Alhamdulillah kuranglah sikit acne nya tapi tak tahulah kenapa untuk saya, tak berapa power sangat kesannya. Awal-awal tu elok je. Takkan lah cepat sangat resistance nya. Maybe kena try yang jenis gel tu kot sebab botol yang ni macam tak berapa hygiene. Surface yang sama dab dekat acne ni, surface tu jugak kita dab dekat acne lain. Risau hilang satu, muncul satu pulak nanti.


Recommended to read these websites http://sunshineinasia.blogspot.my/2012/07/acne-fight-team-t3-mycin-gel-oxy-5.html#.WZaiiPkjHIU and Clindamycin skin preparation for acne before you decide to buy it. Ingat tau, study first before you buy it. Peace. It's ok, you are beautiful. 

Monday, 20 February 2017

OMIM dan UNIQUE

Assalamualaikum!!

 Hai!

Minggu lepas saya ada post tentang 3 Websites Penyakit Genetik Yang Boleh Dirujuk. Dalam entri ni saya nak share lagi 2 websites tentang penyakit genetik yang saya baru dapat tahu dari doktor tempat saya buat clinical attachment

1) OMIM


Bila dah keluar macam gambar dekat atas ni, search lah disorder/features/genes etc dekat situ. Tapi website ni agak advance sikit laras bahasanya. Saya rasa kalau without basic agak susahlah nak faham. Tapi sangat-sangat berguna especially untuk sesiapa yang nak buat research atau dari clinical/genetic base


Sebagai contohnya saya taip "breast cancer" dan klik salah satu dari list yang website ni bagi, keluarlah macam ni. Boleh faham apa dekat jadual tu? That's why saya cakap it's complicated. Selain tu ada juga description, features, inheritance, mapping and so on. Full of information



You just click the "information" menu, then there will be a list of dropdown menu. Choose the "Disorder Guide-English". Akan keluarlah list mengikut chromosome & karyotype


Without basic, agak complicated sikitlah nak baca. Kalau you dah buat gene test yang kena ambil darah tu, dan dah dapat result. So, you just baca mana yang related dengan result you je. Ini untuk rare disorder lah. As a normal female, you will have 23 pairs of chromosomes include XX chromosome. But, for normal man, you will have 23 pairs of chromosomes include XY chromosome. However, if anything goes wrong with the chromosome, maybe deletion, duplication etc, the disease will appear
For example, I choose to read about "1q duplication", and click the web version. Windows macam dekat bawah ni keluar dan klik dekat tulisan biru yang bold tu. 


Akan keluarlah segala maklumat pasal duplication of 1q. It's ok, laras bahasa yang website ni guna lebih mudah difahami. Banyak lagi maklumat dekat dalam Unique ni with simple explanation. Bolehlah start baca yang basic tu macam dekat list "Chromosomes and Disorders". Alright

Ok. That's all. Hopefully membantu ye. =D




Saturday, 11 February 2017

3 Laman Web Berkaitan Penyakit Genetik Yang Mesti Dirujuk


Hai!!

Zaman sekarang ni macam-macam ilmu kita boleh dapat dekat internet. Tak perlu pergi kelas, bayar yuran itu ini, tinggal taip, klik dan baca. Tapi, maklumat yang berlebihan sampai kita pon tak tau nak baca yang mana satu, mana betul mana tipu terutamanya kalau perkara tu sesuatu yang baru pada kita. Jadi, kalau untuk maklumat pasal penyakit genetik, dekat 3 websites ni korang boleh baca dan rujuk. Contohnya kita nak search pasal "breast cancer".

1) Gene Reviews 


Kalau cari dekat GeneReviews (taip : breast cancer gene reviews) akan keluar macam ni la. Pada saya, website ni bagus dan boleh dikatakan complete especially kalau you all dah biasa dengan genetic terms. Website ni bagitahu semua perkara pasal penyakit tu sebagai contoh untuk breast cancer ni dia tulis tentang ciri-ciri penyakit, diagnosis, rawatan, kaunseling genetik, gen yang terlibat, risiko, kanser-kanser yang berkaitan dan macam-macam lagi. Jangan risau, untuk sesetengah perkataan yang mungkin susah nak faham dan tak biasa dengar, dia dah link kan terus. Macam dalam gambar dekat atas tu, dia bagi link untuk "pathogenic variants" , "proband" dll. Ada dimasukkan sekali references dari mana maklumat tu didapati. Selalunya kalau ada banyak masa dan malas nak cari dekat banyak-banyak websites pasal sesuatu penyakit, saya terus pergi dekat websites ni. Jimat masa dan tenaga. 

2) Genetics Home Reference


Website ni guna perkataan atau ayat yang lebih mudah difahami dan tak terlalu complicated. Lebih kemas, tersusun dan attractive untuk dibaca. maklumat yang diberikan merangkumi penerangan tentang penyakit, kekerapan penyakit berlaku, gen yang terlibat, bagaimana penyakit diwarisi, diagnosis dan sebagainya. Ada juga disediakan sekali other sources yang kita boleh cari tentang penyakit yang kita nak tau tu macam gambar dekat bawah ni. 


Senang kan? Nak cari pasal genes pon boleh. Most of the time, saya guna website ni untuk study last minute. Ringkas je. Just to get brief information and as a revision. 

3) Orphanet



Selalunya website ni jadi rujukan untuk cari penyakit yang rare. Tapi common disease pon boleh cari dekat sini. Untuk entri ni, saya bagi contoh penyakit Turner Syndrome. Website ni bagi summary yang memang simple je. 


Sangat senang untuk tahu maklumat yang paling penting je dan banyak additional information links. Selain tu, dia bagitau tentang prevalence estimationantenatal diagnosis and prognosis. Tapi dia tak link kan sekali information tu refer dari mana. 

So now. lebih senang kan bila dah tahu dekat mana yang patut dirujuk. Bila saya bagi 3 je websites ni, jangan pula rasa websites lain tu salah. Bukan. Saya cuma bagi cadangan berdasarkan apa yang saya selalu refer. Ok? Harap membantu. Salah silap mohon dimaafkan. Hee. 

Daa~~~

Monday, 16 January 2017

My Calendar - Period Tracker Apps [Untuk Wanita Sahaja]

Hai!!


 Assalamualaikum!!

Sihat semua? Walaupun macam agak lambat, tapi tetap nak wish Happy New Year!!! Harap semua plan tahun ni berjalan lancar. InsayAllah. 

Dulu saya tak rasa perlu untuk post tentang aplikasi ni sebab saya berpendapat semua perempuan tahu tentang pentingnya aware pasal period cycle and so on. Tapi lepas saya attachment dekat klinik yang berkaitan dengan reproductive, saya nampak ada yang masih tak tahu tentang perkara ni. Kebanyakan pesakit yang datang sebab nak dapatkan nasihat doktor untuk dapatkan anak. Kalau ada yang catat secara manual tu, bagus juga tapi doktor dekat klinik tu suggest guna apps memandangkan zaman pon dah maju. Memang dah banyak period tracker apps sekarang tapi salah satu yang doktor tu suggest dan saya rasa ok ialah My Calendar. 

Gambar buku pink ni.
(credit to here)

Apps ni catatkan details tentang menstrual cycle, boleh catat apa simptom, mood, medicine dan macam-macam lagi dekat situ. Kadang-kadang kita makan ubat atau rasa pening ke sakit perut ke kita rasa biasa je. Tapi tak tahu simptom tu semua boleh effect pada kesihatan kita nanti. Untuk mengelakkan kita lupa, tick je dekat apps ni. My Calendar apps kirakan terus cycle kita sebab kadang-kadang kan ada yang period nya tak menentu. Dekat calendar tu juga mention pasal chance of pregnancy. Low, medium or high. Siap dengan reminder berapa hari lagi period start atau dah berapa hari lambat. Data tu semua boleh back up dekat email kita. Ok? Install sekarang tau. Harap membantu. =D

Sunday, 11 December 2016

Hati-hati Dengan Tanda Lahir

Assalamualaikum!!


Good morning =D


Biasa tak tengok tanda lahir macam ni? Ia dipanggil Cafe Au Lait spot. Selalunya kalau ada multiple cafe au lait spots ni, ia merupakan simptom kepada penyakit terutamanya neurofibromitosis. Jadi, sebeb tu lah kalau tengok ada beberapa tanda macam ni, tak kisahlah saiz kecil ke besar, check lah dekat doktor. Kalau satu tu kira normallah. Tambah pulak ada macam kutil-kutil ke, apa bintik-bintik bonjol dekat badan ke, you should be aware. Tapi sesalunya kalau masa lahir tu dah ada, doktor akan check terus. 

Masa aku ada attachment dekat klinik hari tu, doktor check seorang budak perempuan ni. Tiba-tiba doktor ukur tanda lahir budak tu. Bila aku tanya kenapa dia ukur, dia cakap tanda tu mungkin boleh lead kepada diagnosis penyakit lain especially kalau ada multiple spots


Tu je nak pesan. Daa~~~




Tuesday, 29 November 2016

Prader-Willi Camp, Hospital Kuala Lumpur



Assalamualaikum. Hai!!!

26 Nov 2016 baru ni, aku jadi volunteer untuk Prader-Willi Camp dekat HKL. Apa dia Prader-Willi tu? Prader-Willi Syndrome (PWS) ni penyakit genetik yang boleh berlaku tiba-tiba je. Maksudnya, seorang anak tu boleh dapat penyakit ni walaupun mak atau ayah dia normal. Boleh terjadi dekat mana-mana keluarga, tak kira jantina dan tak dapat dijangka. Ia akan bagi kesan pada selera, tumbesaran, metabolisma, tingkah laku dan juga perkembangan seksual. PWS merupakan penyebab genetik yang biasa bagi obesiti. Untuk info lanjut, sila ke PWS Basic Fact

Dulu penyakit ni dalam kelompok "rare disease" tapi sekarang pesakit yang menghidap PWS semakin banyak yang direkodkan. Atas usaha sama doktor dan ibu bapa yang terlibat, Prader-Willi Society of Malaysia ditubuhkan. 

Masa camp ni, ibu bapa pesakit kena pergi seminar PWS dan kanak-kanak ditempatkan di dewan bersama volunteers dan penjaga. The activities for the children are simple dance and song session, games, magic show, coloring session and zumba/exercise. 

Program macam ni penting untuk temukan keluarga yang mengalami situasi yang sama supaya mereka dapat bertukar pandangan dan mungkin berkongsi emosi serta kekuatan. Hanya mereka yang memahami apa yang mereka lalui. Macam-macam boleh nampak dalam program tu samada reaksi positif atau negatif. Kadang-kadang aku fikir, kita sihat ni by chance je. Kagum aku tengok bila adik-beradik yang sihat sanggup jaga adik-beradik yang ada PWS ni sampai mereka tak boleh berenggang langsung. Walaupun masing-masing kecil lagi tapi rasa tanggungjawab tu tinggi. Kita masyarakat di sekeliling pesakit PWS ni pon kena ada kesedaran dan hulurkan bantuan mana yang patut terutamanya emotion support



Here we are!!

Support PWS patients.

Orange.

 Be strong!!




Saturday, 15 October 2016

7 Tips Mudah Melembutkan Tangan Secara Semula Jadi

Hai!!!

Here we go!

Another article that I post at Zalora. 

Credit to Google

Teaser :
Adakah anda tahu bahawa tangan kita boleh dimamah usia? Selain kecantikan wajah, kelembutan tangan juga merupakan first impression apabila berhadapan dengan orang ramai terutamanya sewaktu bersalam atau berkomunikasi. Pasti banyak mata yang memandang dan ia amat penting untuk kita menjaganya. Cuba tips di bawah untuk mendapatkan kulit tangan yang mulus secara semula jadi
1.      Hampas serbuk kopi / hampas teh / hampas kelapa / asam jawa / daun betik muda

Monday, 1 February 2016

Dah Tua-Tua Pon Sedu Lagi


Hai!

Selalu dengar baby je kan yang sedu sebab orang kata dia nak membesar. Lepas tu letak tisu basah dekat dahi dia. Yang aku ni, lepas breakfast tadi sedu, baby lagi ke? =P Terseksa juga lah sebab dah lama tak sedu. Rasa nak terlompat jantung paru-paru segala mak nenek. Nak minum air pon risau takut tersedak tak pasal-pasal. Aku try lah tarik nafas panjang-panjang, lepas tu tahan nafas. Buat beberapa kali, alhamdulillah. Dah ok dah. Boleh taip entri blog dengan aman nya. Ada yang kata senang nak hilang sedu kalau bernafas guna paper bag atau plastik. Maksudnya, kita sedut balik karbin dioksida yang kita dah hembus tadi. Boleh juga try letak gula bawah lidah atau suruh sesiapa terkejutkan kita untuk hilangkan sedu. Tapi macam mana nak terkejut kalau dah tahu, kan? Aku tiba-tiba sedu tadi maybe sebab makan gelojoh sangat kot. So, diaphragm aku jadi pelik. Jadi, makan elok-elok. Jangan gelojoh. Hehe. 

Friday, 22 January 2016

Tips Kempiskan Perut






Free tips dari aku : 

1. Sambil-sambil baring tengok TV, sebelum tidur, baca novel atau apa-apa jelah asalkan baring, rajin-rajinkan angkat kaki. Turun. Angkat lagi. Turun. Bukan angkat saja-saja tau. Make sure bahagian abdomen tu tegang. Bagi ada pressure dekat situ. Hold your breath masa angkat kaki tu.

2. Lepas makan, jangan longgarkan tali pinggang walaupun perut rasa terlebih besar ke apa. Aku tak ingat dapat tips ni dari mana. Hehe.

3. Jangan mandi lepas makan. Aku memang elakkan tabiat ni seboleh mungkin.

Selamat mencuba.


 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI