Saturday, 2 January 2016

Tagging Questions From Sab


Hai!! Blogger Sabrina tagging me to answer these questions. Thanks Sab. I'll answer honestly with all my heart. *Over sangat. Hehe. 

Session begin...

1) Kenalkan diri awak kepada dunia (Buat ayat meletup bombastik) 
Hai dunia!! Say hello!! *flash flash camera *lambai-lambai tangan
Nama ringkas saya Najwa Zahid. Nama ni memang nama rasmi untuk apa-apa social media apps. Simple dan orang senang nak ingat. But please, jangan cakap "macam Najwa Latif ek". *mataku memanah matamu. Haha.

2) Perkara pertama yang terlintas masa first time datang blog Sab.

Alamak, dah lupa dah bila first time datang sebab dah selalu singgah blog Sab. *klik semula blog Sab. Kemas, cute dan tak ada apa yang tak suka. Hehe. Good Job. Tak dapat nak klik Nuffnang sebab iklan nya tak ada. Box je ada.

3) Perkara yang awak takutkan hal itu terjadi dalam hidup awak.

Apa ek? Banyak. As a human, banyak benda yang saya takut kalau jadi dekat saya. Tak mau sebut. Takottttttt!!

4) Pernah rasa jealous dengan kehidupan orang lain? Jika ya, kenapa.

Pernah. Bila tengok orang lain ada kehidupan yang lagi ok, ada jugak rasa jealous tu. Tapi kita tau kan yang tak semua orang sempurna. I would say to myself, you're perfect the way you are. Tapi tetap jealous tengok orang lain flawless. Haha. Typical girl kan? =P

5) Pernah meminati seseorang dalam diam? Kenapa minat dia eh?

Pernah. Amar Baharin. OMG. Nowadays, penangan lakonan Amar Baharin dalam Cik Bunga dan Encik Sombong dan diteruskan dengan drama Tersuka Tanpa Sengaja. Pergh. Dunia, sampaikan pada Amar Baharin, I'm his new fans. Haha. Semalam maraton video Amar dekat Youtube. *Asal mengada sangat ni? Hihihi. Kenapa minat? Sebab comel, pandai berlakon, pandai nyanyi, pandai main gitar, sempoi. *blushing, blushing

6) Diberi pilihan masak atau makan luar, mana awak pilih? Kenapa?

Kalau time banyak duit, makan kat luar. Haha. Kenapa? Sebab boleh order dan makan macam-macam yang siap dalam 5-10 minit. Oyehhh. Save time. Haha.

7) Perkara yang paling awak trauma kan until now and why?

Trauma? Tak ada. Alhamdulillah tak sampai tahap tak nak buat something tu sebab trauma lagi. 

8) Macam mana awak boleh terjebak dalam dunia blogging ni?

At first, lecturer suruh buat blog untuk satu subjek ni. Lepas tu, seorang lagi lecturer suruh buat blog untuk satu subjek lain pulak. Mula-mula just buat untuk carrymark. Lama-lama terjatuh cinta pulak sebab saya memang suka menulis dan membebel. Tapi tak ada orang layan bila saya membebel. Blog ni lah jadi mangsa. Haha.

9) Awak bangga dilahirkan sebagai diri awak sekarang? Alasan.

Bangga tu tak adalah. Biasa-biasa je. Alhamdulillah saya ada family dan kawan-kawan yang baik. Dibesarkan dalam suasana yang elok. Pendidikan yang sempurna. Alhamdulillah. Saya rasa cukup dengan apa yang ada. Kalau saya kata nak kaya atau nak cantik atau apa-apa je andai kata saya dihahirkan semula, tak bermakna saya akan happy. Kita akan happy kalau kita bersyukur. Kaya, cantik, etc tu subjektif. How much "kaya" is called "kaya"? Cantik yang macam mana dipanggil cantik? *tengok, dah memebebel. Kikikiki.

10) Pernah menginginkan something tapi sampai sekarang tak dapat.

Pernah kot. Selalunya kalau dah cuba ingat tapi tak ingat-ingat jugak, saya lupakan je. Simple. Hahaha. 


Dengan berakhirnya jawapan untuk soalan 10 itu tadi, maka berakhirlan sesi soal jawab ini. Hehe. Dijemput blogger Syilah dan blogger Amira untuk menjawab soalan yang akan saya berikan. Seorang lagi yang kena jawab, of course lah blogger Sabrina. =P


1. Kenalkan diri dan blog dengan gempaknya, rare dan meletop-letop.
2. Kalau awak diberikan peluang untuk miliki sebuah pulau, describe the island. It's your island. 
3. 10 tahun akan datang, who you are?
4. Tiga kerjaya/bidang yang awak bercita-cita untuk ceburi. Kenapa?
5. Siapa yang tahu kebanyakan rahsia awak dan kenapa awak rasa selesa untuk beritahu dia rahsia tersebut?
6. Minat Kpop tak? Kalau minat, kenapa?
7. Apa awak akan buat kalau ada RM 1 juta?
8. Apa motivasi/prinsip hidup yang awak selalu pegang?
9. Kaya atau berpendidikan. Yang mana awak pilih dan kenapa? Pilih salah satu sahaja.
10. Apa pendapat awak tentang blog ni? Berikan 1 nasihat/tip/komen untuk perbaiki blog ni.

Thanks. <3

4 comments:

  1. As a man I'm jealous of Amar Baharin .Haha He always makes the girls hearts to melt ! . Haha Alright I should make my face almost like Amar Baharin not in surgey . I just print it a paper and stick it to my face . Haha just kidding . Almost forgotten you always visiting my blog . I hope for the best for you at the year 2016 . Fighting and goodluck :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. dia boleh buat girl fans cair dgn senyum je. Kikiki. thanks sudi singgah blog sya ni. nnti sya dtg lg blog Syamsid Dhuha. Best of luck for 2016. Fighting!

      Delete
  2. I've answered your questions! :D http://nftnxmira.blogspot.my/2016/01/tag-question-by-najwa-zahid.html

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI