Hai!
Hari ni aku nak mengimbau kenangan hari Jumaat masa sekolah dulu. Jumaat memang hari yang sangat-sangat ditunggu masa sekolah menengah. Kalau sekolah rendah tak feel sangat sebab petang kena pergi sekolah agama. Kalau sekolah menengah best sebab jadual sampai tengah hari lepas tu enjoy!!!
Setiap pagi akan ada perhimpunan pagi. Lepas tu alunkan Asma ul Husna dan bacaan doa. Aku buat apa masa ni? Aku duduk dekat bilik pengawas ataupon jadi MC. Aku memang suka jadi MC masa dulu. Sekarang memang tak lah.
Yang aku ingat, masa form five, setiap kali hari Jumaat, someone will give me Cadbury, Cornetto dan air kotak. Benda simple je tapi aku ingat sampai sekarang. Aku memang banyak cekadak sebab aku tak ambil benda yang aku tak suka. Aku bagi orang lain je kalau aku tak suka. Ok la daripada buang, kan? Bukan tak suka sebab benci ke apa, tapi aku memang tak makan benda yang aku tak minat. Especially jellyjelly things. Jadi, someone yang bagi setiap hari Jumaat tu dia bagi benda aku suka. Aku pon apa lagi, makan je la. I like.
Sekarang? Tak ada dah benda-benda tu semua. Aku rasa Cornetto favourite aku tu pon dah tak jumpa dah. Apa benda tah nama dia. Aku ingat dia punya design je.
Apa lagi yang best bila hari Jumaat? Menu dekat dewan makan. Aku suka bila menu sarapan nasi impit. Memang aku tak miss sarapan hari tu. Siap turun awal lagi sebab satu hostel aku rasa suka menu tu. Berderet orang beratur. Nasi impit dia sekali dengan rendang daging. Pedas meletop tapi perghhh, menjilat jari. Aku ingat lagi rasa dia. Terliur, terliur.
Masa dekat hostel dulu, aku boleh balik 2 minggu sekali. Kalau time balik excited juga tapi tak over sangat sebab rumah aku jauh. Feel tu hilang bersama jarak dan waktu gituhhh. Sementara tunggu parent aku ambil, aku dengan kawan-kawan aku keluar bandar dulu. Bukan pergi mana pon. Pergi cybercafe @ CC je. Tu pon dah suka sangat dah masa tu.
Best sebab masa tu budak-budak lagi. Sekarang kalau waktu free je, tengok movie, makan, tidur. Tu je la. Haha.
Kalau you all pulak, apa yang best bila Jumaat datang?
Rindu sekolahhh >_<
ReplyDeleteme too. rindu zaman tu
Delete