Monday, 1 February 2016

Selamat Hari Lahir Bekas Tunang Aku


"Selamat hari lahir bekas tunang aku – Hanya Tuhan Maha Mengetahui.

Selama 14 tahun perkenalan kita, banyak suka duka kita tempuhi bersama. Setelah pemergian arwah ibumu pada tahun 2006, aku saksi betapa hidupmu berubah secara total. Tunggak paling utuh yang kau pegang selama ini pergi mengadap Tuhan yang Esa. Saat itu, tiada apa yang terpahat dalam jiwa ini selain bertekad untuk bersama denganmu saat jatuh dan bangun.

Dengan izin Tuhan, kita membesar bersama, saksi atas kejayaan satu sama lain. Aku ke menara gading, kau pula berusaha dalam perniagaanmu. Aku saksi betapa gigihnya kau meniti titian hidup, memerah keriat untuk berjaya. Hidup tidaklah sesenang yang disangka, pelbagai perniagaan kau ceburi, tiadalah yang benar berhasil. Kita masing-masing buntu memikirkan solusi terbaik. Tiadalah satu saat pun, aku berpaling daripadamu malah kekal di samping, sama-sama mengalirkan air mata tatkala ujian datang bertubi banyaknya.

Syukur, atas usaha, doa akhirnya kau mendapat tawaran kerja di sektor kerajaan. Jika dulunya motosikal kau tunggangi, sekarang kereta luar negara yang kau pandu. Ya, pada hari kau berangkat ke Kuala Lumpur, seutas jam aku hadiahkan, bersama iringan doa semoga Allah mudahkan perjalananmu, berkati rezekimu dan membawa berita gembira untuk kita iaitu ke jinjang pelamin. Syukur, Tuhan mudahkan urusan kita, 2 bulan kemudian kau menghantar rombongan untuk meminangku, mengikat tali pertunangan, menyatakan hasrat mahu menjadikan aku suri hatimu. Hajatmu, keluargaku terima dengan hati terbuka dan disambut penuh rasa syukur.

Tetapi, hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah. Pada hari itu, datangnya seorang wanita yang mengaku sebagai teman wanitamu, dan menuntut janjimu untuk mengahwininya. Segala bukti dipampang depan mata aku; gambar, mesej, whatsApp, kata-kata manismu kepada dia aku baca bersama hati yang luluh. Hati yang remuk Tuhan sahaja tahu. Aku diduakan. Setelah segala susah senang bertahun lamanya, aku diduakan, ditipu oleh tunangku sendiri. Aku bertemu denganmu, menuntut penjelasan tapi malangnya tiada kata akhir yang dapat kau berikan.

Provokan demi provokan aku terima dari pihak sana, bersungguh dia mahukanmu; ‘walau bagaimanapun saya mahu dia kahwin dengan saya’ kata dia kepada aku. Hati mana yang dapat tahan. Dan tiada juga kata maaf darimu. Kau diam seribu bahasa, tidak cuba membetulkan keadaan yang kusut. Malah tiada juga kata maaf kau hulurkan kepada keluargaku. Tiada. Aku cuba untuk menghubungimu, minta untuk bertemu dan menyelesaikan perkara dengan cara baik, tetapi malangnya kau masih begitu.

Lalu, aku mengambil keputusan menghantar kembali tanda pertunangan dan memutuskan pertunangan kita. Dan ya, aku tahu masih banyak yang tak selesai antara kita, hutang antara kau dan aku. Tetapi kau masih kaku, kau pilih untuk lari tanpa menyelesaikan masalah ini. Hak aku, kau tidakkan. Aku di sini, cuba cantum hati yang berkecai satu persatu. Dulu, akulah insan yang papah kau bila kau jatuh. Tapi hari ni, aku jatuh kerana kau, dan aku papah diriku sendiri. Terima kasih aku ucapkan.

Selamat hari lahir awak. Tuhan hantar saya ketika awak jatuh supaya awak tidak putus harap pada hidup. Dan hari ini, awak dah berjaya. Saya yakin, arwah mak akan bangga dengan awak. Saya di sini, cuba lepaskan satu persatu apa yg terikat dalam hati. MOVE ON.

Ya, memang awak tidak berlaku adil dengan saya, awak aniaya saya, zalimi saya, tidakkan hak saya. Saya sakit, pedih, hancur tapi saya yakin Tuhan tak buta. Kifarah menanti manusia. Carilah saya di mahsyar kelak, carilah.

Satu soalan: Tenangkah awak, menganiayai saya begini?"

Sedih aku baca ucapan birthday ni. 14 tahun bukan masa yang singkat. Just imagine, kau tunggu dia bertahun-tahun. Sanggup susah senang sama-sama. At the end, dia bla macam tu je. Memang tempah batu nisan rasanya. BTW, aku teringin nak tahu apa kisahnya pulak dari pihak lelaki tu. 

SUMBER : SINI

20 comments:

  1. I seriously thought it was your story! Eeee rasa macam nak caci maki hamun lah!! Eeee Nad paling benci sejenis manusia macam ni! Apa dia ingat kita perempuan takde perasaan? Gila apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar Nad sabar. tak tau lah apa masalah lelaki tu. x bersyukur kot

      Delete
  2. salam! akak pon ingat kisah awak ! huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. hehe. sorry akak. sya belum pernah bertunang lg

      Delete
  3. Pergh!! baca dengan hati yang geram.. Lelaki kenapa begitu perangaimu.. Ingatkan najwa tadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wanita diduga bila lelaki xde duit. lelaki diduga bila dia ada duit

      Delete
  4. memang menguji hati dan iman.
    kalau iman tak kuat mau terjun bangunan ni.

    segala ketentuan ditangan Allah.
    kita jua punya perancangan, tp perancangan Dia yang lebih baik.
    harap2 Allah jaga dan pelihara empunya badan dan hati tu.

    wuu sakitnya rasa T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. harap tak jd dekat diri sendiri. x sanggup rasanya

      Delete
  5. sedihnya :( macam mana la kalau kena kat diri sendiri

    ReplyDelete
  6. sedihnya :( macam mana la kalau kena kat diri sendiri

    ReplyDelete
  7. sedih sgt (mata masuk habuk plk)..minta dijauhkan daripada kita semua.. In Shaa Allah

    ReplyDelete
  8. Harapan jangan lah lupa apabila kita berada diatas lupa orang yang di bawah.;)

    ReplyDelete
  9. kuatnya awk.. :)
    banyakkan bersabar ye..

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI