Hai!!
Pernah tak rasa, makin awak kenal kawan tu, makin nampak perangai dia yang kita tak berkenan?
Pernah tak rasa, suami awak berubah selepas kahwin?
Pernah tak rasa, makin lama berkenalan dengan si dia, makin nampak yang dia dah lain dari mula-mula kenal?
Kalau pernah, jangan fikir yang bukan-bukan dulu. Jangan anggap yang dia tu talam dua muka, jangan anggap dia berpura-pura, jangan anggap dia dah tak sayang kita, jangan anggap dia dah tak cinta, jangan. Itu tandanya, kita makin kenal siapa dia. Kita makin dekat dengan diri dia. Dia comfortable dengan kita untuk tunjuk siapa dia yang sebenar. We just know them better now. Kita tak jadi gila-gila kan dengan orang yang kita baru kenal? Tapi kita buat suka-suka hati je dekat bestfriend kita. Gelak tak tahu segan. Bergurau mengutuk bagai. Sebab kita kenal, faham dan selesa antara satu sama lain. Jadi, jangan fikir mereka berubah. Terima seadanya dan cermin juga diri kita. Dia berubah mungkin juga sebab kita yang dah berubah dulu.
Saranghaeyo =D
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D