Showing posts with label Feeling bless. Show all posts
Showing posts with label Feeling bless. Show all posts

Wednesday, 21 October 2020

My E-Day!!!! (Part 1)


Hai semua yang membaca!

Sebelum berhabuk cerita hari pertunangan saya, baiklah saya post dekat blog ni terus bila datang mood rajin ni. Seperti yang dirancang, majlis pertunangan secara kecil-kecilan telah diadakan pada 10.10.2020 di kediaman ibu bapa saya jam 11.30 pagi. Pada asalnya kami bercadang untuk membuat majlis yang lebih meriah dengan jumlah tetamu yang lebih ramai, tetapi keadaan kes Covid-19 tidak mengizinkan. Oleh itu, jemputan hanya dalam 60-80 orang sahaja.

Daripada memilih tarikh, baju, pelamin, hiasan hantaran dan makeup, saya yang uruskan sendiri kecuali makanan tetamu. Makanan tetamu ditaja oleh bapa yang tersayang. Thank you ayah!! Semuanya serba sederhana. Cukup seperti apa yang saya rancang dan inginkan. 

Alamak! Tak tahu nak start cerita dari mana. Hehehe. 

Jom tengok gambar la okay?


Kita start dengan throwback cerita masa merisik dulu ye. Dari sebelah kanan : ayah saya, future FIL, future tokwan in law, future MIL, future nenek in law, mak saya dan saya. Rombongan merisik datang di petang hari pada 22.2.2020.
Dapatlah saya sebentuk cincin di hari merisik.

Lepas tu, memandangkan saya tak ada kreativiti nak menggubah hantaran tapi saya nak hantaran tu lawa, saya ke IG @manistation untuk tempah kotak hantaran premium. Tapi, design atas kotak tu tunang saya yang buat. So, tak payah upah orang @manistation untuk design kan. Alhamdulillah, kotak sampai awal dari yang dijadualkan. 

Saya memang nak ada perkataan ETERNAL LOVE tu.

Ada maksud di sebalik perkataan tu. In 10 years saya kenal tunang saya, there was a moment when both of us almost give up and fed up with each other. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, entah macam mana boleh dengar satu lagu bertajuk 'Eternal Love', semuanya kembali pulih dan dapatlah bertunang. Hehe. 

Kotak siap!!

Simple je kan bahan-bahan nak hias kotak hantaran. Sekuntum bunga pon malas nak beli. Kita guna ribbon dengan shredded paper.
Special untuk yang baca post ni, saya tunjuk lah hantaran simple dalam hidden hantaran ni. 

Tuala sulam request dari mak. Nak ada barang maujud yang tulis tarikh tunang. Tempah di IG @tuala_sulam_comel

Sejadah dan buku biografi Rasulullah S.A.W. Buku tu dah beli sejak mula-mula fikir nak kahwin. Untuk jadikan panduan dan contoh tauladan.

Sling bag, wallet and belt. Semua kena ikat dengan reben je ha. Ikat reben pon kena minta tolong mak sebab baru tahu tak pandai ikat lawa-lawa. Hehehe. Tangan tak berseni betul.

Di zaman moden ni, of course sirih junjung beli siap terus dan artificial daun sirih je. Senang hidup.
  
Coklat standard kena ada dekat hantaran. Bagus dia ni. Tak cair kalau bawak berjalan jauh.

Masa ni saya pon tak tengok rupa dalam dia macam mana. Order brownies bentuk love. Alhamdulillah pihak lelaki puji sedap. Tak sia-sia tempah dengan @KekbyCake.

Siap ditutup. Reben tu saya tak gam sampai ke bawah kotak. Cuma gam di sebalik penutup kotak sahaja. Supaya senang nak buka.

Bunga tangan pon buat sendiri. Beli je dekat Kaison atau mana-mana kedai bunga.

Siap! Proud of myself. =D Cantik pada mata saya, cukup. Hehe.

Okay. Let's move to our dais. At first, fikir-fikir rasa macam tak nak pelamin. Nak ala-ala bersila biasa tu je. Sekali mak request nak ada tempat ambil gambar dengan family sekali gitu. Lepas tu dah tempah pelamin yang banyak dedaunan, eh mak nak yang banyak bunga. Nasib pihak @pelaminis ikutkan aje customer yang tak tetap pendirian ni. Kikikiki. 

@pelaminis suggest dekat saya beberapa design dan saya pilih yang ini walaupun tak faham sangat lukisannya itu. Kita percaya je.

Inilah hasilnya. Cantik dari yang saya expect. Alhamdulillah =D

Ok. Lepas tu apa pula ek? Ha!! Cincin!!
Saya bukan jenis yang pakai cincin. Cincin merisik pon pakai on off. Pakai masa pergi keluar jalan-jalan je. Masa kerja tak pakai sebab tak selesa. So, memang cari cincin yang halus je untuk tunang.

It's cute!!. Eternal love punya konsep kan. Kebetulan. Bentuk infinity dan ada dua love. Comel.

Sediakanlah scan code MySejahtera dan form rekod suhu tetamu.

Gini lah rupa brownies yang ditempah. Dapat gambar kat Whatsapp KekbyCake.

Selfie kejap sebelum makeup.

Okay. Kita sambung cerita di Part 2 ye. Daa~~

Monday, 2 December 2019

Bercuti 3H2M di Cameron Highland [Big Red Strawberry & Green Garden View]

Hai Assalamualaikum!!


Nak sambung part 3 pulak untuk percutian ke Cameron Highland. Boleh refer SINI untuk baca kisah hari pertama dan kedua. Actually perut aku kurang sihat sepanjang berada di CH, siap nak pergi klinik lagi. Dan untuk pengetahuan readers, aku sedu macam baby-baby tu masa hari ke 2. Seksa oii. 

Pagi-pagi hari Sabtu, nak balik tu, kitorang singgah Big Red Strawberry Farm dulu. Serius ramai orang. Ramai sangat. Nasib baik parking banyak. Aku datang situ semata nak makan dan bergambar. Masuk je kafe dia, beratur manusia. Gigih lah aku beratur juga. Sambil-sambil tengok harga makanan. Tercekik makkkkk. Mahaiii. Mana tak mahal kalau nasi lemak dah dekat RM6? Kalau kat KL pon, sebungkus boleh dapat RM1. Yang istimewa nya sambal strawberi la. Tapi.... ikut citarasa orang la kot.  Tengah sedap menikmati pemandangan tanaman-tanaman dekat situ sambil breakfast, perut aku buat hal. Terus chau... Tak dapat nak bergambar sakan. Aku sampai tak boleh nak berjalan bila perut tiba-tiba sakit. 


Lepas dah reda sikit, terus ke Kea Farm lagi sekali sebab nak singgah Puku Cafe. Nak beli aiskrim. Semata-mata uolsss... Then shopping jagung dengan bunga untuk bawa balik. 



Dalam perjalanan balik tu, singgahlah Avant Chocolate + Green Garden View. Actually dekat Avant tu ada kedai jual-jual coklat, jem, gitu je la. Dekat GGV tu ada cafe jual aiskrim dan kek. Menu lain tak pasti la pula. Lepas tu ada permainan apa tah untuk kanak-kanak. Aku masuk dalam taman yang ada haiwan-haiwan tu. Bayar RM6 kot sekali dengan 2 bungkus makanan untuk bagi haiwan makan. Aku pilih nak bagi arnab dan kambing makan. Tapi boleh pulak arnab tu tak makan apa aku bagi. Caissss. Kambing pulak macam tak makan setahun. Takut aku. Nasib dia tak panjat keluar dari kandang. 

Baru bangun tidur tapi sibuk nak bergambar
I love this port. Colourful.


Ketar jugak kaki nak stabilkan diri. Maklumlah hyperactive tapi tak athletic. Heee.

Lepas dah makan-makan, posing sini sana, kitorang pun balik. Nasib tak jem sebab orang ramai baru datang. Kitorang dah gerak balik. Total perbelanjaan dalam 1k jugak sebab banyak habis dekat makanan dan shopping souvenirs. Kalau takat tol, minyak, hotel tu je, tak mahal pun.

Next, ke mana kita?







Monday, 18 December 2017

Kelantan Trip 2 (D&D Budget Inn)


Hai!!

As promised, aku nak share hotel bajet yang kami tinggal untuk 2 minggu selama dekat Kelantan. Since kami dapat tahu kena pergi HUSM ni dah last minute, Jumaat nak pergi, Isnin baru tahu, so, memang rushing lah nak booking hotel. Selagi boleh nak yang murah dan selesa. Memang dah plan tak nak stay homestay sebab agak mahal + bukan nak masak pon dekat sana. Google punya Google, jumpa 2 hotel yang bagi harga berpatutan. Salah satunya, D&D Budget Inn. Untuk 15 hari, dapat harga RM 380. Siap free wifi, bilik aircond, dobi layan diri, TV, attached bathroom dan 4 katil single. Sebelum sampai hotel tu, aku memang tak expect apa-apa sebab murah kan harga dia. Sekadar ada pon tak apa. 

Hotel tu sebelah kedai ni. Ada tempat parking dekat depan dan belakang hotel.

Sejadah, kerusi, sinki, tuala, selimut, penyangkut baju, surah Yassin pon ada

Shower cream, shampoo, conditioner disediakan

Cebok, baldi, tisu tandas, berus tandas disediakan.
Ada bocor sikit siling bilik air yang kami duduk ni especially masa hujan lebat

Pandangan dari depan pintu bilik air. Yang meja dekat luar bilik tu ala-ala receptionist punya meja especially untuk yang dah booking. Dekat penjaga kaunter tu lah kami mintak nak itu ini. hehe.




Kalau nak top-up air ke, nak iron baju ke, semua ada dekat depan kaunter receptionist tu. Nak mintak penyapu ke, vacuum ke, mintak je. Kami siap mintak iron board + iron bawak masuk bilik.

Seriously, service memang tip top. Tak sangka bilik lawa + lengkap. Kami siap mintak selimut lebih sebab Kelantan sejukkkk amat. Nak mandi pon sejuk oi. Owner siap bagi ampaian letak dalam bilik sebab musin hujan + banjir masa kami pergi sana. Kalau nak basuh baju, boleh minta staff basuhkan tapi bayar dekat dia RM1 (service) + RM1 (sabun) kalau tak salah. Kami beli sabun basuh sendiri, basuh pon sendiri. Senang. Lepas tu pergi keringkan dekat dobi lain, bayar RM5. Sobs sobs. Banyak dobi, kedai makan dengan kedai komputer/printer etc dekat situ. Dekat dengan Mydin, Watson, Guardian, Domino's pizza, bank apa semua ada lah. Yang tak berapa ok ialah kau boleh dengar alarm jiran sebelah lagu baby shark + anak dia menangis. Heh. Aku tidur mati, tak dengar apa. =P Classmates aku yang cerita. 

Sebelah hotel tu ada kedai nasi kerabu famous. Lauk kambing bakar, daging bakar, ayam bakar. Ada sekali tu, owner belanja kami sarapan. Pepagi buta makan nasi kerabu. Tak ada lah pagi sangat, pukul 9 dah masa tu. Last-last, terbiasa makan nasi pagi-pagi. Masa last day, melantak nasi ayam pedas + daging bakar untuk sarapan dekat kedai tu. Ada orang bawak list penuh kertas A4 kawan-kawan dia tempah makanan. 


Recommended. 


Tel. No. : Cik Dah (019-9377566)

Better whatsapp je la. Senang Cik Dah nak reply

Tuesday, 21 November 2017

I learned something from great people I met today

Assalamualaikum. Hai!


Aku rasa diri aku di kelilingi aura positif dan dapat pengalaman baru sepanjang hari ni. 

Keluarga pertama yang kami jumpa, dua anak kembar mereka meninggal dan lahir pra matang. Anak kedua mereka mempunyai penyakit genetik (baca : keturunan) yang masih tidak diketahui diagnosis nya (baca : nama penyakit dia). Sebelum ni kami tahu yang ibu tersebut mengandung anak ketiga. Tiba-tiba masa datang tadi, mereka bagitahu yang kandungan tu dah keguguran. Ya Allah. Tenang je aku tengok parents tu. Dah la result ujian yang dibuat untuk anak kedua diorang tak dapat-dapat lagi. Ada masalah teknikal sikit. Kami risau sebab kalau apa yang berlaku dalam keluarga tu berkaitan dengan keturunan dan the parents plan to have another child, result genetic testing kena dapat cepat. Kalut lah kami minta maaf sebab diorang dah susah-susah datang tapi tak ada result lagi. Ayah tu pon cakap, "Tak pe, take your time. Kami ok,". Dia pulak yang tenangkan kitaorang. Mana lah diorang ni dapat kekuatan dan ketenangan macam tu. 
Kes kedua ni, anak kepada pakcik tu didiskriminasi dekat sekolah. Pakcik tu berusahalah cari sekolah yang sesuai untuk anak dia. Anak dia ada learning difficulty and behavioural issue disebabkan masalah genetik yang dia ada. Tapi tak semua orang boleh terima anak-anak special ni. Anak tu selalu dipersalahkan kalau ada apa-apa jadi. Selalu diletakkan dekat hujung kelas. Apa yang ibubapa rasa bila tengok anak dia dibuat macam tu? Kalau jadi dekat anak kita, kita suka ke? Jadi, kenapa buat dekat anak orang macam tu? Sebab dia istimewa? Bukan dia nak ada penyakit tu dan dia tak boleh nak bela diri dia pon bila orang buat macam-macam dekat dia. Entahlah. Fikir-fikirlah sendiri.  
Pernah dengar pasal Down Syndrome (DS)? Tadi ada seorang kanak-kanak perempuan yang DS. Selalu nya aku jumpa pesakit DS yang slow learner, tak boleh berdikari dan macam-macam lagi. Ni first time aku jumpa pesakit DS yang aktif, ceria, independent and so cute. Facial appearance dia memang nampak DS tapi general health looks okay. Allah tak bagi ujian yang parents tu tak dapat tanggung. Sebab parents tu dah ada anak sulung yang istimewa (ada masalah pertuturan, jalan pon tak stabil dan penyakit genetik yang tak ada diagnosis lagi). Jadi, anak DS yang happy-go-lucky tu macam penawar untuk parents tu. 
I learned about life from these amazing people. You may be frightened, surprised, weird and all kinds of feelings are mixed when you look at these special people. At first, I was like that too. After that I realized, they are also human. They have feeling like others too. They got hurt and sad. Maybe the way they express it is different. So, treat them as one of us. Just do not look at them instead of looking at them with a negative gaze. 


With love. Heart. Heart. 

Monday, 12 December 2016

Membakar Syurga Mengguyur Neraka : Novel review

Assalamualaikum


Hello!!



Sinopsis :

Najiha, seorang kaunselor yang juga merupakan anak seorang ustaz ada dua orang kawan baik, Dona (perempuan berbangsa Cina + India) dan Fahmi (motivator yang bernafsu songsang). Najiha juga ada dua orang housemates, Lily (wartawan yang berkarakter tomboy) dan Insyirah (muslimah yang bermulut laser). Setiap watak dalam novel ni saling berkait dan complicated. Novel ni juga menjadikan laman forum sebagai medium menyampaikan ilmu dan berdiskusi. Jadi, banyak ilmu dapat dimasukkan dalam novel ni tanpa menyelitkan dalam setiap plot cerita. Hanya perlu masukkan ilmu perbincangan tersebut dalam sesi forum antara watak. Setiap watak menggunakan nama samaran dalam forum tersebut dan tidak mengenali antara satu sama lain. Padahal di dunia nyata mereka sebenarnya kenal.
Najiha membantu Dona mendalami Islam dan menemani Dona di sisa-sisa terakhir hidupnya kerana Dona menghidap kanser. Dona menerima Fahmi (nama Forum : Mujahid) sebagai suami walaupun dia tahu sejarah silam Fahmi. Rahul (nama Forum : MindTeaser), abang kepada Dona mendekati Najiha (nama Forum : FredKougar) menggunakan bermacam cara sedangkan dia sangat paranoid terhadap Melayu dan Islam setelah putus cinta dengan Insyirah. Dia menggunakan kepakarannya sebagai hacker untuk mengetahui tentang Najiha dan dia mengenali ahli-ahli forum tersebut. Najiha seorang yang menjaga batas pergaulan hampir tewas dengan hasutan syaitan apabila dia mencintai Rahul. Hadi atau Eddy (nama Form : CicakKobeng) seorang gay yang telah bertahun lamanya hidup dalam kegelapan sentiasa menggoda Fahmi yang sudah bertaubat. Dia menggunakan Najiha untuk mendapat perhatian Fahmi tetapi perkenalannya dengan Najiha membuka hatinya untuk berubah. Insyirah si mulut laser sering memfitnah Rahul di hadapan Najiha sehingga Najiha meninggalkan Rahul tanpa penjelasan. Najiha terpaksa memilih antara Rahul atau Hadi yang masing-masing mengharapkannya untuk mengguyur neraka mereka. 

Aku nak jugak review novel ni padahal novel ni dah berzaman keluar. Sebenarnya ni lah kali pertama aku baca novel dari Hana Ilhami sebab aku tak pernah baca novel Perempuan Lindungan Kaabah dari penulis yang sama. Aku tengok drama dia je. Heeee. Ini pon pinjam dekat library. Mula-mula tu rasa weird nak baca sebab apa benda "mengguyur" pon aku tak tahu. Rupanya "menyiram" maksud dia. Pendekatan forum tu unik sebab aku tak pernah baca novel yang gunakan forum sebagai medium menyampaikan ilmu kepada pembaca. Jadi tak bosan sebab macam baca dialog juga, bukannya tulisan tazkirah yang panjang berjela. Novel ni banyak menceritakan tentang gejala LGBT, pendapat mengenainya menurut sains dan Islam. I guess banyak benda kena study untuk siapkan satu novel ni. It's worth. Banyak kata-kata nasihat dalam novel ni yang menyentapkan hati aku. Thanks penulis. You wake me up. =D Alhamdulillah. 

Saturday, 12 November 2016

Pre-Convocation Pictures

Assalamualaikum!!

Aha!!

Entri ni aku belanja gambar pre-convo aku je la ye. Thanks to photographers yang berbayar mahupun yang tak berbayar sekalian. Hehe. Siap tiga kali tau pre-convo sebab orang di sebalik tabir gambar tu yang berbeza-beza. Bertabah lah mata you all tengok gambar-gambar ni. 



























FINISH!

Dah konvo dah!

Alhamdulillah.

Ok, just continue your study Najwa.
Tak feel betul. Hehhh.





















 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI