Showing posts with label Make Up. Show all posts
Showing posts with label Make Up. Show all posts

Wednesday, 21 October 2020

My E-Day!!!! (Part 1)


Hai semua yang membaca!

Sebelum berhabuk cerita hari pertunangan saya, baiklah saya post dekat blog ni terus bila datang mood rajin ni. Seperti yang dirancang, majlis pertunangan secara kecil-kecilan telah diadakan pada 10.10.2020 di kediaman ibu bapa saya jam 11.30 pagi. Pada asalnya kami bercadang untuk membuat majlis yang lebih meriah dengan jumlah tetamu yang lebih ramai, tetapi keadaan kes Covid-19 tidak mengizinkan. Oleh itu, jemputan hanya dalam 60-80 orang sahaja.

Daripada memilih tarikh, baju, pelamin, hiasan hantaran dan makeup, saya yang uruskan sendiri kecuali makanan tetamu. Makanan tetamu ditaja oleh bapa yang tersayang. Thank you ayah!! Semuanya serba sederhana. Cukup seperti apa yang saya rancang dan inginkan. 

Alamak! Tak tahu nak start cerita dari mana. Hehehe. 

Jom tengok gambar la okay?


Kita start dengan throwback cerita masa merisik dulu ye. Dari sebelah kanan : ayah saya, future FIL, future tokwan in law, future MIL, future nenek in law, mak saya dan saya. Rombongan merisik datang di petang hari pada 22.2.2020.
Dapatlah saya sebentuk cincin di hari merisik.

Lepas tu, memandangkan saya tak ada kreativiti nak menggubah hantaran tapi saya nak hantaran tu lawa, saya ke IG @manistation untuk tempah kotak hantaran premium. Tapi, design atas kotak tu tunang saya yang buat. So, tak payah upah orang @manistation untuk design kan. Alhamdulillah, kotak sampai awal dari yang dijadualkan. 

Saya memang nak ada perkataan ETERNAL LOVE tu.

Ada maksud di sebalik perkataan tu. In 10 years saya kenal tunang saya, there was a moment when both of us almost give up and fed up with each other. Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, entah macam mana boleh dengar satu lagu bertajuk 'Eternal Love', semuanya kembali pulih dan dapatlah bertunang. Hehe. 

Kotak siap!!

Simple je kan bahan-bahan nak hias kotak hantaran. Sekuntum bunga pon malas nak beli. Kita guna ribbon dengan shredded paper.
Special untuk yang baca post ni, saya tunjuk lah hantaran simple dalam hidden hantaran ni. 

Tuala sulam request dari mak. Nak ada barang maujud yang tulis tarikh tunang. Tempah di IG @tuala_sulam_comel

Sejadah dan buku biografi Rasulullah S.A.W. Buku tu dah beli sejak mula-mula fikir nak kahwin. Untuk jadikan panduan dan contoh tauladan.

Sling bag, wallet and belt. Semua kena ikat dengan reben je ha. Ikat reben pon kena minta tolong mak sebab baru tahu tak pandai ikat lawa-lawa. Hehehe. Tangan tak berseni betul.

Di zaman moden ni, of course sirih junjung beli siap terus dan artificial daun sirih je. Senang hidup.
  
Coklat standard kena ada dekat hantaran. Bagus dia ni. Tak cair kalau bawak berjalan jauh.

Masa ni saya pon tak tengok rupa dalam dia macam mana. Order brownies bentuk love. Alhamdulillah pihak lelaki puji sedap. Tak sia-sia tempah dengan @KekbyCake.

Siap ditutup. Reben tu saya tak gam sampai ke bawah kotak. Cuma gam di sebalik penutup kotak sahaja. Supaya senang nak buka.

Bunga tangan pon buat sendiri. Beli je dekat Kaison atau mana-mana kedai bunga.

Siap! Proud of myself. =D Cantik pada mata saya, cukup. Hehe.

Okay. Let's move to our dais. At first, fikir-fikir rasa macam tak nak pelamin. Nak ala-ala bersila biasa tu je. Sekali mak request nak ada tempat ambil gambar dengan family sekali gitu. Lepas tu dah tempah pelamin yang banyak dedaunan, eh mak nak yang banyak bunga. Nasib pihak @pelaminis ikutkan aje customer yang tak tetap pendirian ni. Kikikiki. 

@pelaminis suggest dekat saya beberapa design dan saya pilih yang ini walaupun tak faham sangat lukisannya itu. Kita percaya je.

Inilah hasilnya. Cantik dari yang saya expect. Alhamdulillah =D

Ok. Lepas tu apa pula ek? Ha!! Cincin!!
Saya bukan jenis yang pakai cincin. Cincin merisik pon pakai on off. Pakai masa pergi keluar jalan-jalan je. Masa kerja tak pakai sebab tak selesa. So, memang cari cincin yang halus je untuk tunang.

It's cute!!. Eternal love punya konsep kan. Kebetulan. Bentuk infinity dan ada dua love. Comel.

Sediakanlah scan code MySejahtera dan form rekod suhu tetamu.

Gini lah rupa brownies yang ditempah. Dapat gambar kat Whatsapp KekbyCake.

Selfie kejap sebelum makeup.

Okay. Kita sambung cerita di Part 2 ye. Daa~~

Sunday, 27 March 2016

Produk Good Virtues Co. Bagus Atau Tidak?



Hai!!!

Hari ni aku nak review tentang 5 produk Good Virtues Co. iaitu :
1. Glowing & Goodness Brightening Day Cream
2. Glowing & Goodness Brightening Night Cream
3. Glowing & Goodness Brightening CC Cream
4. Helpful & Delightful Healthy Hair & Scalp Conditioner For All Hair Types
5. Helpful & Delightful Multiple Repair Hair Serum

Aku dah review produk nombor 1 dan nombor 3 tu di LAST LONGER MAKEUP tapi masa tu aku baru lagi pakai produk tu. Tak banyak beza pon perasaan masa baru guna dengan bila dah lama guna ni. 

CC cream & day cream
Hari aku tak lengkaplah tanpa day cream tu. Aku jadi familiar dah dengan bau dia yang wangi tu. Aku gantikan sunscreen dengan day cream ni sebab aku ada problem sikit dengan sunscreen. =D Yang aku tak minatnya day cream ni, dia tak absorb dengan cepat. Kalau waktu nak cepat tu, memang pakai dekat dengan kipas je. Haha.

CC cream tu pulak dia ok ikut keadaan. Kadang-kadang dia menyebabkan makeup tu jadi lawa, kadang-kadang dia clump jugak. Kalau nak ala-ala natural makeup untuk pergi kelas tu, sesuailah guna yang ni tapi kalau nak heavy makeup pergi event ke dinner ke, cc cream ni memang bukan pilihan. 

Untuk night cream pula, teksturnya lebih padat dan lebih cepat absorb dari day cream dekat muka aku. Dekat orang lain aku tak tahu. Hehe. Of course night cream ni pon wangi semerbak. Untuk penggunaan yang lebih baik, guna sekali dengan facial cleanser dan day cream dari Good Virtues Co. Aku tak perasan pulak aku makin putih ke tak lepas pakai night cream ni tapi dia tak bagi negative effect la dekat muka aku. Muka aku memang sensitif, so, jarang ada produk yang aku akan pakai sampai habis. Selalunya seminggu je pakai terus terbiar je (tunggu masa nak kena buang) ;-P 

Night cream

Set untuk rambut yang nombor 4 dan 5 tu aku baru je beli sebab tiba-tiba rambut aku buat hal seminggu dua ni. Disebabkan ramai yang syorkan dekat aku produk rambut dari Good Virtues Co. ni, aku pon belilah.
Hair serum

Conditioner

Both of them memang wangi. Tapi mungkin disebabkan aku tak pakai sekali dengan syampu jenama ni, effect dia tak memberansangkan sangat. Aku suka conditioner ni sebab bila dibilas tu, dia tak tinggalkan rasa greasy dekat rambut. Yes, rambut rasa macam soft & smooth tapi tak mengurangkan rambut gugur. Hair serum tu lebih kurang feeling macam pakai minyak rambut. Untuk beberapa saat awal tu, nampak macam berminyak tapi tak lama tu dia ok je. Untuk kurangkan rambut kusut, serum dengan conditioner ni sesuai bagi aku. Serum tu boleh diulang-ulang pakai waktu diperlukan. 

"All our products are infused with the purifying goodness of  Organic Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) which is recognised for its rich, natural nutrients, minerals and antioxidants that repair, restore and rejuvenate. They are also free from Mineral Oil, SLES, ALES, Parabens, synthetic colourants, and are not tested on animals. We only use 100% non-animal derived ingredients in our products."-Good Virtues Co.

Selepas baca apa aku tulis panjang berjela dekat atas tadi tu, decide lah ye produk ni bagus ke tak bagi awak awak semua. Pada saya produk ni bagus cuma mungkin perlukan penambahbaikan untuk produk-produk yang akan datang. 

Celebrate Your Noor =D

SearchGOOD VIRTUES CO.

Friday, 18 March 2016

The Body Shop Online Must-Have Products

                                                                Assalamualaikum.
Hai!!

Hari ni aku nak share 3 produk dari The Body Shop yang famous dengan produk berasaskan bahan semulajadi. Kalau beli produk kecantikan atau set penjagaan diri, apa yang kita inginkan ialah natural and save ingredients, affordable price, lovely scents, quality and give great results. So, girls, don't miss this opportunity to grab these three products HERE

1. Moisturizer 

Kalau tanya tips kecantikan actress Korea, mereka mesti akan jawab jaga pemakanan, minum air banyak, pakai sunscreen dan lembabkan kulit setiap satu jam. Tak kisahlah guna face mist atau moisturizer. Nak-nak pulak dengan cuaca panas sekarang ni. Tapi selalunya orang yang oily skin akan elakkan guna moisturizer sebab takut jerawat naik membangun. Oleh itu, aku syorkan guna Vitamin E Moisture Cream dari The Body Shop ni. Produk ni sesuai untuk semua jenis kulit. Tekstur nya pula ringan dan mudah menyerap. Bila kulit lembap, nak apply make-up akan jadi lebih mudah.


2. Hand Lotion

Selain daripada penjagaan wajah, kelembutan dan kelembapan tangan pon kenalah jaga. Nak bersalam dengan orang (baca : mak mertua) tak adalah segan. Haha. "Tak apa kasar pon, nampaklah banyak buat kerja". No. No. No. Tangan pon aset seorang wanita tau. =D Aku tertarik dengan WILD ROSE HAND CREAM SPF 15. Sebab utama haruslah kandungan SPF yang sedia ada, rose fragrance and cute packaging. Pinky pinky. Set Wild Rose ni ada hand cream, hand wash, hand butter dan hand oil. 
Wild Rose Hand Cream


The Body Shop Trio Hand Cream

3. Shower Gel

Pemilihan shower gel ni ikut taste masing-masing juga sama ada nak fragrance, unfragrance, antibacterial etc. Aku suka tiga-tiga. Haha. Ikut mood. Harus diingatkan kalau guna shower gel yang berbau wangi tu, kurangkan atau tak perlu pakai perfume dah lepas tu. Nanti pelik jadi bau nya. Personally, kalau The Body Shop dekat area sini ada jual EARTH LOVERS™ UNFRAGRANCED SHOWER GEL, aku nak beli. Hehe. Kenapa? 100% biodegradable, no sulphates, parabens or colourants and of course unfragranced. Kalau tak ada, aku pilih Moringa Shower Gel. 

Click for enlarged view
Moringa Shower Gel

Produk-produk ni boleh didapati di The Body Shop Online Must-Have Products di Zalora. Dunia di hujung jadi. Grab cepat-cepat!! Be a wise customer. =D
Saranghaeyo.

Wednesday, 13 January 2016

Alat Make Up Tamat Tempoh!!


Hai! Siapa dekat sini yang selalu semak tarikh luput alat kosmetik masing-masing? Kalau jarang semak atau tak pernah semak, sila ambil alat-alat makeup you all ye sekarang dan check. Belek-beleklah body dia ke, kotak dia ke kalau simpan lagi kotak tu.

Jangan jadi macam aku, mentang-mentang dah lama tak pakai, buat tak kisah je. Nampak ke tulisan dalam bulatan tu? MFG 06/15 299. 


Yang ini pulak fL133 Mf9042014.
 Aku ni tak semak la pulak apa dia maksud fL bagai tu. Tapi dari nombor-nombor tu, aku fahamlah yang dah expired. Kalau makanan ni, memang dah berkulat segala mak nenek dah. Jadinya, kalau sayang macam mana pon, silalah buang. Sebab kalau pakai nanti takut bagi effect teruk dekat kulit atau tak bagi kesan dah. Nak kulit putih tapi sampai ke sudah tak putih.

Aku ada tengok satu rancangan Korea ni untuk recycle alat solek yang dah expired. Tapi untuk jadikan pewarna kuku gitu je lah. Memang tak pakai dekat kulit muka dah.

Product expiry date :

1. Moisturizer, face cream : 6 month - 1 year
2. Sunblock : 1 year
3. Anti-acne cream : Until 1 year
4. Syampoo, conditioner : 1 - 2 year (open)
5. Lipstick, lipgloss : 2 - 3 year

Kalau nak baca panjang lagi, boleh ke SINI sebab aku pon rujuk dekat situ. =D

Ok. Jangan lupa semak tarikh luput tau. Daa.

Tuesday, 15 December 2015

The Thrilling Incident When I Tried Eyeliner For The First Time


OMG. OMG. Hari ni patutnya aku pergi lab tapi cancel. Aku dah bersiap macam biasa dah pon tadi. Bila dah cantik-cantik tapi tak pergi mana, rasa membazir pulakkan bersiap. Aku pon menggedik la try pakai pencil eyeliner yang aku baru beli dua hari lepas. Aku kan newbie bab-bab makeup ni. Baru nak belajarlah tadi.  Sebelum ni tengok Youtube je. Nampak senang weh. 
Aku pon try. Tak tahu nak pegang eyeliner tu guna tangan kiri ke kanan. Kekok amat. Lepas dah siap buat line dekat bawah  kelopak mata belah kiri dan atas kelopak mata kanan. Serius, macam orang gila. Haha. Aku tak ambil gambar sebab aku pon tak sanggup nak tengok. 
Terus aku pergi basuh. Aku tahu kena guna eye makeup remover tapi tadi aku tak guna. Aku ingat malas nak guna sebab pakai sikit je. Aku selalunya pakai yang makeup remover untuk eye, face and lips tu kalau nak cuci makeup dekat muka. Lepas dah basuh mata aku, eyeliner tu tak hilang sepenuhnya lagi. Ada la rupa ala-ala zombi tak makan dua minggu. Aku lap dengan tisu. 
Tengok-tengok cermin, ada habuk-habuk hitam dekat tepi mata (tempat keluar air mata tu) dengan dekat bawah mata (tempat air mata duk bertakung tu). Aku pon cuak la sebab yang dekat tepi mata tu macam nak masuk ke dalam dah. Aku try untuk keluarkan air mata bagi habuk tu mengalir keluar. Tapi tak termenangis pulak. Aku cuba ambil guna cotton bud. Nasib baik boleh. Yang ni dekat mata sebelah kiri tau. Rupanya, bila aku tengok dekat mata kanan pon ada. Dah tak nervous sangat dah. Aku terus guna cotton bud lain. Nasiblah aku tak kalut guna tangan. Tak pasal-pasal kuman pulak. Huhu. Insaf dah.
Adakah aku je yang kalut tak tentu pasal? Haha.

Nak try lagi ke lepas ni? Tak tahu lahhh. 

Monday, 14 September 2015

The Very Simple Make-up from Newbie to Newbie

Assalamualaikum!! Hai everybody!!!

Ceriakan petangmu dengan senyuman dan make up. Ewah!! Meh sini meh. Budak baru belajar make up nak ajar girls yang tak biasa make up lagi. Tapi I  tak ajar you all make up macam nak buat fashion show ye. Just simple make up untuk pergi kuliah sahaja. Tapi sebelum pergi beli alat solek tu semua, you all kenalah tahu jenis kulit masing-masing ye. Berminyak ke, kering ke, sensitif ke. Ok? Lepas tu, pilihlah produk yang bersesuaian dengan kulit masing-masing.

Actually, kalau kulit muka aku flawless, gebu, comel macam Korean look, aku tak pakai make up-make up ni dah. Ok, stop membebel Najwa. Kita mulakan kelas sekarang.

Apa perkara pertama kena buat? Cuci muka dahulu dengan cleanser yang bersesuaian dan halal. Tapi produk kosmetik ni banyak yang tak ada tanda halal dekat kotak and body product tu. Jadi aku tak tahulah halal ke tak. Kalau yakin halal, go on je la dengan produk yang kita yakin tu. Cuci muka pun bukan boleh pakat tonyoh tak tentu hala je. Kulit muka ni manja dari kulit badan kita yang lain. Dia nak dibelai-belai selalu. Gunakan jari tengah dan jari manis kita ye sebab pressure from both fingers are low. 

Lepas cuci tu, lap muka dengan tuala yang bersih. Jangan gosok macam lap badan lepas mandi tu. Just press it slowly dekat sekeliling muka. Tapi selalunya aku tak guna tuala. Aku guna tisu. Senang. Lepas guna, buang. Aku guna Kleenex Tissue Soft Pack. Banyak dijual di pasaraya. Aku beli pun sebab ia bagus untuk kulit sensitif, texture tisu tu lembut, packaging pun cute je.

Pastikan guna facial tissue tau. 
Then, pakailah toner. Jangan ambil ringan dengan penggunaan toner. Walaupun kalau kita pakai macam tak pakai apa-apa, tapi ia sangat penting ye kawan-kawan. Ia menyegarkan wajah, membersihkan pori terutamanya kalau kita selalu pakai make-up, dan membantu merawat kulit bergantung kepada jenis toner yang kita pakai. Sebelum ni aku guna Garnier punya toner. Tapi lately aku dah tukar kepada Safi. Kenapa? Bukan produk Garnier tu tak bagus tapi aku rasa yang ni lagi sesuai untuk kulit aku. Mula-mula pakai yang Safi ni dia macam ada bau herba ke apa sikit tapi lama-lama dah biasa dah. Ia ada tanda halal jadi tak adalah aku ragu-ragu. Alcohol-free dan sesuai untuk semua jenis kulit. Diperbuat daripada sari mentimun dan daun lidah buaya. Cara nak pakai toner macam mana? Kalau aku, aku guna facial cotton. Orang kata toner lebih mudah serap kalau tekapkan guna tangan tapi aku lebih suka guna cotton sebab boleh tanggalkan terus kotoran yang berbaki dekat muka. Ada juga toner yang spray.  Lagi senang aku rasa kalau guna yang spray tu macam produk Ginvera. Tapi spray jauh sikit dari muka. Bagi water vapor yang tepercik dekat muka bukan air. Ok?

This is facial cotton.



 

*Gambar atas ni gambar toner tau.

Lepas siap sapu toner tu, sapu pula moisturizer. Pilihlah jenama apa pun tapi yang penting sesuai dengan kulit masing-masing. Dulu aku pakai Garnier Moisturizer yang Aqua Defence tu. Yang tu memang melembapkan kulit tapi sebab aku jenis oily-skin dan pakai make-up, so, make-up aku jadi sememeh sikit. Baru-baru ni aku tukar pakai Safi pula. Sari pokok lidah buaya dan habbatus sauda. Dalam dua hari pakai, kulit muka aku jadi kering sikit. Lepas minum air banyak sikit dari biasa, ok la. Make-up aku pun tak sememeh macam dulu.

Gambar ni credit to Syamimi Rosnee. Inilah moisturizer Safi.  Kalau ada serum, boleh pakai before pakai moisturizer.  Ataupun pakai sahaja serum tanpa moisturizer untuk kulit berminyak. 


Ok, sekarang bolehlah mulakan pakai make-up. Mula-mula pakai primer atau make-up base. Aku pun baru mula pakai primer ni. Sebab dulu main pakai BB cream terus. Aku beli jenama Revlon yang jenis natural. Satu jenis lagi untuk people yang skin tone dia tak sama. Memang lari bajet jugalah sebab student lagi, kan. Fungsi primer ni untuk meratakan make-up yang akan dipakai nanti dan memisahkan lapisan kulit dengan make-up. Jadi, kalau pakai make-up tebal-tebal, kulit muka tak tersumbat dan make-up tak berkepuk.

Letak primer ni pada belakang tangan, dap kan dengan span dan put gently on your face.  Mula dari bawah mata, hidung, pipi, semualah. Ratakan tau. 


Next, pakailah foundation/BB cream/CC cream. Apa pula bezanya krim-krim semua ni? Bolehlah merajinkan jari untuk search. Jangan main beli saja tau. Perlu tahu kelebihan dan kekurangan cream tersebut sebelum beli. Fungsi utamanya untuk menutup cela pada wajah kita dan meratakan tona kulit. Aku suka pakai BB stick sebab malas nak guna jari. Sebenarnya aku pun tak ingat mana satu yang kena guna jari, yang mana kena guna span lembap. Hehe. Aku ada tengok dalam "Beauty Bible" tapi tak ingat.

Satu cream, satu lagi stick macam lipstick tu.


Kalau masih ada lagi kesan atau parut jerawat yang kelihatan, tutup dengan concealer. Yang ni pun ada macam-macam jenis. Hanya letak pada tempat yang kita nak tutup sahaja tau. Jangan sapu seluruh muka.
     



Lepas tu bolehlah letak apa-apa jenis powder yang sesuai. Loose powder ke, compact powder ke. Bezanya? Ia berbeza mengikut jenis kulit dan berapa lama kita nak pakai. Zaman sekarang ni ramai yang suka pakai bedak yang 2-in-1 ataupun 3-in-1. Mudah dan cepat. After that, sapulah blusher sikit pada bahagian pipi yang timbul time kita senyum. Nak berjimat, just mix your foundation with lipstick. Kalau nak tahan lama sikit make-up tu, mix foundation with blusher. 



Yang warna coklat tu, SimplySiti punya loose powder. Dalam banyak-banyak produk yang aku teringin nak pakai, aku memang mengidam nak pakai SimplySiti. Kenapa? Produknya aku yakin halal dan ramai yang berpuas hati. Elegant. Banyak yang aku nak, SimplySiti ada. Time kahwin nanti mohon bagi hantaran produk SimplySiti ye. =D

Dah siap pakai powder macam-macam jenis tu, bolehlah hias mata anda dengan eye primer, eyeliner, eye shadow, mascara dan sebagainya. Aku tak explain sebab aku tak pakai. Peace. Kenapa? Sebab leceh. Pada aku yang membezakan konsep setiap make-up adalah eye make-up. Yang lain aku membebel tadi asas sahaja. Bila dah start pakai eye make-up, contour, highlighter, dan sebagainya, yang tu bukan asas lagi dah. Nanti bila tunang aku upah mak andam, senang.

Tapi, lipstick/lipbalm/lip tint/lip gloss dan sebagainya tu jangan lupa pakai. Nanti muka bukan main putih flawless tapi bibir pucat. No, no, no. Macam-macam jenis, macam-macam warna. Pakailah yang mana suka.

Dah puas aku membebel cara nak make-up walaupun aku tak berapa pandai. Apa yang penting jaga kebersihan terutamanya tangan, mulut dan rambut. Semua tu akan effect kulit muka dan personaliti kita. Lepas dah pakai make-up tu, jangan lupa cuci dengan make-up remover dan eye make-up remover. Sekali-sekala pakailah exfoliator.

Ok semua, kalau salah tolong betulkan. Produk-produk yang dipakai adalah bersesuaian dengan kemampuan student. Hehe. Thanks Mr. Google untuk gambar-gambar di atas.



 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI