Monday, 12 September 2016

Officially Master Student

Assalamualaikum~~

Hai!!


Isnin minggu lepas (5 Sept 2016) aku officially registered as master student. Alhamdulillah. Pagi-pagi buta tu ada pendaftaran dekat Bangi dan petang pulak ada taklimat di fakulti. Walaupun masa daftar macam serabut sikit tapi alhamdulillah selesai juga. Make sure masa daftar tu bawa surat tawaran, salinan pembayaran yuran dan dokumen medical check-up. Masa turn aku, pendaftar tak minta pon salinan resit sebab dalam sistem dah update kot yang aku dah bayar. So, prepare je la. Just in case. Aku tak bawa dokumen medical check-up sebab dalam website tak pesan suruh bawak. Aku pulak lurus binti bendul. =P . Nasib baik dah upload segala dokumen medical check-up dekat website. Ayoyo. Dah siap daftar tu, bergeraklah ke fakulti untuk dengar taklimat fakulti pukul 2.30 petang.

Hari Selasa (keesokan harinya) ada taklimat course pukul 9 pagi. Jadi jumpalah lecturer and classmates. =D . FYI, course genetic counselling ni untuk 4 semester (2 tahun, 24 bulan). =P . Mesti full-time ok. Tapi atas budi bicara, mungkin boleh buat PJJ. Mesti ada background in science (medical, pharmacy, nursing, genetics, etc). Kalau boleh, nak ada experience in clinical or community work selama 3 bulan. Kalau nak lulus dengan cemerlang nya dalam course ni kena habiskan 43 jam kredit dengan minimum CGPA 3.0, lulus semua subjek dan settle pembayaran yuran apa semua tu.  Nak 3 pointer tu lah haiiii. *Menangis. Petang tu ada taklimat library. Lebih kurang sama dengan PTSL tapi advance lagi. Agaknyalah. Masa degree tak selalu pergi library, masa master ni insaf sikit kot nanti. =P . Maybe. Hehe. 

Untuk hari-hari seterusnya, sambung entri lain pulak. =D

Bila start master, maka tangan pon menggedik post dekat insta. Sebelum ni ada account je, tak post sehabuk pic pon. Hehe. So, rajin-rajin visit and follow my IG, @najwa_zahid.  Jangan lepas ni blog bersawang sebab dah update semua cerita dekat IG sudah. =D 


Salam Aidiladha =D

16 comments:

  1. Bagus. Sementara masih muda dan bujang lebih baik belajar dan capai cita-cita tu selagi ada daya. Good luck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Itulah.. Masa single trang tang tang ni la nak study pon. Nnti dah ada family apa smua, xtau la mcm mne pulak

      Delete
  2. tahniah! gigih sambung master..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Hehe, tu la. Masa fresh ni nk terus je, kang dah layu xlarat dahh

      Delete
  3. wah tahniah!awk sebaya saya tp dh sambung master dahh,,cepat nyaa

    ReplyDelete
  4. Wahhh tahniah awak for your master! Bagusnya sambung master. Good luck :)

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI