Hai!
Analisis ni untuk kaji pewarisan genetik dalam sesebuah keluarga. Contohnya bila seseorang tu disahkan dapat penyakit yang diwarisi sejak keturunan tok nenek dia, jadi kena check siapa lagi yang berpotensi untuk dapat, dapat dari belah mak ke belah ayah dan sebagainya. Kalau bahaya, boleh cegah dari awal. Kalau nak kahwin, check dulu pasangan tu ada penyakit yang sama ke tak, nanti menurun dekat anak-anak pula. Kena check sex-linked disorder sekali dengan autosomal disorder. Sex-linked disorder ni dibawa oleh kromosom Y atau kromosom X (XY : lelaki, XX : perempuan). Autosomal disorder ni dibawa oleh kromosom lain selain sex chromosome iaitu dari kromosom 1-22.
Tak semestinya untuk check penyakit je boleh buat pedigree ni. Contoh yang simple macam buta warna, bentuk cuping telinga, warna mata, tongue rolling dan sebagainya. Kalau aku, aku ikut lekuk dagu dengan saiz kaki ayah aku. Hehe. Dagu dah lawa dah ala-ala dagu Siti Nurhaliza. Tapi kalau kaki perempuan macam kaki lelaki, gangster tak? Haha.
Boleh rujuk DI SINI untuk lebih faham lagi.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D