Monday, 14 September 2015

The Very Simple Make-up from Newbie to Newbie

Assalamualaikum!! Hai everybody!!!

Ceriakan petangmu dengan senyuman dan make up. Ewah!! Meh sini meh. Budak baru belajar make up nak ajar girls yang tak biasa make up lagi. Tapi I  tak ajar you all make up macam nak buat fashion show ye. Just simple make up untuk pergi kuliah sahaja. Tapi sebelum pergi beli alat solek tu semua, you all kenalah tahu jenis kulit masing-masing ye. Berminyak ke, kering ke, sensitif ke. Ok? Lepas tu, pilihlah produk yang bersesuaian dengan kulit masing-masing.

Actually, kalau kulit muka aku flawless, gebu, comel macam Korean look, aku tak pakai make up-make up ni dah. Ok, stop membebel Najwa. Kita mulakan kelas sekarang.

Apa perkara pertama kena buat? Cuci muka dahulu dengan cleanser yang bersesuaian dan halal. Tapi produk kosmetik ni banyak yang tak ada tanda halal dekat kotak and body product tu. Jadi aku tak tahulah halal ke tak. Kalau yakin halal, go on je la dengan produk yang kita yakin tu. Cuci muka pun bukan boleh pakat tonyoh tak tentu hala je. Kulit muka ni manja dari kulit badan kita yang lain. Dia nak dibelai-belai selalu. Gunakan jari tengah dan jari manis kita ye sebab pressure from both fingers are low. 

Lepas cuci tu, lap muka dengan tuala yang bersih. Jangan gosok macam lap badan lepas mandi tu. Just press it slowly dekat sekeliling muka. Tapi selalunya aku tak guna tuala. Aku guna tisu. Senang. Lepas guna, buang. Aku guna Kleenex Tissue Soft Pack. Banyak dijual di pasaraya. Aku beli pun sebab ia bagus untuk kulit sensitif, texture tisu tu lembut, packaging pun cute je.

Pastikan guna facial tissue tau. 
Then, pakailah toner. Jangan ambil ringan dengan penggunaan toner. Walaupun kalau kita pakai macam tak pakai apa-apa, tapi ia sangat penting ye kawan-kawan. Ia menyegarkan wajah, membersihkan pori terutamanya kalau kita selalu pakai make-up, dan membantu merawat kulit bergantung kepada jenis toner yang kita pakai. Sebelum ni aku guna Garnier punya toner. Tapi lately aku dah tukar kepada Safi. Kenapa? Bukan produk Garnier tu tak bagus tapi aku rasa yang ni lagi sesuai untuk kulit aku. Mula-mula pakai yang Safi ni dia macam ada bau herba ke apa sikit tapi lama-lama dah biasa dah. Ia ada tanda halal jadi tak adalah aku ragu-ragu. Alcohol-free dan sesuai untuk semua jenis kulit. Diperbuat daripada sari mentimun dan daun lidah buaya. Cara nak pakai toner macam mana? Kalau aku, aku guna facial cotton. Orang kata toner lebih mudah serap kalau tekapkan guna tangan tapi aku lebih suka guna cotton sebab boleh tanggalkan terus kotoran yang berbaki dekat muka. Ada juga toner yang spray.  Lagi senang aku rasa kalau guna yang spray tu macam produk Ginvera. Tapi spray jauh sikit dari muka. Bagi water vapor yang tepercik dekat muka bukan air. Ok?

This is facial cotton.



 

*Gambar atas ni gambar toner tau.

Lepas siap sapu toner tu, sapu pula moisturizer. Pilihlah jenama apa pun tapi yang penting sesuai dengan kulit masing-masing. Dulu aku pakai Garnier Moisturizer yang Aqua Defence tu. Yang tu memang melembapkan kulit tapi sebab aku jenis oily-skin dan pakai make-up, so, make-up aku jadi sememeh sikit. Baru-baru ni aku tukar pakai Safi pula. Sari pokok lidah buaya dan habbatus sauda. Dalam dua hari pakai, kulit muka aku jadi kering sikit. Lepas minum air banyak sikit dari biasa, ok la. Make-up aku pun tak sememeh macam dulu.

Gambar ni credit to Syamimi Rosnee. Inilah moisturizer Safi.  Kalau ada serum, boleh pakai before pakai moisturizer.  Ataupun pakai sahaja serum tanpa moisturizer untuk kulit berminyak. 


Ok, sekarang bolehlah mulakan pakai make-up. Mula-mula pakai primer atau make-up base. Aku pun baru mula pakai primer ni. Sebab dulu main pakai BB cream terus. Aku beli jenama Revlon yang jenis natural. Satu jenis lagi untuk people yang skin tone dia tak sama. Memang lari bajet jugalah sebab student lagi, kan. Fungsi primer ni untuk meratakan make-up yang akan dipakai nanti dan memisahkan lapisan kulit dengan make-up. Jadi, kalau pakai make-up tebal-tebal, kulit muka tak tersumbat dan make-up tak berkepuk.

Letak primer ni pada belakang tangan, dap kan dengan span dan put gently on your face.  Mula dari bawah mata, hidung, pipi, semualah. Ratakan tau. 


Next, pakailah foundation/BB cream/CC cream. Apa pula bezanya krim-krim semua ni? Bolehlah merajinkan jari untuk search. Jangan main beli saja tau. Perlu tahu kelebihan dan kekurangan cream tersebut sebelum beli. Fungsi utamanya untuk menutup cela pada wajah kita dan meratakan tona kulit. Aku suka pakai BB stick sebab malas nak guna jari. Sebenarnya aku pun tak ingat mana satu yang kena guna jari, yang mana kena guna span lembap. Hehe. Aku ada tengok dalam "Beauty Bible" tapi tak ingat.

Satu cream, satu lagi stick macam lipstick tu.


Kalau masih ada lagi kesan atau parut jerawat yang kelihatan, tutup dengan concealer. Yang ni pun ada macam-macam jenis. Hanya letak pada tempat yang kita nak tutup sahaja tau. Jangan sapu seluruh muka.
     



Lepas tu bolehlah letak apa-apa jenis powder yang sesuai. Loose powder ke, compact powder ke. Bezanya? Ia berbeza mengikut jenis kulit dan berapa lama kita nak pakai. Zaman sekarang ni ramai yang suka pakai bedak yang 2-in-1 ataupun 3-in-1. Mudah dan cepat. After that, sapulah blusher sikit pada bahagian pipi yang timbul time kita senyum. Nak berjimat, just mix your foundation with lipstick. Kalau nak tahan lama sikit make-up tu, mix foundation with blusher. 



Yang warna coklat tu, SimplySiti punya loose powder. Dalam banyak-banyak produk yang aku teringin nak pakai, aku memang mengidam nak pakai SimplySiti. Kenapa? Produknya aku yakin halal dan ramai yang berpuas hati. Elegant. Banyak yang aku nak, SimplySiti ada. Time kahwin nanti mohon bagi hantaran produk SimplySiti ye. =D

Dah siap pakai powder macam-macam jenis tu, bolehlah hias mata anda dengan eye primer, eyeliner, eye shadow, mascara dan sebagainya. Aku tak explain sebab aku tak pakai. Peace. Kenapa? Sebab leceh. Pada aku yang membezakan konsep setiap make-up adalah eye make-up. Yang lain aku membebel tadi asas sahaja. Bila dah start pakai eye make-up, contour, highlighter, dan sebagainya, yang tu bukan asas lagi dah. Nanti bila tunang aku upah mak andam, senang.

Tapi, lipstick/lipbalm/lip tint/lip gloss dan sebagainya tu jangan lupa pakai. Nanti muka bukan main putih flawless tapi bibir pucat. No, no, no. Macam-macam jenis, macam-macam warna. Pakailah yang mana suka.

Dah puas aku membebel cara nak make-up walaupun aku tak berapa pandai. Apa yang penting jaga kebersihan terutamanya tangan, mulut dan rambut. Semua tu akan effect kulit muka dan personaliti kita. Lepas dah pakai make-up tu, jangan lupa cuci dengan make-up remover dan eye make-up remover. Sekali-sekala pakailah exfoliator.

Ok semua, kalau salah tolong betulkan. Produk-produk yang dipakai adalah bersesuaian dengan kemampuan student. Hehe. Thanks Mr. Google untuk gambar-gambar di atas.



No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI