Thursday, 7 April 2016

[Review Novel] SUNAN Nanggroe Sang Kembara


Hai!!

Sudah 8 buah Novel Ramlee Awang Murshid yang menceritakan kehebatan dan jalan hidup Laksamana Sunan dikeluarkan dan novel SUNAN adalah salah satu daripadanya. Apa yang uniknya novel ini ialah ia mengisahkan permulaan hidup Laksamana Sunan di pertengahan siri. Faham ke? Jom baca sinopsis dulu dan aku akan terangkan nanti.

RM23.00


Sinopsis (dari KelabRAM) :

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan. 

Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan. 

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - membunuh Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin dalam perjuangannya. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi. 

Engku Aminah, anak kerabat Istana Pagar Ruyong yang rupawan mula jatuh kasih pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Malangnya, Ratna menjadi batu penghalang. Ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.

Review :

Novel ini melengkapkan lagi jalan hidup seorang Sunan yang bernama Saifudin. Novel sebelum ini daripada Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Sutera Bidadari, Cinta Sufi dan Sunan Musafir menceritakan Sunan sewaktu dewasa hingga ke anak cucu keturunannya. Tetapi novel Sunan yang dikeluarkan dipertengahan siri ini menceritakan bagaimana Saifudin ketika lahir sehingga cintanya berputik pada Sang Ratu. Bagaimana kehidupan Saifudin sebelum menjadi hebat seperti Laksamana Sunan dan kisah di sebalik kependekaran yang dipelajari dari Wali Sufi. 

Sunan yang dikenali sebelum ini adalah Sunan yang hebat, mudah mengalahkan musuh selepas membentangkan tawaran. Tetapi, Sunan yang diceritakan dalam novel ini adalah kanak-kanak juga remaja biasa yang tak lepas dari kekhilafan serta godaan nafsu. Luna Si Bangsa Polip sentiasa mengawasi Saifudin tanpa pengetahuannya. Ratna Sang Ratu mangagumi kebaikan Saifudin tapi terpaksa memusuhinya. Tapi siapa Engku Aminah yang Ratna tidak akan sesekali bunuh sebelum rancangannya berhasil? Nak tahu, kena baca. 

Turut diselitkan juga dalam novel ini detik Maharani mengambil Ratna Sang Ratu sebagai anak angkat, penderitaan hidup keluarga Saifudin akibat fitnah, kisah taghut laknatullah dan Gimbaran, 

Siapa yang dah jatuh cinta dengan Laksamana Sunan, mesti baca novel ni untuk tahu kisah dia masa muda-muda. Siapa nak tahu kenapa orang boleh jatuh cinta dengan Saifudin, kena baca novel-novel sebelum ini. 

Pengajarannya, kita tak dilahirkan sempurna melainkan didikan agama dalam diri hari demi hari mengajar kita jadi lebih baik dari semalam. Kepercayaan terhadap Allah, kesabaran dan keikhlasan tu penting dalam mengukuhkan iman. 

Nantikan review Sunan Cinta Nan Sakti pula nanti ok? 

=D



8 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI