Friday, 16 September 2016

MZ Cafe & Catering, Bangi

Assalamualaikum

Hi everybody!!!

Aku nak perkenalkan satu restoran yang servisnya memuaskan hati aku. Aku tau fasal kedai makan ni pon masa tahun 1 ke tahun 2 degree dulu. Orang-orang area Bangi dengan Putrajaya memang familiar lah dengan tempat ni. Mula-mula dulu aku suka sebab sistem order dekat situ macam kafe kolej aku. Tak ada catat-catat dekat kertas. Zaman IT dah sekarang.

Lepas 3 ke 4 kali pergi, memang aku puas hatilah servis dia. Tak kena tunggu lama dan kena dengan selera aku. Aku rasa aku dah masuk kategori cerewet kot bab makanan kalau pergi kedai makan. Sebab kita bayar, kan. Bila tak sampai tahap yang aku expect tu, memang stress la. Tapi tak ada la sampai nak lingkupkan meja. =P . Sebab tu aku suka makan dengan orang yang tak cerewet bab makanan. Telan je semua. So, dia lah yang habiskan apa yang tak kena dengan tekak aku. Hehe. Sorry. 

Restoran ni makin lama makin besar aku tengok. Tiap kali aku datang, ada je yang diperbaharui. Sekarang dah ada macam-macam pilihan makan. Cakap je nak western, ikan bakar, sate, masakan Thai, masakan Indonesia, sampaikan makanan pelik-pelik aku tak pernah cuba pon ada. Masa sampai tu memang nampak banyak gerai-gerai kecil keliling restoran tu. Tak perlu pergi satu-satu gerai untuk order. Kalau order ikan bakar, macam biasalah kena pilih ikan mana yang berkenan di hati. Harga ikan per berapa kilo tah ditampal dekat situ. Confirm mampu milik. Boleh pilih nak masak masam manis ke ke apa ke. Aku baru try siakap masam manis hari tu. 

Dekat sini pon ada surau yang ala-ala camp site. Selesa, luas dan tertutup. Telekung, paip air, selipar semua adalah. Selain dari servis catering, dekat sini jugak boleh tempah dewan untuk majlis kahwin. 


PAKEJ KATERING

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas


PAKEJ DEWAN

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Klik untuk gambar lebih jelas

Catering untuk macam-macam majlis disediakan

Sewaan kanopi yang boleh manampung lebih kurang1500 tetamu 


Alamat :

MZ Café & Catering
Lot 5057, Jalan Utama,
Kg Dato Abu Bakar Baginda
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor


No. telefon :
016-4422061
0111-6200061
03-89256004


E-mail :
mzsolution4004@gmail.com
admin@mzcatering.com


Website :
www.mzcatering.com


FB : MZ Café & Catering
IG : MZcafencatering

Monday, 12 September 2016

Officially Master Student

Assalamualaikum~~

Hai!!


Isnin minggu lepas (5 Sept 2016) aku officially registered as master student. Alhamdulillah. Pagi-pagi buta tu ada pendaftaran dekat Bangi dan petang pulak ada taklimat di fakulti. Walaupun masa daftar macam serabut sikit tapi alhamdulillah selesai juga. Make sure masa daftar tu bawa surat tawaran, salinan pembayaran yuran dan dokumen medical check-up. Masa turn aku, pendaftar tak minta pon salinan resit sebab dalam sistem dah update kot yang aku dah bayar. So, prepare je la. Just in case. Aku tak bawa dokumen medical check-up sebab dalam website tak pesan suruh bawak. Aku pulak lurus binti bendul. =P . Nasib baik dah upload segala dokumen medical check-up dekat website. Ayoyo. Dah siap daftar tu, bergeraklah ke fakulti untuk dengar taklimat fakulti pukul 2.30 petang.

Hari Selasa (keesokan harinya) ada taklimat course pukul 9 pagi. Jadi jumpalah lecturer and classmates. =D . FYI, course genetic counselling ni untuk 4 semester (2 tahun, 24 bulan). =P . Mesti full-time ok. Tapi atas budi bicara, mungkin boleh buat PJJ. Mesti ada background in science (medical, pharmacy, nursing, genetics, etc). Kalau boleh, nak ada experience in clinical or community work selama 3 bulan. Kalau nak lulus dengan cemerlang nya dalam course ni kena habiskan 43 jam kredit dengan minimum CGPA 3.0, lulus semua subjek dan settle pembayaran yuran apa semua tu.  Nak 3 pointer tu lah haiiii. *Menangis. Petang tu ada taklimat library. Lebih kurang sama dengan PTSL tapi advance lagi. Agaknyalah. Masa degree tak selalu pergi library, masa master ni insaf sikit kot nanti. =P . Maybe. Hehe. 

Untuk hari-hari seterusnya, sambung entri lain pulak. =D

Bila start master, maka tangan pon menggedik post dekat insta. Sebelum ni ada account je, tak post sehabuk pic pon. Hehe. So, rajin-rajin visit and follow my IG, @najwa_zahid.  Jangan lepas ni blog bersawang sebab dah update semua cerita dekat IG sudah. =D 


Salam Aidiladha =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI