Wednesday, 24 February 2016

Parents Tanam Pokok Ajaib


Artikel

Pokok ajaib atau disebut juga pokok 1000 manis dan pelbagai nama dalam bahasa Inggeris seperti miracle fruit, miracle berry, magic berry atau miraculous berry. Pokok ini merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan buah berbentuk beri yang bertindak meneutralkan sebarang kesan asid. 
Buahnya berasa tawar namun selepas memakan buah ajaib ini, setiap benda yang dimakan akan berasa manis. Sebagai contoh, apabila memakan buah dari pokok ajaib ini, kemudian minum air kosong, air kosong akan dirasa manis atau jika memakan buah mangga masam, rasa masamnya akan bertukar rasa manis.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan sejenis protein yang terdapat pada buahnya yang dipanggil miraculin yang berkesan sebagai sumber yang memberikan rasa manis secara semula jadi. Pokok ajaib yang dikatakan berasal dari Afrika Barat dan bagi masyarakat di kawasan beriklim tropika ini kerap menggunakan buah dari pokok ajaib ini untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.
Pokok ajaib atau nama saintifiknya Synsepalum dulcificum dari keluarga Sapotaceae ini adalah tumbuhan renek rimbun dan boleh ditanam dalam pasu besar atau di atas tanah dan boleh mencapai ketinggian diantara 2 - 5 meter. Mula berbuah selepas 3 – 4 tahun ditanam dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila matang.
Terdapat lapisan yang menyaluti biji yang hanya sebiji. Walaupun buahnya tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis. Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.
Pokok ajaib hidup subur ditanah yang agak berasid pada pH antara 3.5 hingga 5.8 dan memerlukan air yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Dibiakkan melalui biji atau keratan batang.
Selain dari menukar rasa masam pada makanan lain kepada manis, buah ajaib ini dikatakan juga mampu mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengurangkan kolestrol. Ianya juga mampu menahan kesakitan luka pada usus, kerana buahnya mampu menukar rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali.
Daun pokok ajaib juga boleh menyembuhkan sakit gigi dengan mengunyahnya, selain dari itu amalan meminum air rebusan dari daunnya setiap hari baik untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dikatakan juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal kulit dan juga mamapu mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.




Baru-baru ni parents aku cerita yang parents aku dah tanam pokok ajaib dekat rumah. Aku tak ingatlah beli dari siapa. Mula-mula aku tak percaya juga ada pokok nama gini. Bila Google je, ada rupanya. Adik aku pulak kata, boleh minta macam-macam ke dekat pokok tu? Apalah. Ingat Aladin ke? =P Parents aku tak tunjuk dekat mana pokok tu ditanam. Katanya tunggu pokok tu berbuah barulah tunjuk. Surprise la tu kononnya. Khasiat-khasiat seperti yang dinyatakan di atas tu aku tak tahu betul ke tak sebab tak cuba lagi. Kalau betul-betul berkhasiat, bolehlah tanam banyak-banyak. Boleh buat business pokok ajaib pulak. Hehe.

Sumber : Blog Sensasi
Sumber : Open Minda


6 comments:

  1. Selalu tgk pokok nie.. Xtau la pula ada keajaiban.. Cam best je untuk ditanam.. Nice info..

    ReplyDelete
  2. ajaib ni. baru tau ada pokok ajaib. xpnh jmp lagi ni

    ReplyDelete
  3. Ayah saya tanam gak sepohon hari tu.. rasa y transform tu mula2 rasa kelakar pon ada.. huu

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI