Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Wednesday, 21 October 2020

My E-Day!!!! (Part 1)


Hai semua yang membaca!

Sebelum berhabuk cerita hari pertunangan saya, baiklah saya post dekat blog ni terus bila datang mood rajin ni. Seperti yang dirancang, majlis pertunangan secara kecil-kecilan telah diadakan pada 10.10.2020 di kediaman ibu bapa saya jam 11.30 pagi. Pada asalnya kami bercadang untuk membuat majlis yang lebih meriah dengan jumlah tetamu yang lebih ramai, tetapi keadaan kes Covid-19 tidak mengizinkan. Oleh itu, jemputan hanya dalam 60-80 orang sahaja.

Daripada memilih tarikh, baju, pelamin, hiasan hantaran dan makeup, saya yang uruskan sendiri kecuali makanan tetamu. Makanan tetamu ditaja oleh bapa yang tersayang. Thank you ayah!! Semuanya serba sederhana. Cukup seperti apa yang saya rancang dan inginkan. 

Alamak! Tak tahu nak start cerita dari mana. Hehehe. 

Jom tengok gambar la okay?


Kita start dengan throwback cerita masa merisik dulu ye. Dari sebelah kanan : ayah saya, future FIL, future tokwan in law, future MIL, future nenek in law, mak saya dan saya. Rombongan merisik datang di petang hari pada 22.2.2020.
Dapatlah saya sebentuk cincin di hari merisik.

Lepas tu, memandangkan saya tak ada kreativiti nak menggubah hantaran tapi saya nak hantaran tu lawa, saya ke IG @manistation untuk tempah kotak hantaran premium. Tapi, design atas kotak tu tunang saya yang buat. So, tak payah upah orang @manistation untuk design kan. Alhamdulillah, kotak sampai awal dari yang dijadualkan. 

Saya memang nak ada perkataan ETERNAL LOVE tu.

Ada maksud di sebalik perkataan tu. In 10 years saya kenal tunang saya, there was a moment when both of us almost give up and fed up with each other. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, entah macam mana boleh dengar satu lagu bertajuk 'Eternal Love', semuanya kembali pulih dan dapatlah bertunang. Hehe. 

Kotak siap!!

Simple je kan bahan-bahan nak hias kotak hantaran. Sekuntum bunga pon malas nak beli. Kita guna ribbon dengan shredded paper.
Special untuk yang baca post ni, saya tunjuk lah hantaran simple dalam hidden hantaran ni. 

Tuala sulam request dari mak. Nak ada barang maujud yang tulis tarikh tunang. Tempah di IG @tuala_sulam_comel

Sejadah dan buku biografi Rasulullah S.A.W. Buku tu dah beli sejak mula-mula fikir nak kahwin. Untuk jadikan panduan dan contoh tauladan.

Sling bag, wallet and belt. Semua kena ikat dengan reben je ha. Ikat reben pon kena minta tolong mak sebab baru tahu tak pandai ikat lawa-lawa. Hehehe. Tangan tak berseni betul.

Di zaman moden ni, of course sirih junjung beli siap terus dan artificial daun sirih je. Senang hidup.
  
Coklat standard kena ada dekat hantaran. Bagus dia ni. Tak cair kalau bawak berjalan jauh.

Masa ni saya pon tak tengok rupa dalam dia macam mana. Order brownies bentuk love. Alhamdulillah pihak lelaki puji sedap. Tak sia-sia tempah dengan @KekbyCake.

Siap ditutup. Reben tu saya tak gam sampai ke bawah kotak. Cuma gam di sebalik penutup kotak sahaja. Supaya senang nak buka.

Bunga tangan pon buat sendiri. Beli je dekat Kaison atau mana-mana kedai bunga.

Siap! Proud of myself. =D Cantik pada mata saya, cukup. Hehe.

Okay. Let's move to our dais. At first, fikir-fikir rasa macam tak nak pelamin. Nak ala-ala bersila biasa tu je. Sekali mak request nak ada tempat ambil gambar dengan family sekali gitu. Lepas tu dah tempah pelamin yang banyak dedaunan, eh mak nak yang banyak bunga. Nasib pihak @pelaminis ikutkan aje customer yang tak tetap pendirian ni. Kikikiki. 

@pelaminis suggest dekat saya beberapa design dan saya pilih yang ini walaupun tak faham sangat lukisannya itu. Kita percaya je.

Inilah hasilnya. Cantik dari yang saya expect. Alhamdulillah =D

Ok. Lepas tu apa pula ek? Ha!! Cincin!!
Saya bukan jenis yang pakai cincin. Cincin merisik pon pakai on off. Pakai masa pergi keluar jalan-jalan je. Masa kerja tak pakai sebab tak selesa. So, memang cari cincin yang halus je untuk tunang.

It's cute!!. Eternal love punya konsep kan. Kebetulan. Bentuk infinity dan ada dua love. Comel.

Sediakanlah scan code MySejahtera dan form rekod suhu tetamu.

Gini lah rupa brownies yang ditempah. Dapat gambar kat Whatsapp KekbyCake.

Selfie kejap sebelum makeup.

Okay. Kita sambung cerita di Part 2 ye. Daa~~

Friday, 16 October 2020

Checklist Persiapan Pertunangan Musim Covid-19


Hai everyone!!

This is just a simple sharing session untuk kenangan sampai anak cucu gitu. Untuk yang tak kenal saya, saya memang jenis semua benda nak kena plan dan plan saya mesti kena jadi. Kalau tak, memang berapi je la nanti. The moment I decided I wanna get married, wayyyyy before I graduated my master, saya dah plan sikit-sikit. Survey sana sini. Untuk majlis tunang, nikah, sanding, bertandang, all settled. Unfortunately, due to my carelessness (read : stupidity, hehe), laptop rosak. Kena format. All gone, including my research manuscript. Luckily dah grad lah masa tu. Kena lah buat semula checklist. Nasib baik ingat cuma malas nak taip semula semua benda.

Checklist untuk majlis tunang much more simpler than majlis kahwin, of course. Macam saya, saya suka buat jadual. Column mesti ada :-
  1. Bulan / tarikh nak tempah / beli 
  2. Perkara untuk dibuat
  3. Nota (reminder/butik/IG shop/FB page/warna/design yang diminati)
  4. Bajet 
  5. Bayaran booking & tarikh bayar
  6. Bayaran akhir & tarikh bayar
  7. Person In Charge
Okay. Sekarang kita proceed ke senarai yang perlu dititikberatkan. 

Tentukan tarikh, masa dan tempat majlis

Ini perkara basic. Nak buat dekat dewan ke dekat tepi pantai ke hotel ke, semua kena plan. Lebih senang buat tengahari ke petang ke lepas maghrib and so on pon mesti plan elok-elok. Di waktu Covid-19 ini melanda,  banyak yang perlu diambil kira. Pastikan ada back-up date or plan, in case apa-apa terjadi di kawasan anda sebelum majlis berlangsung. Mengikut pengalaman saya, seminggu sebelum majlis, terdapat kes di daerah saya yang menyebabkan semua majlis kenduri tidak boleh dilaksanakan. Oleh sebab itu, kami kurangkan jemputan dari 250 orang kepada lebih kurang 60 orang sahaja. Tetapi perlukan surat kebenaran polis untuk buat majlis. Terkilan juga sebab dah plan macam-macam tapi untuk tunda majlis adalah bukan satu pilihan. So, kita proceed je la kan. 

Tema majlis

Untuk sesetengah orang, majlis tunang ni nak simple tak perlu tema-tema sangat. It's up to you. Tapi pada pandangan saya, tema tu penting untuk memudahkan kita nak pilih semua barang-barang lain nanti. Kalau tak jadi caca marba, susah nak buat keputusan, jadi colorful sangat macam tadika. Hehehehe. Tak perlu lah tema garden ke english classic ke apa. Pilih tema warna pun cukup. For you and for your family members also. Senang diorang nak beli baju ikut tema. For my engagement, I chose black and gold/yellow

Hantaran

Ada dua benda berkaitan perkataan hantaran ni. "Duit hantaran" dan "Barang hantaran". Kedua-duanya kena decide lah antara pasangan dan kedua ahli keluarga. Duit hantaran nak minta berapa dekat pihak lelaki.  Nak suruh bawa separuh masa tunang separuh masa nikah ke, atau bagi sedebuk sebelum nikah ke. Ikut lah. Bincang. Lepas tu barang hantaran tu nak berapa balas berapa. 7 balas 5 ke, 9 balas 7 ke. Nak style hidden hantaran ke, nak open ke. Kalau sorang hidden sorang tak hidden, macam tak match kan. Better you plan lah sama-sama nak beli apa, nak bagi apa. Tak ada lah you beria-ria bagi dia barang berjenama, dia bagi buah pasar malam. Biar kena lah dengan effort satu sama lain. Walaupun selalunya masa tunang ni orang banyak bagi makanan untuk share sesama ahli keluarga. Barulah mengeratkan silaturrahim gituhhhh. 

Barang-barang hantaran kami :

Pihak perempuan : 

  • Sirih junjung
  • Kek
  • Tuala sulam
  • Sejadah + buku
  • Coklat
  • Sling bag + wallet + belt
  • Brownies

Pihak lelaki : 

  • Sirih junjung + cincin
  • Kek
  • Coklat
  • Kain pasang
  • Buah-buahan

Pakaian

Pakaian ni kena take note lah dari head to toe. Nak-nak pula perempuan. Dari crown, veil, tudung, anak tudung, baju, kain, stokin, kasut.  Nak pakai crown ke headpiece ke, veil style apa, bawal ke shawl ke bawal shawl ke, baju butik mana, harga semua kena ikut bajet. Nak matching dengan lelaki ke tak. Kadang ada warna sesuai dengan perempuan tak sesuai untuk lelaki. Kalau jenis rambang mata tengok design-design butik, boleh survey-survey, tunggu promo, cari tudung yang match, baru beli. Tak adalah dah beli, ehhh ada promo la. Menyesal beli awal. Tak pon dah beli baju baru sedar susah nak cari tudung yang sesuai dengan warna baju. Woman always complicated. Sediakan juga bajet untuk sponsor baju family members. Kalau tak mampu beli untuk semua orang, beli untuk mak ayah pon dah okay. Yang lain tu pandai-pandailah nak beli ke tak. Kikiki. 

Pelamin

Sesetengah orang tak nak ada pelamin. Tapi macam saya, mak saya memang request nak pelamin untuk bergambar apa semua tu.  Pelamin ni ada harga dari RM 180 sampailah beribu riban. Ikutlah bajet dengan taste masing-masing. Saya tempah mini pelamin sahaja untuk menunaikan permintaan mak. Boleh juga DIY kalau kreatif dan rajin. Saya tak DIY, risau runtuh pulak nanti =P. 

Makeup

Cari juru solek (MUA) yang sesuai dengan taste you. Survey dulu dekat socmed dia punya style makeup. Sekarang memang trend makeup natural or fresh look. Dah bukan zaman makeup tebal-tebal, banyak-banyak warna macam nak pergi ABPBH tu. Kalau tak nak fake lashes, bagitahu. Tak nak pakai lens pun bagitahu. Better inform awal jenis kulit you, masalah kulit berparut ke, cepat berminyak ke. It's okay. MUA akan faham dan suggest you untuk prepare your skin sebelum dia makeup

Bunga Tangan

Walaupun macam tak penting, tapi sedikit sebanyak bunga tangan ni membantu as a prop. Peneman atas pelamin tu. Sangatlah awkward sorang-sorang atas pelamin dan semua orang tengok. So, peganglah bunga tangan ni mencari kekuatan, gitu. Boleh sorok kipas kecil juga disebalik bunga tangan. Saya DIY je bunga tangan sebab macam over mahal je kalau beli yang dah siap padahal senang je nak buat. Ia menaikkan seri dan boleh guna as prop untuk posing-posing. Boleh cari dekat Kaison untuk bunga-bunga yang cantik, murah dan moden. 

Jumlah tetamu

Ambil kira jumlah jemputan pihak perempuan dan pihak lelaki. Plan untuk parking dan laluan keluar masuk kenderaan supaya tak berlaku kesesakan.  Disebabkan covid, kami terpaksa had kan jumlah tetamu dari kedua-dua pihak. Hanya adik-beradik dan saudara-mara terdekat sahaja yang dijemput. Jumlah tetamu juga menentukan jumlah makanan yang perlu disediakan. Juga doorgift, kalau ada. Boleh buat senarai jemputan jika risau ada yang tertinggal untuk dijemput. Fikirkan juga kediaman atau homestay untuk jemputan yang datang dari jauh. 

Menu

Penyediaan makanan secara rewang ataupun catering, perlu dirancang awal. Survey harga dan pakej. Pilih menu yang sesuai dengan waktu majlis dilaksanakan. Kalau majlis lepas Asar, boleh sediakan menu minum petang yang ringan. Kalau majlis tengahari, sediakan menu makan tengahari. Dalam setiap majlis, makanan tetamu adalah yang paling banyak perlu keluarkan bajet. Alhamdulillah, untuk majlis saya, ayah berbesar hati untuk sponsor. Kalau tak, kita buat majlis untuk 10 orang saja lah. Hihihihi. 

Cincin

Cincin ni penting sebagai tanda you hak orang. Bila tengok je, sedar diri sikit. Kikiki. Jaga tingkah laku. Sesetengah orang dah bagi cincin belah rotan waktu datang merisik. Ada orang bawa dua cincin (cincin belah rotan + cincin tunang) masa majlis tunang. Up to you. Cincin tunang ni cincin yang fesyen sikit lah, kalau bajet lebih beli yang ada permata tu. 

Wakil jurucakap

Awal-awal kena tempah wakil jurucakap ni terutamanyanya macam kami pilih tok empat kampung yang jadi wakil. Kena bagitahu awal. Nanti dia busy, tak bertunanglah saya. =P. Ada orang minta bapa saudara atau sesiapa yang lebih tua dalam keluarga untuk jadi wakil. Alah, zaman sekarang tak ada berpantun bagai. Cuma nak ikut adat ada pihak tolong cakapkan. Gituh. 

SOP

Musim Covid-19 ni kena aware dengan SOP. Cara serve makanan, tempat duduk tetamu, keluasan kawasan majlis, cara sambut tetamu, laluan keluar masuk tetamu, check suhu, buku kehadiran tetamu, hand sanitizer, scan code MySejahtera dan sebagainya.  

Contoh jadual senarai semak majlis pertunangan


Okay. Saya rasa itu je kot yang nak share pasal persiapan majlis pertunangan. Doakan semuanya berjalan lancar dan jodoh berpanjangan sampai Syurga. Aamiin. 

Daa~~~~

Thursday, 6 October 2016

Tips Cinta Jarak Jauh


Sesetengah pasangan sering mengelak daripada perhubungan cinta jarak jauh. Selalunya cinta beginilah yang mudah terputus disebabkan pelbagai perkara terutamanya kehadiran orang ketiga. Oleh itu, saya berharap dengan tips ini dapat mengekalkan hubungan dan rasa cinta kalian :


Artikel di atas ini merupakan artikel yang saya share di ZALORA. 

Ingat tu, jangan cemburu buta dan elakkan pergaduhan yang berpanjangan. Pergaduhan adalah asam garam dalam perhubungan tetapi jangan ego untuk meminta maaf. Jangan tergugat dengan kata-kata orang di sekeliling sehingga hilang kepercayaan kepada pasangan anda. 

Love with all your heart

Daa~~~




Saturday, 19 March 2016

Aku Cop Awal-Awal Tarikh Kahwin

Assalamualaikum.
Hai!!!

Pesanan ye, jangan bagi parents aku baca entri ni. Haha. Nanti parents aku ingat anak dia ni dah merenyam nak kahwin pulak. *Tapi sebenarnya memang pon. Haha. Aku nak kahwin tapi nak duduk dengan mak ayah aku, aci tak? Sebab aku tak tahu kena buat apa. Tak kan kejap-kejap nak call mak aku lepas ni buat apa, lepas tu buat apa. Aku tengok mak ayah aku tak duduk diam buat kerja. Aku pon tak faham apa yang parents aku buat. Haha. Kalau mak aku, dari bangun pagi sampailah tidur semula malam nanti dia buat kerja. Menjahit, memasak, tanam-tanam pokok, apa benda entah lagi. Aku? Aku of course lah spesis robot. Buat apa yang disuruh je. Aku jarang ada inisiatif sendiri untuk buat sesuatu dekat rumah tu kecuali kalau benda tu aku yang punya. Bilik aku, almari aku, rak buku aku, makanan aku, aku buatlah sendiri. Tapi kalau untuk ramai-ramai ahli keluarga aku, aku jenis ikut apa mak aku suruh je. Bertindak mengikut arahan. Haha. 

Jadinya, aku rasa bila aku dah boleh buat benda tanpa disuruh, aku dah tahap boleh kahwinlah tu kot. =P Aku kan, aku berangan kan, aku nak kahwin tarikh cun 22 / 2/ 2020. Kenapa tak 20. 02. 2020? Sebab 20 haribulan tu hari Khamis. 22 haribulan tu hari Sabtu. Jadi, jangan ada classmates atau kawan-kawan aku yang mengada nak tiru ye. Aku cop 4 tahun awal dah ni. Kakakaka. Maka, jom lah sama-sama kita kumpul duit dari sekarang. Majlis kahwin biar berjimat tahap dewa, tapi honeymoon kita pergi Korea. Oyeh. 

Berangan tu satu cara untuk aktifkan semangat yang semakin menjunam dari diri aku ni tau. Dream high bebeh. Dapat ke tak tu lain cerita. 

Ok dah. Doakan ye impian ni terlaksana. 

Kompang di palu~~
Pengantin baru~~

=D

Ni boleh letak dalam blog je sekadar hiasan. 
Di alam nyata tak dapatnya. Haha.

Tarikh dekat phone pon dah mark dah. 
Nanti kalau tak jadi kahwin hari tu, bunyi alarm pon jadilah. Haha.

Nak buat tarikh ni pon lawa. 02. 02. 2020. Style kan? Tapi hari Ahad. Kalau kawan-kawan dekat Johor, Terengguanu etc tu tak dapatlah nak datang. Lagipon nanti Isnin tu ramai yang kena masuk kerja. Kesian kawan-kawan yang datang jauh-jauh tu. =D Caring sangat.


Wednesday, 24 February 2016

Kenali 4 Jenis Lelaki Melalui Cara Dia Balas Mesej



Hai!! 

Kita ni kaum wanita selalu cakap berkias kalau nak sesuatu. Pernah tak text boyfriend / husband bila lapar dengan harapan dia akan faham dan akan bawa / belikan makanan tanpa perlu minta dia belikan? Dia belikan tak? Kalau nak tau, dari cara dia taip mesej pun dah boleh agak dia jenis partner yang macam mana. Baca 4 contoh dekat bawah ni :

1.The Caretaker

01

Lelaki jenis mcm ni spesis yang rajin ambil tahu tentang keperluan GF / isteri dia. Mereka selalunya akan bagi perempuan buat pilihan dalam tentukan perkara-perkara dalam hubungan. Contohnya nak pilih tempat makan, nak hadiah apa untuk birthday, nak tengok movie apa dan sebagainya. Mereka sangat straightforward dan akan ambil apa yang perempuan cakap secara literalnya (kalau putih kata kita, putihlah jawabnya). Tetapi, lelaki jenis ini cenderung untuk di-‘friendzoned’kan atau diambil kesempatan atas kebaikannya.

2.The Ignorant

02

Lelaki jenis ini selalunya malas nak layan perangai perempuan yang clingy dan mengada-ngada, terutamanya kalau kacau dia waktu dia tengah sibuk. Mereka cenderung untuk lebih mementingkan kawan-kawan daripada kekasih, seperti konsep ‘bros before hoes’. Kalau merajuk, jangan harap dia akan faham. Pandai-pandailah pujuk diri sendiri. LOL.

3. ‘The One’

03

Lelaki jenis ini selalunya tak payah cakap pun dapat agak apa yang GF / isteri dia nak. Mereka lebih sensitif dan menghargai little things dalam perhubungan. Juga pandai membuat kejutan yang akan membuatkan hati wanita berbunga gembira. Definitely a good boyfriend material!

4. The Pick-Up Line Expert

04

Lelaki jenis ini sangat pandai bermain dengan kata-kata yang akan membuatkan wanita se-Malaya cair. Kadang-kadang dalam hati tu meluap-luap nak marah sebab bengang sangat kat dia, tapi bila dia buka mulut dan keluarkan ayat-ayat power dia, terus sejuk hati dan tak jadi merajuk. Memang best dapat teman lelaki romantik macam ni but BEWARE. Jenis lelaki macam ni kalau player mesti tahap buaya tembaga!

Artikel di atas dari OH BULAN dan telah diedit mengikut cara aku. Hehe. Komen aku pulak pasal ciri-ciri ni... Ermmm... Aku suka kalau dia ada semua ciri tu. Haha. Baru meriah hidup. Maksudnya karakter yang unexpected. Kadang-kadang dia ikut apa aku nak. Kadang-kadang dia romantik jiwang karat. Kadang-kadang memahami dan kadang-kadang loyar buruk. Mana nak cari manusia macam ni nak oii. Berangan je la jawabnya. Huwaaaa. 

Wednesday, 10 February 2016

Kalau Hati 5 : Warna

I consider myself  as a crayon. 
I might not be your favorite color. 
But one day, you're going to need me to complete your picture of life.

Sunday, 7 February 2016

Kalau Hati 4 : Kopi


I don't think you know what you're doing to me.

Friday, 5 February 2016

Kalau Hati 3 : Kamus



Every pages of my life stories, it's all about you

Thursday, 4 February 2016

Macam Mana Nak Buat Si Dia Suka Dekat Kita?


Hai!

Aku dah lama nak buat entri ni tapi asyik hesitate je. Segan tau. Aku ni penyegan orangnya. =P Dulu masa sembang dengan member-member, isu hati dan perasaan ni timbul tiba-tiba. Adalah yang tanya, macam mana nak buat crush kita minat tu suka dekat kita balik. Aku ada idea hasil daripada pembacaan dan experience sekeliling.

1. Tanya hati

Setiap kali aku bagi nasihat, benda pertama aku akan cakap, tanya hati. Niat. Betul ke suka dekat dia? Ke suka kejap-kejap je? Cinta atau nafsu? Jangan cuba steps di bawah kalau nak main-mainkan perasaan orang lain. Don't you ever try to do that.

2. Kenal dari jauh

Tengok tingkah laku dia dari jauh. Observe. Selidik dari kawan-kawan. Kalau betul ciri-ciri yang dia ada tu sesuai dengan yang kita nak, baru mulakan steps dekat bawah nanti. Jangan bila dah mula, baru rasa macam, "La...macam ni ke dia ni sebenarnya". Bila dah mula, bersedia untuk terima baik dan buruk dia. Ok?

3. Muncul tapi jangan dekat

Pastikan dia tahu kewujudan kita tapi jangan tiba-tiba serbu dia. Make sure dia nampak kita beberapa kali. Biarlah dia tahu yang kita ni sama kuliah ke, sama taman perumahan ke, sama pejabat ke dengan dia. Waktu ni, tunjuklah sifat keperibadian yang baik. Janganlah bagi dia nampak yang kita terjatuh tangga ke, menangis tepi tandas ke. Seganlah kalau gitu. Dalam drama dengan novel je menjadi adegan-edegan macam tu. Real aku tak tahulah.

4. Kecilkan skop

Dekati dia tapi jangan expose yang kita suka dekat dia. Kalau sama kuliah, try lah jadi group member dia untuk assignment akan datang. Join persatuan yang sama ke. Apa-apa je yang dapar kecilkan skop perkenalan tu. Dari sinilah kita akan kenal dia dengan lebih dekat.

5. Jangan jadi kawan

Bila dah kenal, aku tak galakkan berkawan dengan dia. Nanti kena friend zone. Just bagi dia comfortable je bersembang dengan kita pasal kerja atau hal-hal yang bukan peribadi.

6. Hint

Yang ni penting. Kalau tak bagi hint, macam mana dia nak tahu kita suka dia? Hint ni aku tak spesifikkan macam mana sebab setiap orang ada cara masing-masing. Cuba dua atau tiga kali contact dia untuk hal yang tak berkaitan kerja atau bila ada masalah, cari dia dulu. Atau just bagitahu je yang dia ada ciri-ciri lelaki idaman kita kalau berani la. Hehe.

7. Buat dia rasa penting

Cuba pastikan apa yang berlaku dekat dia, kita tahu dulu atau pastikan dia yang pertama tahu apa yang terjadi dekat kita. Bila birthday dia, jadi orang yang pertama wish. Bila dapat tahu orang terdekat dengan dia masuk hospital, jadi orang yang selalu ada di samping dia untuk bagi sokongan. Bila dia dapat result low, jadi orang yang selalu bagi semangat, hulur bantuan untuk ajar dia. Minta tolong dia walaupun perkara tu sebenarnya boleh je minta tolong dekat orang lain.

8. Dia lain dari orang lain

Tingkah laku kita di hadapan dia berbeza dari tingkah laku kita dengan orang lain. Dari situ dia mungkin dapat agak sesuatu. Kadang-kadang, kita sendiri pon tak sedar yang kita layan dia special dari kawan yang lain. Mungkin boleh guna panggilan yang berbeza untuk dia. So, cuma kita sorang je yang panggil dia dengan panggilan tu. You will be someone special for him/her too. 

9. Doa

Walau usaha macam mana pon, doa tu penting. Harus diingatkan juga, kalau jodoh tak ke mana. Kalau bukan jodoh, dah ada dalam tangan pon terlepas juga. Satu lagi, there is a fine line between love and obsess. Hati-hati.


10. Be yourself



Jangan cuba jadi terlalu sempurna. It's ok kalau dia nampak kelemahan kita sebab kita manusia normal. Kalau terlalu usaha untuk jadi sempurna, sampai bila mampu bertahan? Setahun? Lima tahun? Jadi diri sendiri dan biar dia terima kita seadanya diri kita.



Lain-lain tip dari pembacaan aku DI SINI dan DI SANA :

- Pandai masak(especially masakan kegemaran dia)
- Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka
- Jangan terlalu mengongkong
- Jaga cara pemakaian anda
- Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
- Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
- Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan
- Manja tapi bukan gedik
- Bersikap keibuan
- Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
- Jangan tunjukkan keterdesakan anda untuk mendapatkan si dia
- Berikan si dia merasai masakan anda
- Jadilah seseorang yang boleh dipercayainya (simpan rahsia yang dia kongsikan dan jangan mengumpat orang lain di hadapan dia)
- Berikan sokongan terhadap minatnya
- Tunjukkan sikap ‘slumber’ dan rileks (jangan over-express perasaan tu)


Warning!
Jangan gunakan ke jalan yang salah

Goodluck


Mengorat Style Islamic Ke?


Hai.

Pernah dengar kan cinta versi islamik? Couple islamic? Aku bukannya nak sentuh pasal tu sebab dah banyak ceramah ustaz ustazah cakap pasal hal ni. Aku nak membebel pasal mengorat versi islamik. Tolonglah jangan mengorat guna ayat-ayat ala pak arab. Please don't do that.

"Assalamualaikum. Ana nak kenal dengan anti, boleh?"
"Anti dah solat mahgrib?"
"Dah mengaji ke malam ni?"
"Hari ni puasa sunat tak?"
"Ana nak pergi berjemaah di masjid kejap lagi"

Ayat di atas hanya contoh semata-mata. Aku tak nak sentuh pasal hukum ke apa sebab aku tak mahir bab-bab tu. Cuma aku nak luah apa yang aku rasa pasal situasi ni. Ok. Mungkin sesetengah orang suka kalau guna ana anti apa semua tu sebab macam alim maybe. Tapi aku nasihatkan janganlah. Kalau nak cakap arab, arab je semua. Tak semua pon, 50% lah. Ni tak. Dalam 1000 perkataan, yang arab nya cuma assalamualaikum, ana dengan anti je. 

Lepas tu jenis tanya dah solat, puasa, mengaji. Baguslah mengingatkan tapi kalau waktu tu perempuan tu tengah cuti, tak kan dia nak bagitahu dia cuti. Kalau kau dah jadi suami dia, takpelah. Ni baru je kenal seminggu, tak ke krik krik krik. Tak kan dia nak tipu kata dah siap sembahyang kot. Kalau kata tak siap lagi, kena tazkirah pulak. So, lebih baik jangan tanya. 

Jenis nak pergi masjid bagitahu ni, aku malas nak ulas. Kalau sekali dua bagitahu, ok je. Kalau 5 waktu 24/7 nak bagitahu, no comment

Sekian saja bebelan saya. Sorry kalau kasar ke apa. Hanya pendapat peribadi.

Monday, 1 February 2016

Selamat Hari Lahir Bekas Tunang Aku


"Selamat hari lahir bekas tunang aku – Hanya Tuhan Maha Mengetahui.

Selama 14 tahun perkenalan kita, banyak suka duka kita tempuhi bersama. Setelah pemergian arwah ibumu pada tahun 2006, aku saksi betapa hidupmu berubah secara total. Tunggak paling utuh yang kau pegang selama ini pergi mengadap Tuhan yang Esa. Saat itu, tiada apa yang terpahat dalam jiwa ini selain bertekad untuk bersama denganmu saat jatuh dan bangun.

Dengan izin Tuhan, kita membesar bersama, saksi atas kejayaan satu sama lain. Aku ke menara gading, kau pula berusaha dalam perniagaanmu. Aku saksi betapa gigihnya kau meniti titian hidup, memerah keriat untuk berjaya. Hidup tidaklah sesenang yang disangka, pelbagai perniagaan kau ceburi, tiadalah yang benar berhasil. Kita masing-masing buntu memikirkan solusi terbaik. Tiadalah satu saat pun, aku berpaling daripadamu malah kekal di samping, sama-sama mengalirkan air mata tatkala ujian datang bertubi banyaknya.

Syukur, atas usaha, doa akhirnya kau mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan. Jika dulunya motosikal kau tunggangi, sekarang kereta luar negara yang kau pandu. Ya, pada hari kau berangkat ke Kuala Lumpur, seutas jam aku hadiahkan, bersama iringan doa semoga Allah mudahkan perjalananmu, berkati rezekimu dan membawa berita gembira untuk kita iaitu ke jinjang pelamin. Syukur, Tuhan mudahkan urusan kita, 2 bulan kemudian kau menghantar rombongan untuk meminangku, mengikat tali pertunangan, menyatakan hasrat mahu menjadikan aku suri hatimu. Hajatmu, keluargaku terima dengan hati terbuka dan disambut penuh rasa syukur.

Tetapi, hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Pada hari itu, datangnya seorang wanita yang mengaku sebagai teman wanitamu, dan menuntut janjimu untuk mengahwininya. Segala bukti dipampang depan mata aku; gambar, mesej, whatsApp, kata-kata manismu kepada dia aku baca bersama hati yang luluh. Hati yang remuk Tuhan sahaja tahu. Aku diduakan. Setelah segala susah senang bertahun lamanya, aku diduakan, ditipu oleh tunangku sendiri. Aku bertemu denganmu, menuntut penjelasan tapi malangnya tiada kata akhir yang dapat kau berikan.

Provokan demi provokan aku terima dari pihak sana, bersungguh dia mahukanmu; ‘walau bagaimanapun saya mahu dia kahwin dengan saya’ kata dia kepada aku. Hati mana yang dapat tahan. Dan tiada juga kata maaf darimu. Kau diam seribu bahasa, tidak cuba membetulkan keadaan yang kusut. Malah tiada juga kata maaf kau hulurkan kepada keluargaku. Tiada. Aku cuba untuk menghubungimu, minta untuk bertemu dan menyelesaikan perkara dengan cara baik, tetapi malangnya kau masih begitu.

Lalu, aku mengambil keputusan menghantar kembali tanda pertunangan dan memutuskan pertunangan kita. Dan ya, aku tahu masih banyak yang tak selesai antara kita, hutang antara kau dan aku. Tetapi kau masih kaku, kau pilih untuk lari tanpa menyelesaikan masalah ini. Hak aku, kau tidakkan. Aku di sini, cuba cantum hati yang berkecai satu persatu. Dulu, akulah insan yang papah kau bila kau jatuh. Tapi hari ni, aku jatuh kerana kau, dan aku papah diriku sendiri. Terima kasih aku ucapkan.

Selamat hari lahir awak. Tuhan hantar saya ketika awak jatuh supaya awak tidak putus harap pada hidup. Dan hari ini, awak dah berjaya. Saya yakin, arwah mak akan bangga dengan awak. Saya di sini, cuba lepaskan satu persatu apa yg terikat dalam hati. MOVE ON.

Ya, memang awak tidak berlaku adil dengan saya, awak aniaya saya, zalimi saya, tidakkan hak saya. Saya sakit, pedih, hancur tapi saya yakin Tuhan tak buta. Kifarah menanti manusia. Carilah saya di mahsyar kelak, carilah.

Satu soalan: Tenangkah awak, menganiayai saya begini?"

Sedih aku baca ucapan birthday ni. 14 tahun bukan masa yang singkat. Just imagine, kau tunggu dia bertahun-tahun. Sanggup susah senang sama-sama. At the end, dia bla macam tu je. Memang tempah batu nisan rasanya. BTW, aku teringin nak tahu apa kisahnya pulak dari pihak lelaki tu. 

SUMBER : SINI

Wednesday, 27 January 2016

Kalau Hati 2 : Mendung

So, jangan merajuk-merajuk selalu. Nanti kena tinggal. Hikss.

Wednesday, 20 January 2016

Kalau Hati 1 : Mawar

Saturday, 9 January 2016

Dah Terlanjur! Nak Buat Apa Ni?


Hai! Hah kau, tajuk kontroversi betul. Maaf kalau post ni agak sensitif. Jangan salah anggap ye. Entri ni bukan untuk menggalakkan perbuatan terlarang tapi untuk menjadi panduan buat insan yang kehilangan arah. Aku tak pandai nak puitis-puitis sangat. Straight to the point je lah ye. Bila berlaku macam ni, apa yang harus di buat ialah :

1) Taubat

Perkara pertama mestilah bertaubat dengan seikhlas hati. Kalau tanya ustaz ustazah mana-mana pon, apa yang pertama dia suruh, taubat. Apa dia syarat taubat nasuha? Tahu tak?

Syarat-syarat taubat :
i)   Taubat seikhlas hati semata-mata kerana Allah S.W.T
ii)  Menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan
iii) Berhenti terus dari melakukan dosa tersebut
iv) Tekad untuk tak akan ulang lagi dosa tersebut
v)  Memohon maaf kepada orang kalau berdosa dengan orang itu (tiada kaitan dengan entri ni).

2) Tenangkan fikiran

Jangan fikir yang bukan-bukan. Takut mengandung lah apa lah. Kalau fikir benda mengarut, nanti tindakan yang awak ambil pon akan mengarut. Tenangkan hati. Berzikir. Ambil masa untuk fikir dan muhasabah diri. 

3) Berbincang dengan pasangan

Bila hati dah tenang, dah waras, dah tak serabut, jumpa pasangan dan berbincang. Tanya hati ke hati apa arah hubungan awak berdua lepas ni. Memang banyak kes lelaki bla macam tu je bila kejadian macam ni terjadi. Tapi tak dinafikan juga ada lelaki yang rasa bersalah, rasa bertanggungjawab bila dia dah buat tak elok dengan anak orang. Jadi, bincang baik-baik.

4) Istikharah

Kalau dah berbindang, istikharahlah. Moga jalan yang dipilih dengan pasangan adalah betul.

5) Beritahu ibu bapa

Step yang atas-atas tadi tak semencabar step yang ni. Macam-macam akan terbayang dalam kepala apalah reaksi keluarga nanti kalau dapat tahu. Kena pukul ke, mak menangis ke, ayah tak nak bercakap seminggu ke. Nak tak nak, kena bagitahu. Kalau jadi apa-apa nanti, sekurang-kurangnya keluarga dah tahu. Ya, mak ayah marah memang dah dijangka. Siapa yang tak marah kalau dapat tahu tapi kasih sayang mereka lagi besar dari rasa marah tu. Satu hati mereka akan terima.

6) Jangan ambil tindakan terburu-buru

Kalau parent tak dapat terima, masih marah lagi, teman lelaki lari, dapat tahu pula hamil, jangan buat benda tak masuk dek akal. Perkara yang timbul dalam fikiran tak lain tak bukan nak bunuh diri tak pon nak bunuh baby tu (drama + novel). Jangan! You just make thing worse. Cuba lagi pujuk ibu bapa sampai hati mereka sejuk. Kalau rapat dengan adik / abang / kakak, minta bantuan mereka pujuk ibu bapa. Adik-beradik pon boleh jadi penguat dalam keadaan macam ni.

7) Banyakkan amalan sunat (puasa, solat sunat)

Bila hati tak tenang, perbanyakkan amalan sunat. Semua orang ada sejarah silam. Tapi semua orang boleh bangkit kalau nak. Kekuatan dalaman kena kukuh pada waktu hati tengah keliru dan mudah terhasut dengan fikiran-fikiran negatif.

8) Seek for help

Jangan duk termenung, memerap mengenang nasib. Muhasabah tu bagus tapi you need help from others at this phase. Jangan malu, jangan takut-takut untuk minta bantuan dari rumah-rumah perlindungan wanita. InsyaAllah mereka dapat bantu dari pelbagai aspek.

Semoga bermanfaat. Mencegah lebih baik dari mengubati. 

Saturday, 28 November 2015

The Q3 : Rimas tapi Rindu



Hai. Aku nak buat entri cintan-cintan sikit ni. Jangan loya tekak pulak. Kisah ni banyak aku dengar dari kawan-kawan aku yang perempuan ke yang lelaki ke. Si A ni minat sangat dekat si B. Mula-mula B memang tak minat dekat si A langsung tapi still layan si A ni mesej, call, Whatsapp etc. Lepas tu si B mula nak membebel yang dia rimas bila si A asyik contact je. Tapi bila si A ni tak contact, merajuk, mulalah dok tercari-cari si A tu. Apa masalahnya sekarang ni? Haha.  Rimas ke? Dah mula suka ke?Nak buat apa ni?

1) Tanya hati
Aku rasa semua orang akan bagi nasihat yang sama macam aku. Tanya hati kita, nak ke tak nak sebenarnya. Kalau nak, tak apa la layan. Kalau tak nak, STOP. Jangan mainkan hati orang. Ni tak, tahu tak nak tapi layan. Lepas tu bagi harapan tapi tak suka pon. Jangan, jangan, jangan.

2) Jangan kesian
Memang la kita rasa kesian nak bagitahu yang kita tak suka sebenarnya tapi dah terlayan. Cakap elok-elok kalau tak suka. Bagi dia faham betul-betul. Cari masa yang sesuai. Seeloknya jangan guna orang tengah sebab takut jadi lain nanti. Lain yang kita nak cakap, lain yang disampaikan. Cakap hati ke hati dan akhirkan dengan perdamaian untuk kedua-dua pihak.

3) Tak faham-faham
Ni yang buat panas ni kan. Bila kita dah bagitahu tak suka, dia TAK FAHAM weh. Siap bagi ayat manja-manja, bagi gambar. Apa masalah pulak la dia ni kan? Kalau jadi macam ni, ingatkan balik yang you tak suka dia. Mana tau dia saja nak test kot-kot hati you boleh cair balik. Kalau dia degil juga, pandai-pandai klik "block". Hehe.

4) Suka tapi rimas
Ada yang suka tapi rimas dengan perangai dia yang over, mengada, asyik contact 24 hours, nak tunggu sampai ke tua, semangat nak redah lautan api bagai. Haha. Bagilah tahu yang awak tu suka dia tapi tak suka certain perangai dia, Minta dia kurangkan perangan macam tu. Slow-slow nanti dia akan faham dan berubah. Mostly dia macam tu sebab baru kenal dan takut kena sambar dengan orang lain. Lama-lama nanti dia pon jadi malas nak contact 24 hours. Don't worry. 

5) Suka tapi tak nak kahwin lagi
Ni pon satu, suka tapi tak fikir ke arah kahwin lagi dengan si dia tu. Senang je. Jangan layan. Bila ada hajat nak kahwin baru cari. Jangan nak mengada layan orang tu, layan orang ni. Amboi.

Ni je rasanya nak membebel. Kalau ada apa-apa lagi, nanti aku update. Sorry kalau terkasar bahasa,tersentap, ter apa-apa je la. Daa.



Monday, 5 October 2015

The Q1 : Kenapa Perempuan Suka Mengongkong?

Assalamualaikum, hai =D

Aku dalam keserabutan buat research proposal yang tak siap-siap, exercise Analisis Statistik Biologi nak kena submit before midnight ni tapi tak tahu nak buat macam mana, and jerebu dah menyebabkan aku risau nak keluar shopping tak tentu hala macam selalu, jadinya, update blog la jawabnya. Haha. *apa kaitan tah.

Baru-baru ni ada seorang senior lelaki tanya aku, "kenapa perempuan suka kongkong boyfriend (BF) dia? Dia tak bagi like status FB, komen dengan perempuan lain pun tak boleh".
*aku macam.........hah?apa? muka memang blur habis.

Aku manalah tahu. Aku tak pernah mengalami situasi tu. Tapi aku perahlah juga otak ni berfikir jawapan yang mungkin dapat puaskan hati dia. Lelaki bukan senang nak faham perempuan. Dia nak cuba faham pun dah kira bagus. Perempuan pun kadang-kadang tak faham diri sendiri. *macam aku. Hukss.

Actually bukan perempuan saja yang suka kongkong, ada juga lelaki yang macam tu. But, certain perempuan suka lelaki yang mengongkong. Maybe sebab nampak lelaki tu care pasal dia. Maybe.
*Apasal aku update status ni. Ni 1st time aku update topik macam ni. 

Jawapan yang aku dapat fikir :

1)  Kurang percaya
Kalau awak percaya dekat partner, kongkong-mengongkong ni tak kan jadi. Jangan terlalu takut BF tu dirampas. Be rasional. Be the best. Yakin dengan diri sendiri dan yakin dengan partner. Kalau ada jodoh, tak ke mana.
Tapi, kalau BF you asyik like gambar perempuan seksi, gambar ex-GF dia, atau apa-apa yang tak berkenan di hati, bagitahu elok-elok yang you tak suka dia buat macam tu. Tapi kalau tu gambar classmate dia atau cousin dia, janganlah nak marah-marah. Kalau dia komen biasa-biasa, biarkanlah. Tapi kalau komen manja-manja, smiley lovey-dovey, bagi kaki je. Haha. Jangan ikutkan hati sangat. Cuba untuk percaya tapi jangan 100% sebab dia bukan husband lagi. Kalau dah kahwin, mestilah kena percaya dekat suami. Jangan tuduh yang bukan-bukan, marah tak tentu pasal. Selidik dulu.

2) Terlalu sayang
Yang ni pun masalah juga. Haha. Girl ni sayang lelaki tu je. Jadi, lelaki, sila bersyukur. Kalau dia tak sayang, dia tak akan peduli BF dia nak layan perempuan mana pun. Ye tak?
"Kau layan awek lain, aku pon boleh layan lelaki lain".
Hah, kan lagi haru.
Sebab dia setia , jadi dia nak partner dia pun setia. Lelaki kena cuba faham apa yang GF dia tak suka. Mungkin boleh kurangkan komen-komen yang tak penting tu. Ok?

3) Sifat ingin tahu
Awak kat mana? Awak, awak kat mana?
Bosan ke kalau GF tanya soalan yang sama setiap 5 minit? Haha.
Perkara ni mungkin banyak berlaku bila hubungan jarak jauh. Sebab dia tak nampak, dia tak dapat bayang. Macam mana tempat kerja partner dia, ramai perempuan ke, betul ke macam tu, betul ke macam ni. Sebab tu dia selalu tanya. Sebab dia nak tahu.
Jadi, bila ada masa, bawalah GF/isteri pergi jumpa kawan-kawan tempat kerja yang mulut boleh pakai sikit. Dapat kawan yang jenis loyar buruk, dia cakap " ni awek kau yang ke berapa ni?"
Padahal kawan tu gurau je. GF pula jenis over-sensitive, makin bergaduhlah jawabnya. Cubalah bawa partner lalu depan tempat kerja, depan rumah sewa, bagi dia dapat bayang berapa jauh tempat kerja dengan rumah, warung lepak area mana,  pasaraya jauh ke dekat. Jadi, dia taklah curious sangat.

4) Saja-saja
Apa punya point ni? Ala, tak faham ke? Perempuan ni kadang-kadang datang la manja dia. Nak merajuk sikit. Acah-acah je tak suka tu, tak suka ni. Jadi, ringankanlah mulut tu untuk memujuk. Ni skill yang lelaki mesti ada. Pandai pujuk. Bagilah ayat macam mana pun. Bagi hadiah pun boleh. Kalau tak tahu nak pujuk guna ayat apa, Google. Bersepah ayat jiwang. Tapi pujuk biar ikhlas. Ok?

That's it. Tapi aku rasa perkara macam ni masih boleh dibawa berbincang. Jangan gaduh-gaduh, ok? Benda boleh settle. =D

Peace!




 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI