Hai!
Siapa dekat sini mengaku dia seorang yang penyabar? Rasanya ramai je yang ada tahap kesabaran yang susah nak digugat. Tapi tahap kesabaran aku memang nipissssss senipis kulit bawang kalau orang tak tepati masa. Aku selalu mengalami situasi terpaksa menunggu orang yang lambat sampai daripada waktu yang dijanjikan. Hanya mampu membebel sorang-sorang je. Kalau janji nak datang pukul 7.30 pagi, pukul 7.55 pagi pon tak nampak bulu kening lagi, memang aku dah start membebel, update status dekat WeChat. Haha. Aku boleh terima kalau orang tu lambat tapi dia inform dulu. Contoh, "weh, aku lambat 15 minit tau, sakit perut". Aku fahamlah. So, aku bolehlah buat kerja lain dulu ke apa ke. Tak ada lah tercongokkkkk menunggu. Krik krik krik. Tak sampai-sampai. Satu lagi yang buat aku tak boleh terima kalau dah lambat tu, buat muka tak bersalah. "Sorry" pon tak cakap. Hemmmm. Memang............ Tak tau nak katalah. Lepas tu cakap "biasalah, janji melayu. Kalau cakap pukul 9, pukul 9.30 lah maksudnya tu". Hello. Melayu mana ajar janji macam tu? Aku pon melayu juga tapi agak-agaklah. Kau ikut waktu oversea ke kalau pukul 9 tu pukul 9.30? Tak faham aku. Orang lain pon ada kerja lain jugak. Common sense lah. Kalau lambat atau agak-agak akan lambat, inform awal-awal. Please lah. Kadang-kadang majlis pon selalu macam ni. Kalau kata start pukul 8, pukul 9 pon belum tentu start majlis lagi. Aku akan buat dua benda je kalau datang majlis. Datang awal tepat waktu dan blah lepas 30 minit tunggu majlis yang tak tau nak start bila. Tak pon aku memang akan datang lewat 30 minit ke sejam dari waktu yang sepatutnya dan majlis akan tepat-tepat mula bila aku sampai. Kikikiki. Sorry kalau entri ni macam kasar sikit tapi aku nak insan-insan yang berkenaan sedar yang tak semua orang banyak waktu free macam awak, kerja nak menunggu je. Please be punctual atau inform lah kalau datang lambat.
Sorry and please be punctual. I'm begging you.
majlis mmg selalu gini. kadang2 menyampah jugak. tapi oleh kerana tak nak terlambat so terpaksa je lah gi awal walaupun tau diorang akn start lambat T_T
ReplyDeletelol. aku pun tak suka jugak dengan manusia tak tepati janji ni, pastuh tak inform.. macam nak sula je. haish
ReplyDeletekakaka...jgn sula org...bhya
Delete