Tuesday, 15 September 2015

The lovey-dovey quotes

Assalamualaikum..

Kali ni aku nak post entri tentang cinta. Haha. Bukan aku jatuh cinta la. Tapi ini catatan lama yang aku terjumpa dan teringat waktu aku godek-godek laptop aku ni. Tapi aku dah edit daripada yang asal sebab macam mengarut pula apa aku tulis dulu. Bacalah. Jangan gelak tau. *segan I*

Kata orang, “cinta itu buta”
Kata orang, “cinta itu subjektif”
Kata orang, “cinta itu tidak perlu diungkap”
Kata orang, “cinta perlukan pengorbanan dan tidak semestinya dimiliki”

Hanya kata orang. Kata-kata yang terzahir dari pengalaman dan pandangan masing-masing. Betul atau salah, siapa mampu pertikaikan? 

Kata hati ini, “cinta itu tanpa soalan, tanpa pilihan jawapan”.
Cukup sekadar percaya bahawa dialah jodoh yang dinanti. Benar atau tidak, hanya Dia yang tahu.

Ibarat “puzzle”, susunlah, aturlah, walau sesukar mana pun jalan untuk bahagia. Kerana pasti ada sudut tepatnya seperti yang ditentukan Ilahi.

Bila bicara tentang cinta, orang kata kita jiwang, gatal, malah muak mendengarnya tapi tidak sedarkah kita, kita membesar dengan cinta dan kasih sayang dari orang sekeliling. Hinakah bila jatuh cinta dengan sepupu sendiri? Jiran sebelah rumah? Rakan sekelas? Adik angkat? Orang bawahan?
Tidak. Kerana itu cinta.
Mungkin itu klise bagi sesetengah orang. Tapi, bayangkanlah. Hidup ini penuh dengan klise kerana ia satu istilah yang mendatangkan pelbagai pandangan bagi setiap orang. Bagaimana untuk tidak klise dalam bercinta?

Bercinta dengan haiwan? Klise…
Macam kisah putera katak. 
Zaman sekarang ni tak ada apa yang pelik. Dengan vampire pun orang boleh bercinta. It's all about feeling. Ewahhhh...lebih-lebih kau kan Najwa. 

Itu sajalah yang aku nak update
Moral of the story? Tak ada kot. 

No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI