Assalamualaikum.
Walaupun Ramadan sudah lama meninggalkan kita, aku masih nak update entri catatan bulan puasa aku. =P
Catatan
hari ke-10 Ramadan
Hari ni sudah genap
10 hari umat Islam menjalankan ibadah puasa. Alhamdulillah, sudah lepas fasa
Ramadan yang pertama iaitu kerahmatan. Sudah khatam beberapa buah buku yang dibeli
pertengahan sem dahulu antaranya Diagnosis2, Cukup Derita Itu, Street Vandetta,
Suami Bukan Malaikat Isteri Bukan Bidadari dan Begini, Sayang!. Alhamdulillah,
buku-buku tersebut ada memberi sedikit sebanyak pencerahan kepada diri ini mengenai
kehidupan. Seperti yang kita tahu, buku Diagnosis2 ditulis oleh doktor-doktor
yang hebat dalam menyampaikan mesej-mesej berguna kepada masyarakat seperti
jangan terlalu bergantung kepada bomoh berbanding rawatan di hospital dan
kepentingan menghormati ibu bapa. Tajuk yang menyentuh minta dan hati saya
adalah Typoglycemia dan Motivasi Terhebat Sepanjang Zaman tulisan Dr. Anwar
Fazal dan Norad karya Dr. Aizat. Saya amat berharap karya sebegini dapat
diteruskan untuk membuka minta masyarakat dengan nasihat ringkas, padat dan berkesan.
Gambar ambil dekat Google Image. Thanks untuk tuan punya gambar. |
Buku "Suami Bukan Malaikat, Isteri
Bukan Bidadari" yang ditulis oleh Mohd Hisham Mohd Sharif dan Hasifah Zainudin pula
menceritakan pengalaman penulis bersama beberapa orang rakan mereka serta anak-anak
mereka dalam menangani fitrah cinta dan rumah tangga. Buku tersebut terbahagi
kepada empat bahagian iaitu manual pranikah, manual cabaran rumah tangga,
manual tarbiah anak-anak dan manual hubungan dengan ibu bapa. Banyak nasihat
dan teladan yang dapat saya pelajari antaranya :
i)
Jika pihak
lelaki tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gah,
berbincanglah dengan pihak perempuan untuk memudahkan perkahwinan. Usah tunggu
cukup duit dahulu baru berkahwin. Dengan berbincang, mungkin belanja
perkahwinan dapat ditanggung bersama atau jumlah hantaran dapat dikurangkan dan
mengadakan kenduri dengan skala yang lebih kecil. Rancanglah perbelanjaan bukan
hanya untuk majlis perkahwinan tetapi untuk kehidupan setelah majlis selesai.
ii)
Kita tidak
pernah tahu kita sudah bersedia atau tidak untuk melangkah ke alam perkahwinan
kerana kesediaan itu perlu dicari bukan di nanti. Seperti kita mengulang kaji
pelajaran, kita hanya tahu kita mahir tajuk tersebut atau tidak apabila
berhadapan dengan soalan yang berkaitan
dan menjawab soalan peperiksaan. Dengan kata lain, tidak perlu menunggu
segala-galanya sempurna untuk mendirikan masjid.
iii)
Jangan
terburu-buru dalam membina rumah tangga. Pastikan mendapat redha ibu bapa
sebelum berkahwin. Mintalah pada Allah jodoh yang terbaik, bukan yang sempurna
segala-galanya.
iv)
Istikharah
bukan bermaksud mendapat mimpi apa yang patut dipilih, tetapi ia jalan Allah
menyampaikan petunjuk agar kita lebih yakin dan tenang dengan jalan yang
dipilih.
v)
Tidak
salah untuk perigi mencari timba tetapi risiklah dulu agamanya, sudah berkahwin
atau belum dan kesediaannya untuk berumah tangga. Lalu, lakukan istikharah dan
fikirlah cara untuk menyampaikan hasrat hati kepadanya. Sampaikan hasrat
melalui orang ketiga yang telah berkahwin dan berserah pada Allah.
vi)
Kehidupan
berumah tangga adalah sesuatu yang tidak dapat kita jangga. Kita sememangnya
boleh merancang arah dan matlamat rumah tangga tetapi jangan terlalu bermimpi
kerana ada masanya rumah tangga akan menjadi medan ujian buat kita.
vii)
Janganlah
berasa cemburu melihat anak-anak orang lain hingga membandingkan anak mereka
dengan anak kita kerana anak-anak adalah cerminan ibu bapa. Setiap anak ada
potensi diri masing-masing dan potensi itu perlu digilap sesuai dengan
kemampuan. Bertanyalah pencapaian anak orang lain yang cemerlang untuk belajar
kaedah efektif dalam mendidik anak-anak. Tiada cara yang spesifik dalam
mendidik anak kerana setiap manusia itu diciptakan berbeza-beza.
viii)
Dekati
anak sebagai kawan agar mereka lebih memilih kita sebagai tempat meluahkan
perasaan, berbual, berbincang dan bergurau berbanding rakan-rakannya. Tanpa
masa yang berkualiti dengan mereka, yakinkah suatu hari nanti mereka akan
melayan kita waktu sudah tidak berupaya?
ix)
Pada usia
bayi - 7 tahun, tuntutan kasih sayang. Usia 8 – 14 tahun, tuntutan arahan dan disiplin. Usia 14 – 21 tahun,
tuntutan rakan karib.
x)
Biasakan
anak-anak untuk meminta izin sebelum masuk ke bilik ibu bapa dan asingkan
tempat tidur anak-anak apabila mereka sudah pandai meniru kata-kata dan
perbuatan ibu bapa agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
xi)
Dalam
menangani masalah antara memilih isteri dan ibu, suami mestilah mempunyai
pendirian dan ilmu yang cukup agar hati ibu tidak terguris dan isteri rasa
disayangi.
Gambar buku ini pun aku ambil di Google Image. Thanks. |
Moga catatan ini membantu para remaja yang dahagakan ilmu. =D
No comments:
Post a Comment
sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D