Tuesday, 8 September 2015

The First Day

Assalamualaikum, morning semua!!

Semalam 7 Sept 2015 bersamaan 23 Zulkaedah 1436 H merupakan hari pertama aku sebagai pelajar tahun akhir di UKM, Bangi. Tapi tak ada rasa apa-apa pun. Nervous nak buat FYP adalah. SV pun tak jumpa lagi. Yang seronoknya jadual tak padat macam sem lepas.

Pagi semalam aku rasa my confidence level memang low sangat-sangat (3 out of 10). Dengan make up yang tak smooth, tudung pula buat hal, memang rasa down sangatlah. Lepas tu aku cakap dekat diri aku, biarkan saja make up tu, just be yourself. So, aku pun dengan longlainya berjalanlah ke fakulti. Malas nak naik bas sebab dekat kolej tak senaman, jadi anggap sahajalah berjalan jauh-jauh ni satu senaman.

Sampai Pusanika, ada dua orang abang dari Yes buat promosi untuk adik-adik yang baru masuk.

Abang 1 : Awak tahun berapa?
Aku        : Tahun 3

* First time aku sedar yang aku dah tahun 3. Awkward. Weird.

Abang 2 : Manis awak hari ni.
Aku        : Terima kasih

* Abang tu mesti cakap macam tu sebab aku pakai baju kurung. Tapi thanks untuk abang tu sebab dah naikkan confidence level aku untuk berhadapan dengan lebih ramai orang lagi.

Sebelum mula kelas, kami berbual-bual di cafe fakulti dulu. Tiba-tiba ada seorang wanita berpurdah datang. Rupanya rakan sekelas kami yang baru berkahwin semester lepas. Terkejut juga sebab tak dengar berita apa-apa pun. Tup tup dah berpurdah tapi alhamdulillah sebab dia berubah ke arah kebaikan. Cuma aku rasa janggal nak berbual sebab tak biasa. Aku memang pelik macam ni. Mudah sangat rasa janggal.

Ok lah, sampai sini saja yang aku rajin nak menaip. Goodluck adik-adik yang baru masuk. Semuanya akan baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Baca doa ni selalu ye. Semoga niat sentiasa di jalan Allah dan kerja dipermudahkan oleh-Nya.








No comments:

Post a Comment

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI