Monday, 12 December 2016

Membakar Syurga Mengguyur Neraka : Novel review

Assalamualaikum


Hello!!



Sinopsis :

Najiha, seorang kaunselor yang juga merupakan anak seorang ustaz ada dua orang kawan baik, Dona (perempuan berbangsa Cina + India) dan Fahmi (motivator yang bernafsu songsang). Najiha juga ada dua orang housemates, Lily (wartawan yang berkarakter tomboy) dan Insyirah (muslimah yang bermulut laser). Setiap watak dalam novel ni saling berkait dan complicated. Novel ni juga menjadikan laman forum sebagai medium menyampaikan ilmu dan berdiskusi. Jadi, banyak ilmu dapat dimasukkan dalam novel ni tanpa menyelitkan dalam setiap plot cerita. Hanya perlu masukkan ilmu perbincangan tersebut dalam sesi forum antara watak. Setiap watak menggunakan nama samaran dalam forum tersebut dan tidak mengenali antara satu sama lain. Padahal di dunia nyata mereka sebenarnya kenal.
Najiha membantu Dona mendalami Islam dan menemani Dona di sisa-sisa terakhir hidupnya kerana Dona menghidap kanser. Dona menerima Fahmi (nama Forum : Mujahid) sebagai suami walaupun dia tahu sejarah silam Fahmi. Rahul (nama Forum : MindTeaser), abang kepada Dona mendekati Najiha (nama Forum : FredKougar) menggunakan bermacam cara sedangkan dia sangat paranoid terhadap Melayu dan Islam setelah putus cinta dengan Insyirah. Dia menggunakan kepakarannya sebagai hacker untuk mengetahui tentang Najiha dan dia mengenali ahli-ahli forum tersebut. Najiha seorang yang menjaga batas pergaulan hampir tewas dengan hasutan syaitan apabila dia mencintai Rahul. Hadi atau Eddy (nama Form : CicakKobeng) seorang gay yang telah bertahun lamanya hidup dalam kegelapan sentiasa menggoda Fahmi yang sudah bertaubat. Dia menggunakan Najiha untuk mendapat perhatian Fahmi tetapi perkenalannya dengan Najiha membuka hatinya untuk berubah. Insyirah si mulut laser sering memfitnah Rahul di hadapan Najiha sehingga Najiha meninggalkan Rahul tanpa penjelasan. Najiha terpaksa memilih antara Rahul atau Hadi yang masing-masing mengharapkannya untuk mengguyur neraka mereka. 

Aku nak jugak review novel ni padahal novel ni dah berzaman keluar. Sebenarnya ni lah kali pertama aku baca novel dari Hana Ilhami sebab aku tak pernah baca novel Perempuan Lindungan Kaabah dari penulis yang sama. Aku tengok drama dia je. Heeee. Ini pon pinjam dekat library. Mula-mula tu rasa weird nak baca sebab apa benda "mengguyur" pon aku tak tahu. Rupanya "menyiram" maksud dia. Pendekatan forum tu unik sebab aku tak pernah baca novel yang gunakan forum sebagai medium menyampaikan ilmu kepada pembaca. Jadi tak bosan sebab macam baca dialog juga, bukannya tulisan tazkirah yang panjang berjela. Novel ni banyak menceritakan tentang gejala LGBT, pendapat mengenainya menurut sains dan Islam. I guess banyak benda kena study untuk siapkan satu novel ni. It's worth. Banyak kata-kata nasihat dalam novel ni yang menyentapkan hati aku. Thanks penulis. You wake me up. =D Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI