Monday, 28 March 2016

Top 3 Best Drama Lakonan Lee Seung Gi

Hai!!

Aku nak share tentang salah seorang pelakon Korea yang aku minat bukan sebab rupa tapi sebab lakonan dia iaitu Lee Seung Gi / Lee Seung Ki. Dia ni pandai belakon, menyanyi, jadi pengacara, kiranya serba awesome lah. Agak patah hati juga masa dia dikhabarkan dah confirm couple dengan Yoona Girl's Generation tu walaupun aku tahu memang dia admire giler dekat Yoona tu. Huwaaa ;( Tapi sekarang dah putus dah sebab masing-masing busy mungkin. Lee Seung Gi ni tak adalah handsome tahap Lee Min Ho tu, tapi ekspresi muka dia masa berlakon tu menyebabkan aku nak tengok drama lakonan dia. Tiga drama dia yang paling aku suka ialah Gu Family Book, My Girlfriend Is Gumiho dan Shining Inheritance/Brilliant Legacy. 


1) GU FAMILY BOOK (2013)

Drama ni aku ulang entah berapa kali tapi tak bosan. Memang dah hafal dah plot ceritanya. Bae Suzy, dengan Choi Jin Hyuk pon ada dalam drama ni. Lee Seung Gi jadi Choi Kang Chi dalam drama ni. Dia jadi half-human-half-mythical-creature sebab ayah dia (Choi Jin Hyuk) yang ada kuasa magik kahwin dengan manusia. Ayah Kang Chi mati kena bunuh dengan mak Kang Chi bila dia dapat tahu yang suami dia tu bukan manusia. Lepas beberapa tahun, ayah Kang Chi hidup semula sebagai syaitan lah lebih kurang. Kang Chi tersuka dekat Suzy tapi ada seorang pak cik (kawan ayah Kang Chi) kata, salah seorang antara Kang Chi atau Suzy tu akan mati kalau tak berpisah. Segala macam konflik berlaku dalam drama ni tapi paling best waktu Kang Chi cuba kawal kuasa magik dan perangai hyperactive dia  tu. =D 


2) MY GIRLFRIEND IS GUMIHO (2010)

Aku tak rasa perlu cerita banyak kot pasal drama ni sebab dah pernah ditayangkan dekat TV dulu rasanya. Dilakonkan oleh pelakon cantik Shin Min Ah sebagai gumiho. Cerita pasal gumiho ala-ala hantu yang nak jadi manusia. Waktu dia nak jadi manusia tu, dia minta pertolongan Lee Seung Gi (sebagai Cha dae Woong). Dalam waktu lah mereka fall in love. Konflik drama ni bila salah seorang akan mati kalau gumiho tu jadi/tak jadi manusia. Bila gumiho menangis je dalam drama ni, hujan pun turun. Aku suka lagu yang Lee Seung Gi nyanyi untuk OST drama ni, Losing My Mind. Siap hafal tau lepas tengok drama ni. Over sangat. Start tu lah aku minat lagu-lagu nyanyian Lee Seung Gi.

 

3) SHINING INTELLIGENCE / BRILLIANT LEGACY (2009)

Drama ni pon aku repeat juga tengok. Hehe. Pelakon drama ni memang best lah. Kisahnya, Han Hyo Joo (sebagai Go Eun Sung) ni anak orang kaya yang tiba-tiba muflis dan ada mak + adik perempuan tiri. Eun Sung juga ada seorang adik kandung lelaki yang OKU dan minat main piano. Bila nama ayah dia disenaraikan antara orang yang mati terbunuh dalam satu kebakaran, Eun Sung dengan adik lelaki dia kena halau dari rumah. Lepas tu adik dia hilang disebabkan oleh mak tiri dia yang tah apa-apa tu. Konflik berlaku masa dia nak cari adik dia. Waktu tu lah dia jumpa Lee Seung Gi (sebagai Sunwoo Hwan). Hwan ni cucu orang kaya dan pewaris kekayaan tu tapi pemalas dan berlagak. Nenek Hwan nak serahkan segala harta dekat Eun Sung kalau Hwan tak berubah. Hwan dah jumpa adik Eun Sung tapi dia tak tahu tu adik Eun Sung. Belit-belitlah tapi best sangat. Waktu Hwan mula berubah daripada jahat nak jadi baik tu best



Drama dia yang agak latest, You're All Surrounded (2014) pasal detektif-detektif gitu. Dalam The Producers (2015) hari tu pon dia ada tapi as cameo je.  Yang aku perasan, dia ni mesti berlakon dengan actress cun tak pon memang famous giler. Haha. Kalau dengar lagu dia, walaupun tak faham apa dia nyanyi, still rasa feel tu. Ewah. Kalau tengok dia nyanyi dengan Yoona lagu Alone In Love tu memang sweet lah. =D 


Ok dah. Stop. Daa~~

;D

8 comments:

  1. watched two out of the three and they were not bad.. tapi tgh cari mood nk tgk Gu Family Book skang ni sbb xbape minat mythical creatures pakebende tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tgok lah, best =D xde lah scary atau mengarut sgt..biasa2 je

      Delete
  2. suka tiga-tiga cerita ni, tapi selalu 2nd lead syndrome.,,. hehhe

    ReplyDelete
  3. Sib baik akak x berapa minat ngan pelakon Korea...hehehehe

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI