Tuesday, 15 September 2015

The "bikin aku satu puisi" poem

20 Ogos 2014

Ingin sekali gegendang ini menghayati alunan itu
Alunan suara cinta syahdu
Bait-bait manis yang julung kali berlagu
Apa mungkin kerana terbiasa bersama selalu?

Lalu membuatkan akal itu tumpul tak berasah
Idea itu kering tak bercurah
Fikiran itu merosot tak bertambah
Apa lagi yang perlu dipersembah?

Sebagai bukti rasa nan agung
Agar cinta yang gagah menggunung
Bukan sekadar omong kosong
Tidak hanya cerita bohong

Musabab itu, lisan ini meminta
Jalan terbentang memandu perigi buta
Moga jelas pada akal warasnya
Perigi belum milik timba selama-lama

“bikin aku satu puisi”
Tanpa syarat, moga ikhlaslah hati
Penantian ini tidak pernah menyakiti
Bila hati sentiasa mengharap tinggi

Meski tak seindah kata penglipur lara,
Walau tak punya bait puitis hiperbola,
Juga tak mampu ditafsir ketulusannya
Hati ini masih boleh terpesona,

Akan kesetiaan itu
Akan janji-janji itu
Akan rima aksara itu
Pohonlah agar hati ini tidak layu

Jujurnya, bukan janji manis yang dinanti
Sebetulnya, bukan kata pujian yang dicari
Sebenarnya, bukan ucap magis yang digali

Tapi, sehebat mana rasa ini akan kekal abadi

************************************************************************

Puisi ini aku tulis tahun lepas. Ok ke tak aku pun tak tahu. Main tulis saja. Malu, malu, malu. 

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI