Showing posts with label The Wedding Dream. Show all posts
Showing posts with label The Wedding Dream. Show all posts

Wednesday, 21 October 2020

My E-Day!!!! (Part 1)


Hai semua yang membaca!

Sebelum berhabuk cerita hari pertunangan saya, baiklah saya post dekat blog ni terus bila datang mood rajin ni. Seperti yang dirancang, majlis pertunangan secara kecil-kecilan telah diadakan pada 10.10.2020 di kediaman ibu bapa saya jam 11.30 pagi. Pada asalnya kami bercadang untuk membuat majlis yang lebih meriah dengan jumlah tetamu yang lebih ramai, tetapi keadaan kes Covid-19 tidak mengizinkan. Oleh itu, jemputan hanya dalam 60-80 orang sahaja.

Daripada memilih tarikh, baju, pelamin, hiasan hantaran dan makeup, saya yang uruskan sendiri kecuali makanan tetamu. Makanan tetamu ditaja oleh bapa yang tersayang. Thank you ayah!! Semuanya serba sederhana. Cukup seperti apa yang saya rancang dan inginkan. 

Alamak! Tak tahu nak start cerita dari mana. Hehehe. 

Jom tengok gambar la okay?


Kita start dengan throwback cerita masa merisik dulu ye. Dari sebelah kanan : ayah saya, future FIL, future tokwan in law, future MIL, future nenek in law, mak saya dan saya. Rombongan merisik datang di petang hari pada 22.2.2020.
Dapatlah saya sebentuk cincin di hari merisik.

Lepas tu, memandangkan saya tak ada kreativiti nak menggubah hantaran tapi saya nak hantaran tu lawa, saya ke IG @manistation untuk tempah kotak hantaran premium. Tapi, design atas kotak tu tunang saya yang buat. So, tak payah upah orang @manistation untuk design kan. Alhamdulillah, kotak sampai awal dari yang dijadualkan. 

Saya memang nak ada perkataan ETERNAL LOVE tu.

Ada maksud di sebalik perkataan tu. In 10 years saya kenal tunang saya, there was a moment when both of us almost give up and fed up with each other. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, entah macam mana boleh dengar satu lagu bertajuk 'Eternal Love', semuanya kembali pulih dan dapatlah bertunang. Hehe. 

Kotak siap!!

Simple je kan bahan-bahan nak hias kotak hantaran. Sekuntum bunga pon malas nak beli. Kita guna ribbon dengan shredded paper.
Special untuk yang baca post ni, saya tunjuk lah hantaran simple dalam hidden hantaran ni. 

Tuala sulam request dari mak. Nak ada barang maujud yang tulis tarikh tunang. Tempah di IG @tuala_sulam_comel

Sejadah dan buku biografi Rasulullah S.A.W. Buku tu dah beli sejak mula-mula fikir nak kahwin. Untuk jadikan panduan dan contoh tauladan.

Sling bag, wallet and belt. Semua kena ikat dengan reben je ha. Ikat reben pon kena minta tolong mak sebab baru tahu tak pandai ikat lawa-lawa. Hehehe. Tangan tak berseni betul.

Di zaman moden ni, of course sirih junjung beli siap terus dan artificial daun sirih je. Senang hidup.
  
Coklat standard kena ada dekat hantaran. Bagus dia ni. Tak cair kalau bawak berjalan jauh.

Masa ni saya pon tak tengok rupa dalam dia macam mana. Order brownies bentuk love. Alhamdulillah pihak lelaki puji sedap. Tak sia-sia tempah dengan @KekbyCake.

Siap ditutup. Reben tu saya tak gam sampai ke bawah kotak. Cuma gam di sebalik penutup kotak sahaja. Supaya senang nak buka.

Bunga tangan pon buat sendiri. Beli je dekat Kaison atau mana-mana kedai bunga.

Siap! Proud of myself. =D Cantik pada mata saya, cukup. Hehe.

Okay. Let's move to our dais. At first, fikir-fikir rasa macam tak nak pelamin. Nak ala-ala bersila biasa tu je. Sekali mak request nak ada tempat ambil gambar dengan family sekali gitu. Lepas tu dah tempah pelamin yang banyak dedaunan, eh mak nak yang banyak bunga. Nasib pihak @pelaminis ikutkan aje customer yang tak tetap pendirian ni. Kikikiki. 

@pelaminis suggest dekat saya beberapa design dan saya pilih yang ini walaupun tak faham sangat lukisannya itu. Kita percaya je.

Inilah hasilnya. Cantik dari yang saya expect. Alhamdulillah =D

Ok. Lepas tu apa pula ek? Ha!! Cincin!!
Saya bukan jenis yang pakai cincin. Cincin merisik pon pakai on off. Pakai masa pergi keluar jalan-jalan je. Masa kerja tak pakai sebab tak selesa. So, memang cari cincin yang halus je untuk tunang.

It's cute!!. Eternal love punya konsep kan. Kebetulan. Bentuk infinity dan ada dua love. Comel.

Sediakanlah scan code MySejahtera dan form rekod suhu tetamu.

Gini lah rupa brownies yang ditempah. Dapat gambar kat Whatsapp KekbyCake.

Selfie kejap sebelum makeup.

Okay. Kita sambung cerita di Part 2 ye. Daa~~

Thursday, 13 February 2020

Mak, Nak Kahwin Boleh?

Image result for cincin merisik
Hai. Assalamualaikum!!



Actually this is a secret (for now). I don't tell this to even my close friends, colleagues or roommate. Saja nak tulis dekat sini sebagai luahan hati. Kebosanan agaknya. Well, kisahnya baru-baru ni, aku buat cubaan berani mati bagitahu dekat mak aku yang family "someone I know" nak datang merisik. It took me more that 24 hours to create proper sentence to mention about that. Siap Google lagi macam mana nak inform parents kalau nak kahwin. Adoi. Punyalah susah. 

Why it's so difficult?

For my whole life, kitorang tak pernah sembang pasal kahwin atau couple dengan parents. Aku macam curious apalah reaction family aku. Okay ke, tak okay ke. Awal sangat ke, and so on. Oh my God. Macam mana lah orang lain boleh buat?

Banyak kali aku buka topik berbual ke arah kahwin tu dengan mak aku, tapi still sangkut. Sudahnya, dalam kereta baru balik dari melawat adik dekat hostel, aku tanya, "Mak, kalau mak ayah nya **** nak datang merisik ** haribulan nanti, okay ke?". HAHAHAHA. I was like, OMG, betul ke aku dah tercakap ni?

Silent moment for 2 seconds, I guess. Mak aku terkejut beruk agaknya. Then she said, "Tak tahulah. Tanya ayahlah". Aku macam, ala tu je ke jawapannya. Aku pun cucuk-cucuk lagi soal itu ini. Eleh, berani pulak kan. Alang-alang terlepas cakap, biar cakap sampai habis. Hahaha. 

Mak pun okay je la. Dah orang nak ke anak dia ni, takkan nak halau pulak. Ye dok? Tapi dia mati-matian nak buat helok-helok majlis tunang kalau jadi. Nak jemput segala saudara-mara. Puaslah aku ingatkan, "Mak, baru plan bertunang. Tak payah meriah sangat. Bukannya nikah". Eh eh, dia tak dengar. Semangat sangat agaknya. Bertabahlah. So, next week maybe rombongan belah lelaki akan muncul merisik titeww.. *auch, malu.... Hopefully, everything will be fine. 

(alamak, nak pakai baju apa ni?)


WISH ME LUCK!

    

Saturday, 19 March 2016

Aku Cop Awal-Awal Tarikh Kahwin

Assalamualaikum.
Hai!!!

Pesanan ye, jangan bagi parents aku baca entri ni. Haha. Nanti parents aku ingat anak dia ni dah merenyam nak kahwin pulak. *Tapi sebenarnya memang pon. Haha. Aku nak kahwin tapi nak duduk dengan mak ayah aku, aci tak? Sebab aku tak tahu kena buat apa. Tak kan kejap-kejap nak call mak aku lepas ni buat apa, lepas tu buat apa. Aku tengok mak ayah aku tak duduk diam buat kerja. Aku pon tak faham apa yang parents aku buat. Haha. Kalau mak aku, dari bangun pagi sampailah tidur semula malam nanti dia buat kerja. Menjahit, memasak, tanam-tanam pokok, apa benda entah lagi. Aku? Aku of course lah spesis robot. Buat apa yang disuruh je. Aku jarang ada inisiatif sendiri untuk buat sesuatu dekat rumah tu kecuali kalau benda tu aku yang punya. Bilik aku, almari aku, rak buku aku, makanan aku, aku buatlah sendiri. Tapi kalau untuk ramai-ramai ahli keluarga aku, aku jenis ikut apa mak aku suruh je. Bertindak mengikut arahan. Haha. 

Jadinya, aku rasa bila aku dah boleh buat benda tanpa disuruh, aku dah tahap boleh kahwinlah tu kot. =P Aku kan, aku berangan kan, aku nak kahwin tarikh cun 22 / 2/ 2020. Kenapa tak 20. 02. 2020? Sebab 20 haribulan tu hari Khamis. 22 haribulan tu hari Sabtu. Jadi, jangan ada classmates atau kawan-kawan aku yang mengada nak tiru ye. Aku cop 4 tahun awal dah ni. Kakakaka. Maka, jom lah sama-sama kita kumpul duit dari sekarang. Majlis kahwin biar berjimat tahap dewa, tapi honeymoon kita pergi Korea. Oyeh. 

Berangan tu satu cara untuk aktifkan semangat yang semakin menjunam dari diri aku ni tau. Dream high bebeh. Dapat ke tak tu lain cerita. 

Ok dah. Doakan ye impian ni terlaksana. 

Kompang di palu~~
Pengantin baru~~

=D

Ni boleh letak dalam blog je sekadar hiasan. 
Di alam nyata tak dapatnya. Haha.

Tarikh dekat phone pon dah mark dah. 
Nanti kalau tak jadi kahwin hari tu, bunyi alarm pon jadilah. Haha.

Nak buat tarikh ni pon lawa. 02. 02. 2020. Style kan? Tapi hari Ahad. Kalau kawan-kawan dekat Johor, Terengguanu etc tu tak dapatlah nak datang. Lagipon nanti Isnin tu ramai yang kena masuk kerja. Kesian kawan-kawan yang datang jauh-jauh tu. =D Caring sangat.


Tuesday, 9 February 2016

Wedding Dream Dress


Jom lah kita berangan lagi. Hari tu berangan pasal HANTARAN. Hari ni kita berangan pasal baju kahwin pulak. Hihi. Aku suka kalau warna baju putih, peach, atau pastel. Paling aku suka kalau putih mix dengan warna lain. Kira putih tu base color baju tu. Kalau boleh, baju akad nikah aku nak style songket putih moden + tradisional. Macam mana rupanya? Aku pon tak tahu. =P


Warna macam ni aku suka. Baju dia pon tak tebal sangat. Suka, suka.

Warna putih mix dengan warna lain. I like
Kalau putih + gold, lagi aku suka.


Cream + soft pink macam ni pon aku suka. 
Lagi suka yang ni dari gambar yang kedua. Pink dia tu lawa.


Yang ni pulak ala-ala princess gitu. Lawa tapi rasanya bajet pon tinggi jugak untuk baju ni.

mr grey for your wedding:
Warna silver macam ni pon cantik. Style tradisional + moden.

Sorry lah tak banyak sangat gambar dress nak buat cuci mata. Hehe. Sebab aku Google Google tak jumpa jugak dress yang aku minat. Yang orang putih punya fesyen tu banyak lah. Yang versi islamic tu tak jumpa. Aku nak dress yang simple, tak banyak bunga, manik, labuci etc. Tak ketat especially dari pinggang ke bawah sebab nanti nak duduk, nak jalan apa semua tu susah. Tak tebal sangat dan tak jarang. Tak ada hiasan dari pinggang ke atas. Kain tak nak meleret. Tu je. hehe. Future husband, take note

Thanks to pemilik gambar. Aku ambil dekat SINI, Google Image dan online shop mana aku tak pasti. Sorry.

Daa~~


Wednesday, 30 December 2015

Hantaran Kaca / Transparent


Hai!! Dalam entri ni, aku nak share style hantaran kahwin yang aku suka. Hehe. Style kaca. Ala, yang letak dalam bekas kaca / transparent tu. Aku suka betul. Simple tapi nampak exclusive gitu. Gambar-gambar dekat bawah ni aku ambil dari Google Image. Credit to owner gambar. =D To my future husband, no matter where you are, read this ok? Saya nak macam ni tau nanti. Kikiki.

Yang di tak letak dalam balang kaca tapi base dia yang transparent. I like.

Yang ini pulak letak dalam bekas tu tapi kalau boleh tak mau bunga-bunga sangat tau untuk hantaran nanti. *mengadakan?

Yang ni lawa tapi macam tadi jugak, tak mau bunga sangat. Tapak dia macam gold diraja gitu.


Ni macam dalam mangkuk. Lawa kan? 

Ni mangkuk dia besar sikit. Ok dah ni tak banyak bunga. I like. Tapi jangan letak reben banyak tau nanti.

Ha! Buat macam ni tapi barang tu letak dalam bekas tu. Tak ada reben dan bunga sangat. Ok?

Yang ni style. DSLR la tu. Nak, nak, nak.

Colour dia lawa kan? Lembut je. Yang pink comel tu kamera polaroid kan? Boleh jugak kalau nak bagi. Hehe.

Itu sahaja nak kongsi. Angan-angan yang tak tahu bila tercapai. Ni baru satu tau angan-angan hantaran dan kahwin aku. Ada banyakkkkk lagi. Nanti kalau rajin aku share.  Daaaa~~
 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI