Friday, 1 April 2016

FYP Part 9 : Meeting With SV


Hai!!

Aku agak aku dah sampai pada tahap ada masalah dengan FYP sekarang ni. Aku mengharapkan semuanya smooth je tapi start FYP PART 8 tu, it's begin. Jangan mengharap FYP anda akan bebas dari masalah. HaHaHa (gelak jahat). Kalau semuanya smooth, kau memang perfect atau something wrong somewhere. =P Sekarang baru sampai transformation part dan masih belum ada colony cell yang dapat ditransformasikan dengan jayanya. Harap-harap aku sempat nak siapkan sebelum 29 April ni. Doakan aku. 

Pagi tadi pergi jumpa SV sebab beliau nak jumpa untuk tahu perkembangan FYP kami. SV ada juga bagi cadangan kaedah-kaedah untuk improve result dan betulkan format penulisan tesis, tapi aku dah blur dah. Bukan sebab apa, aku takut tak sempat siap je.  SV aku tak kisah pon kami tak dapat result sebab students sebelum ni pon ada je yang tak dapat tapi aku rasa tak puas hatilah kalau tak dapat. Sedih kot bila tengok orang lain dapat. Tadi pon sorang-sorang kena soal dengan SV. Berapa amount awak letak? Lepas tu awak buat apa? Awak rasa kenapa jadi macam tu? Awak buat macam ni tak? Ada yang boleh jawab, ada yang aku blur terkelip-kelip mata. 

Aku tak menangis lagilah setakat ni disebabkan FYP tapi aku rasa sampai satu tahap nanti, akan berjujuran jugak kot air mata ni. Haha. Semalam masa luah perasaan dekat mak aku pon hampir-hampir je nak ke mood sedih. Terus aku tukar topik. Malas nak feeling-feeling sangat. Ramai lagi orang yang susah dari aku tapi boleh je tabah & sabar. So, fighting


Esok ada bengkel buat resume dari pagi sampai petang. Malasnyalah. Wajib pulak tu pergi. Weekend kot. Time ni lah nak buat assignment, study, shopping, tengok drama, tidur, basuh baju, baca novel etc. Tak apa lah. Ilmu kan. ;(

Ok lah. Buat assignment tu. Daa~~





No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI