Sunday, 6 September 2015

The Untold Story for Semester Break

Assalamualaikum!!!

Ya Allah, rindunyaaaaaaa dekat blog aku ni!! Bila cuti sem, aktiviti update blog pun cuti juga. Almaklumlah, line internet dekat rumah nun jauh di Pahang agak "kekura-kuraan". Lagi pun aku bukan buat apa sangat cuti ni. Tolong parent apa yang mampu ( masak, kemas rumah, tanam pokok dll) , pergi buat aktiviti sukarelawan dekat tadika (lebih kurang seminggu) , belajar bawa motor & kereta (sampai sekarang tak boleh, ayah dah membebel-bebel. Actually, aku malas nak belajar =P ) dan yang terakhir sekali aku tulis cerpen yang sampai sekarang tak siap sebab tak tahu nak ending kan cerita macam mana (bagi tak klise sangat). Satu lagi, aku tak tahu nak siarkan cerpen-cerpen tu dekat mana. Nak masukkan cerpen tu dalam blog aku saja , hantar dekat majalah @ surat khabar, ataupun hantar dekat penulisan2u? Mohon beri pandangan ye semua =D

Ha!! Cuti ni aku belajar dua perkara yang selama ni aku nak tahu tapi malas nak ambil tahu (faham ke bahasa aku ni?). Apa dia yang aku belajar? Jeng, jeng, jeng.....
1) Senaman
2) Make up
Ini semua penangan tengok 'Beauty Bible' lah ni. Tu yang menggedik nak jadi cun macam awek Korea tu. Tapi apa salahnya. Senaman sebab nak sihat. Kalau mekap tu janganlah heavy sangat. Agak-agak sesuai untuk pergi kelas ke, interview ke, ok dah. Nanti kalau rajin aku update apa yang aku belajar dan catat ye (semangat tau mencatat. Excited sangat). Ilmu dari newbie ni apalah sangat tapi tak apa aku nak share juga untuk insan-insan setaraf dengan aku. Peace.


No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI