Hai!! Hello.
Hari ni aku nak share pasal drama yang baru mula ditayangkan pada 22 Januari 2016 yang lalu. Drama bergenre crime, thriller, fantasy and adaptation ni memang menarik minat aku untuk tengok. Sekarang ni baru ditayangkan sampai episod 4 daripada 16 episod. Drama ni ditayangkan pada hari Jumaat dan Sabtu pukul 8.30 pm. Drama yang diarahkan oleh Kim Won Suk ni diilhamkan oleh kes sebenar yang melibatkan rogol dan bunuh sekitar tahun 1986-1991. Drama ni mengisahkan seorang detektif pada masa lalu, Lee Jae Han (dilakonkan oleh Jo Jin Woong) berkomunikasi dengan detektif pada masa sekarang, Park Hae Young (dilakonkan oleh Lee Je Hoon) melalui walkie talkie yang misteri. Walkie talkie tu tak ada bateri pon dan akan berfungsi pada pukul 11.23 pm macam tu. Melalui transmission tu la detektif tersebut dapat menangkap penjenayah. Tapi, ada seorang detektif perempuan, Cha Soo Hyun (dilakonkan oleh Kim Hye Soo) yang hidup pada masa Lee Jae Han hinggalah masa Park Hae Young. Jadi, dia kenal dua-dua detektif ni. Sampai episod 4 ni, dua kes jenayah dapat diselesaikan iaitu kes penculikan dan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan dan kes pembunuhan bersiri wanita-wanita yang menaiki bas 95.
Kalau tengok sampai episod dua, aku still slow lagi nak faham flow cerita ni, sebab tu bila tengok sampai episod 4 baru aku share dekat blog. Kalau orang yang minat cerita genre macam ni memang wajib tengoklah drama ni. Walaupon macam tak logik je pasal walkie talkie tu, tapi itulah yang uniknya drama ni. Aku tak sabar nak tengok Park Hae Young selesaikan kes abang dia pulak. Abang dia kena tangkap sebab kes rogol kalau tak silap. Tapi tiba-tiba abang dia mati bunuh diri. Tak faham aku. Memang saja je nak suruh aku tengok episod akan datang. Sekali tengok terus addicted.
Tonton online : SIGNAL
mcm best je drama ni..
ReplyDeletebest3. pasal penyiasatan gitu
Deletekite suka drama Jang Yeong Sil sekarang. :D najwa tengok tak?
ReplyDeleteyg daehan minguk manse blakon tu ke? x tengok lg
Delete