Assalamualaikum
Hai!!!
Minggu lepas 4 & 5 Mac 2017 aku pergi Family Day sekolah ayah aku. Sepatutnya aku tak perlu join sebab adik-adik aku yang nak ikut mula-mula. Sekali masing-masing tak boleh balik sebab asrama lah ape lah. Aku lah yang jadi bidan terjun sebab ayah dah tempah untuk 5 orang. Gigihlah balik rumah senja-senja Jumaat tu sebab pagi Sabtu dah nak gerak.
Dalam pukul 8 pagi Sabtu tu gerak. Aku memang angkut la DSLR seketul tu walaupun skill tak ada. Plannya pagi tu singgah kedai makan dekat Jerantut untuk breakfast dan tunggu yang lain-lain sampai. Aku melantak nasi lemak lauk burung puyuh goreng la ape lagi. Bukan selalu dapat makan puyuh. Aku ni segala haiwan yang halal dimakan aku telan. Tapi belut tak pernah try lagi.
Kalau ikut jadual, 9.40 a.m gerak berkonvoi. Sekali 9.40 a.m tu baru nak makan la, ape la. Ayah aku pon ape lagi, bagi arahan siapa yang dah siap gerak dulu. Yang lambat, nanti kejar belakang. Takpe. Memasing bawak kereta macam kat litar Sepang.
Tengah hari tu sebelum sampai hotel singgah kat satu gerai ni (dekat Masjid Kg. Pandan) sebab ada yang nak merasa kari kambing kawww punya dekat situ. Baru aku perasan yang family kami je bawak anak besar gajah semuanya. Anak-anak cikgu lain kecikkkk je. Main lari-lari lagi. Nak cari jodoh pon terbantut. Haha.
Lepas kekenyangan, sampailah dekat Hotel Sri Manja (anak beranak dengan pasaraya Tunas Manja tuuu).
Gigih berdiri tepi jalan dengan kereta lalu lalang nak dapat gambar ni. |
Ni hiasan dekat koridor aras bilik kami. |
Lepas check in tu, masing-masing buat hal sendiri. Ikutlah nak pergi shopping ke, jalan-jalan cuci mata ke, mandi kolam ke. My family pergi shopping la ape lagi. Dah tak tau nak berjalan dekat mana dah Kuantan tu. Selalu sangat pergi.
Alalalalaaaa....macam bersanding pulak. Gambar background tu penting. Tradisonal sangat. |
Masa kami datang tu, ada bengkel ke seminar ape tah dekat hotel ni pasal medic macam tu la. Diorang makan dekat The Lounge ni. Kami tak merasa makan dekat sini. Huhu. |
Iols tak promote ke review hotel ke ape ye. Saja nak sumbat gambar kat sini. Kalau tak salah, wifi bayar sekali dengan harga bilik rasanya. (Kami ambil pakej family dalam RM 180++ kot) Entahlah. Bukan aku yang bayar. Hehe. Memang laju dan aku guna sepuas hati. Hahaha. Kebetulan pulak iron board dekat luar pintu bilik kami, memang bagus lah sebab segala baju + tudung aku main sumbat gulung je dalam beg. =P . Yang tak best nya, pintu toilet tak dapat tutup kemas sebab getah dekat pintu tertanggal sikit dan air-cond buat hal. Air-cond tu aku tak kisah sebab aku memang sejukkk teramat sangat. Kalau off pon tak pe. Heeee.
Lepas jamak qasar Zohor Asar tu, bermulalah sesi cari kain pasang buat baju raya. Mak nak sama sedondon warna biru. Dapatlah warna ungu + biru.
Tengah sedap cuci mata dari kedai ke kedai, nampaklah burung tengah seronok makan. Aku pon kacau sebab nak ambik gambar burung terbang kan. Kesian kau burung. Jangan ada yang tercekik sudah. |
Malam tu dinner dekat hotel sekali bagi hadiah untuk guru-guru. Puaslah aku tengok budak-budak berlari sana sini. Aigooo.
Baca doa dulu sebelum makan |
Rupa macam tomyam, rasa macam singgang. Aku pon tak tau nama dia ape. Hehe |
Lepas dinner tu aku tak join dah ambik-ambik gambar kenangan ni. Otak fikir nak download benda-benda lagha dan tidurrr. =P Ayah aku lepak Teluk Cempedak malam tu dengan geng-geng dia. Adik-beradik aku yang lelaki rasanya pergi tengok bola ke apa entah.
Dating |
Sarapan nasi dagang + air oren |
Konon nak makan bubur. Not my taste. Taste aku makanan tak sihat. Hehe. |
Lepas breakfast & check out, pergi lawan bowling. Aku tak main. Tak ada bakat. |
Game tak habis lagi, kami dah balik dah sebab aku & abang nak kena naik bas pukul 1.30 pm balik rumah sewa semula. First time naik bas dengan abang aku & first time turun dekat TBS. Walaupun simple tapi ok la sebab aku memang betul-betul cuti. Tak fikir pasal assignment ke study ke.
Family day ni simple sebab buat last minute atas sebab tertentu. Grand family day bulan Mei rasanya dekat Kelantan. Nak ikut lagi..... Hehe.