Saturday, 12 September 2015

The FYP part 1

Assalamualaikum~~~

Apa aktiviti kalian hari Sabtu ni? Pergi cinema? Tengok Maze Runner:The Scorch Trial?
Aku tak dapat nak berceritalah dekat you guys pasal movie-movie yang baru keluar ni sebab aku dalam misi berjimat-cermat. Duit tak masuk lagi awal-awal semester ni. Simpanan semakin pupus. Jadi, mereputlah dalam bilik sambil study. Skema tak? Skema tak skema. Final year dah. Kenalah belajar disiplinkan diri dan merajinkan urat-urat saraf untuk berfungsi dengan aktif waktu-waktu cuti ni.

Pagi tadi aku terbaca berita yang mengejutkan di Facebook. Runtuhan kren di Masjidil Haram. Katanya sehingga 8.30 malam semalam, 6 orang rakyat Malaysia dikhabarkan terlibat dalam kejadian itu. Ya Allah. Selamatkan mereka dan perjalanan mereka pergi dan balik. Risau sangat terutamanya kalau ada ahli keluarga kita yang terlibat.



Entri baru ni aku ada cakap ada lagi satu cerita yang aku nak cerita, kan?
Ceritanya macam ni. Hari Rabu baru ni aku jumpa dengan senior aku yang tak lama lagi nak bergraduasi. Banyak tunjuk ajar dari orang yang berpengalaman diperlukan bila nak buat final year project (FYP) ni. Tadahlah telinga dengar dia nasihat tapi otak aku dah fikir benda lain sebab aku nervous nak start buat FYP ni. Macam-macam yang aku fikir.
Secara kesimpulannya dari apa yang telah diperkatakan oleh senior aku :

1) Segera berjumpa dengan penyelia (penyelia aku : Dr. Roohaida Othman). Sebelum berjumpa dengan beliau, pastikan bersedia dengan basic knowledge (seperti PCR, primer,etc). Dapatkan tajuk projek dan explaination berkaitan tajuk yang diberikan.

2) Cari artikel yang berkaitan dengan tajuk (sekurang-kurangnya 100 artikel) untuk lebih memahami projek yang akan dijalankan. Rujuk artikel senior yang pernah melakukan projek di bawah seliaan penyelia terbabit.

3) Mulakan amali secepat mungkin sebagai persediaan dalam proses menyiapkan proposal. 

4) Plan your work and do as it's planned. Push yourself harder and hard-working. 

Itulah nasihat yang dapat aku kongsikan untuk bakal-bakal saintis yang baru nak mula buat thesis. 

Semalam aku sudah pun berjumpa dengan Dr. Roohaida di INBIOSIS, UKM. Nun jauh ke dalam hutan nak mencari tempat ni. Aku pun tak tahu macam mana nak buat lab nanti. Kalau jalan kaki, adalah berjam-jam baru sampai. Aku nak cuba cari jalan pintas dari Taman Paku-Pakis. Harap-harap dekatlah.
Waktu jumpa dengan Dr. Roohaida tu, ada 4 orang students master beliau dan 4 orang lagi kawan aku yang akan diselia oleh Dr. Roohaida. Aku akan dibantu dan diajar oleh Kak Suhaida. Tajuk yang aku dapat? Aku pun tak faham apa lagi tentang tajuk tu tapi berkaitan dengan Kappaphycus alvarezii. 

By the way, goodluck!!! 



4 comments:

  1. Good luck ye sis. Memang fyp ni mencabar. Tapi ia bukan jalan penamat kehidupan mahasiswa/mahasiswi... nak kata senang x jugak, depends on your course kan sis? :)

    Banyak dgr cakap lecturer. Minta doa ibu bapa tiap2 hari kalau boleh, buat baik dgn orang sekeliling. Semoga dipermudahkan jalan sis nak bergelar graduan :D

    ReplyDelete
  2. Good luck ye sis. Memang fyp ni mencabar. Tapi ia bukan jalan penamat kehidupan mahasiswa/mahasiswi... nak kata senang x jugak, depends on your course kan sis? :)

    Banyak dgr cakap lecturer. Minta doa ibu bapa tiap2 hari kalau boleh, buat baik dgn orang sekeliling. Semoga dipermudahkan jalan sis nak bergelar graduan :D

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Thanks a lots. Harap-harap semuanya lancar dan dipermudahkan. Amin. =D

    ReplyDelete

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI