Tuesday, 29 September 2015

The FYP Part 2

Assalamualaikum,,
Salam Aidiladha. *macam dah lambat je nak wish.

Apa cerita FYP aku? Tak ada banyak perkembangan sangat sebab aku asyik tangguh-tangguh kerja. Bukan apa, bila aku nak buat something, mesti datang masalah yang membuatkan aku tak jumpa jalan keluar. Ala-ala ada dalam maze  dah aku ni. Disebabkan itulah aku makin bertambah malas. =P Heee...

Lepas dah jumpa SV untuk FYP masing-masing, maka bermulalah sesi cari-mencari, Google-mengGoogle, selongkar segala jurnal dan tesis insan-insan terdahulu yang hampir sama (ada keyword yang similar) dengan projek yang kita akan lakukan. Kenapa? Bukan untuk copy and paste ye tapi untuk rujukan kita dalam melakukan penambahbaikan terhadap projek tersebut. Setakat ni aku dah cari beberapa bahan rujukan di Google Scholar dan di beberapa Open Access journals. Aku masih belum mula mencari jurnal di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), UKM sebab aku bercadang untuk search jurnal dari portal GEMILANG dahulu. Apa dia pula GEMILANG ni. *sambil garu kepala. Dewan Gemilang ke Jalur Gemilang?
Dua-dua bukan ye. GEMILANG ni portal katalog perpustakaan UKM yang merupakan singkatan kepada Gedung Maklumat Ilmu Tun Seri Lanang. Apa-apa koleksi dalam library seperti jurnal, kamus, tesis dan sebagainya boleh dicari secara online sahaja di laman web ini. gemilang.ukm.my
Ada juga e-journal dan e-thesis yang boleh dibuka menggunakan nombor matrik dan ID yang sama untuk buka portal GEMILANG. Segalanya di hujung jari. *dan ini menyebabkan aku malas pergi library.
Bagi student Fakulti Sains dan Teknologi (FST) macam aku ni yang berada di bawah Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi (PPBsBt), bolehlah cari tesis senior yang disarankan oleh SV masing-masing di Bilik Sumber. Untuk meminjam tesis-tesis tersebut, perlulah ada kad ahli pusat sumber. Minta borang di pejabat PPBsBt untuk membuat kad tersebut dengan bayaran RM3.00 sahaja. Amatlah disarankan untuk mendapatkan maklumat tesis (tahun/tajuk/nama penulis tesis) yang ingin dicari sebelum ke bilik ini bagi memudahkan urusan.

Ini jadual waktu bilik tersebut beroperasi bagi bulan ini. Dapatkan maklumat waktu operasi sebelum pergi.
Bila dah settle proses mengumpul bahan rujukan (untuk permulaan, afdalnya lebih kurang 15 bahan), baca dan hadamlah maklumat yang ada supaya lebih memahami projek yang akan dibuat nanti.

Proposal boleh mula ditulis setelah mendapatkan maklumat secukupnya. Penulisan proposal yang baik akan memudahkan proses penulisan tesis nanti. Part proposal ni hold dulu sebab aku tak mula tulis lagi. Masih mencari contoh proposal dari senior yang sesuai untuk dirujuk.

This is the moment to set your mind "this is my thesis not my supervisor's project". 
Kenapa? Sebab waktu viva nanti, lecturer yang menilai tak nak dengar jawapan "entahlah, lecturer yang suruh" , "akak dekat lab cakap macam tu", ataupun "lecturer dah tetapkan saya buat sample ni". Kalau rasa tak nak belajar dah, sila buat =P Heee... It's the fact yang lecturer suruh buat macam tu, macam ni, but you need to give concrete reasons why you do the project. Protect your project as much as you can. Kalau tak suka projek tu, bolehlah berbincang dengan SV secara aman bagi mengelakkan masalah lain timbul dan tukarlah projek lain. Analoginya macam nak kahwin dengan pilihan keluarga la. Ewah. Kalau tak suka, cakap tak suka dan bagitahu calon yang macam mana berkenan di hati. Bila dah pilih calon tu, mestilah ada complete reasons kenapa pilih dia. Tak kan nak kata parents suruh lagi. Kan dah bagi masa untuk argue. Ada faham?
Aku pun masih dalam proses "mind-setting". 

Lagi satu, memandangkan penulisan tesis ni adalah dalam Bahasa Melayu (kita UKM, kan), maka pelajar FST bolehlah rujuk Portal Maya Istilah Sains (ETISAS) untuk translate bahasa.

Itu sahajalah setakat ini.
Ok, good luck!!


2 comments:

sangat dialu-alukan komen yang positif dan membina =D

 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI