Assalamualaikum. Hai!!
Kalau sebut pasal GMO, rasanya majoriti tahu kan pasal isu ni? Ramai yang menolak, ramai juga yang menyokong. Dalam kalangan pensyarah aku pon ada yang bantah dan ada yang sokong. Semua orang ada reason dan kepentingan sendiri untuk setuju atau tak setuju dengan perkara ni.
GMO ialah organisma hidup yang diubah atau dimanipulasi genetiknya di dalam makmal melalui kejuruteraan genetik. Scary ke maksud ni? =D
Ada seorang lecturer aku cakap, kes yang orang kata GMO menyebabkan kanser tu tak betul sebab eksperimen dia tu salah ke apa tah. Dia cakap orang yang bantah GMO ni mungkin nak jaga bisnes dia.
Ada seorang lagi lecturer aku tu dia cakap, selagi kita cukup sumber makanan / tumbuhan / organisma yang normal macam sekarang ni, perlukah kita nak buat GMO? Tak perlu. Melainkan kita ni dekat negara darurat, hanya ada GMO products je untuk teruskan hidup. Sebenarnya kalau nak diikutkan, perubahan genetik dalam organisma macam tumbuhan tu berlaku je secara natural. Sebab tu kita belajar pasal evolusi. Tumbuhan tu berubah mengikut natural selection. Persekitaran yang menyebabkan tumbuhan tu terpaksa mengubah diri dia sendiri untuk adapt dengan sesuatu keadaan yang baru. Tapi bila GMO, dia perubahan yang diubah oleh manusia, nak-nak pulak dibuat dalam makmal. It's sounds scary, maybe.
Tapi jangan risau, dekat Malaysia ni boleh dikatakan bebas GMO products lagi (tapi jagung dengan soya tak sure lah). Kita ada law, act, ethics semua tu. Banyak negara-negara maju pon tolak GMO products ni. Ia isu yang sangat besar sebenarnya.
Kalau ada yang dimodifikasi macam untuk increase yield ke, slow kan proses buah tu masak ke, something like that, tu cuma bioteknologi tumbuhan. Bioteknologi tumbuhan banyak cabang selain GMO. Macam genetik jugak, ada banyak cabang. Ada seorang pak cik tu dia cakap aku belajar genetik sebab nak buat klon manusia. Haha. Klon ayam pon aku tak pandai nak buat. =P
Ok lah. untuk maklumat lanjut dan sahih, sila Google. Hehe. Aku tulis apa yang lecturer aku membebel dalam kelas je. Kalau salah, mohon tegur.
Daaa~~~
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D