Saturday 31 October 2015

The Love At First Sight



Wahhh!! Happy sangat-sangat. Ni pertama kali aku jumpa. Toing-toing-toing. Lompat joget-joget. Wiii~ ~ ~ Cool Najwa, relax. Relax. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus.
Kenapa aku over sangat ni? Ayoyo. Tadi ada sorang blogger komen dekat blog aku yang entri drama korea tu. Aku pon macam biasa pergilah melawat blog dia. Fulamakkkk. Dia peminat K-pop weh. Ni blogger pertama yang aku jumpa fanatik K-pop. Dah la dia minat CN Blue. Walllawehhh. Kita sama lah. Haha. Tengok dari blog dia, kira famous juga dia ni. Kagum gue. Ada sebab la kenapa aku kagum. Bermula detik itu, aku jatuh cinta dengan blog Sally Samsaiman . :) :) :) Siap buat moment dekat Wechat lagi. Punyalah excited. Macam budak-budak dapat Coki-Coki. Heh.

The Majlis Konvokesyen UKM 2015



Selamat bergraduasi semua!! Yeahhh, musim-musim orang tayang jubah konvo dekat FB, insta, segala bagai ni, memang buat aku jealous. Tak pe, tak pe, setahun je lagi. Fighting!

Aku rasa tak terlambat lagi nak ucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan aku yang baru habis diploma di UTHM, kawan-kawan seusia yang satu sekolah dulu, dan senior-senior Genetik terutamanya yang banyak bagi nasihat, nota etc. Hope you guys cepat dapat kerja dan untuk yang nak sambung belajar lagi, teruskan usaha. :)

Kalau ada konvo, tak sah tak ada pesta konvo. Karnival Konvo ke-43, UKM  ni bermula 29 Oktober sampailah 3 November. Jadi, jom beramai-ramai serbu Dataran Panggung Seni dan sekitarnya. Walaupun bingit jugak dengan bunyi-bunyi orang nyanyi, orang bercakap, muzik etc sebab kolej aku dekat je dengan Panggung Seni, tapi tak pe. Sekali je setahun. Untuk dapatkan info program yang sedang berlansung, bolehlah like FB page Karnival Konvo ke-43, UKM.

Aku pun baru balik dari Panggung Seni ni. Ada Warung Halal. Best dan lawak. Lepas Warung Halal tadi, ada Sofi Jikan datang dengan siapa tah lagi. Aku balik dah. tak larat nak oiii. Tengah malam dah ni. Ni pun saja-saja menggagahkan jari menaip. Dia datang tadi sebab ada program kutipan amal gitu lah. Katanya filem Ajib Is Back lakonan Sofi Jikan akan ditayangkan tahun depan. Tapi dekat konvo ni, special tayangan filem ni pada malam 31 Oktober. Harga tiket bermula RM 10. Sambil berhibur, sambil menderma gitu la motifnya.

Ok, congratulation!! 

Actually aku nak letak gambar pesta konvo bawah ni tapi tah kenapa blog aku meragam. Tak boleh nak upload gambar. Nanti je la ye aku upload. 

Thursday 29 October 2015

The She Was Pretty Drama


Hai ~ ~ ~
Dah beberapa hari aku berdiam diri. Melawat blog orang lain je kerjanya sebab tak rajin nak menulis dekat blog sendiri. Minggu ni dah start mid sem exam. Semalam dah settled plant breeding exam. Apa yang aku tulis pun aku tak tahu. 80 markah, 4 soalan. Oyeh!! Tah apa-apa la aku jawab. Tahap redha betul ni. Minggu depan lagi huru-hara hidup aku. Examssss, presentationsssss etc. (Nampak tak banyak S tu). Ni baru jadi student je. Belum tambah tanggungjawab lain lagi. Memang awesome lah orang yang kerja sambil belajar, dengan anak, isteri/suami lagi. Fuhhh. Tak dapat aku bayang.

Bila aku bosan dengan note, study segala mak nenek ni, aku mulalah mencari drama Korea buat hilang stress. (Stress lah sangat. Alasan!) Maka bermulalah siri maraton drama Korea. Aku sedang maraton drama She Was Pretty. Cerita ni sedang ditayangkan sebab baru sampai episod 11 sekarang ni. Drama ni ada 16 episod. Pengarahnya Jung Dae Yoon. Penulis Jo Sung Hee.

Sinopsis She Was Pretty :
Ada seorang budak lelaki gemuk nama dia Ji Sung Joon (nama asal : Park Seo Joon) selalu kena buli masa kecik-kecik. Lepas tu, seorang budak perempuan cantik nama Kim Hye Jin (nama asal : Hwang Jung Eum) selalu back up dia. Dua orang tu jadi kawan baik yang ada something special gitu. Kim Hye Jin ni ada BFF perempuan, namanya Min Ha Ri (nama asal : Go Joon Hee). Dua budak perempuan ni memang kawan baik sejak lahir. Mak Hye Jin dengan mak Ha Ri ni BFF juga. Masa kecik, Ha Ri tak minat sangat nak kawan dengan Sung Joon sebab dia gemuk. Tak lama tu Sung Joon pindah oversea. Tah macam mana Sung Joon dangan Hye Jin boleh lost contact lepas beberapa kali bertukar-tukar surat.
15 tahun kemudian kalau tak salah aku, Sung Joon dapat contact info Hye Jin dari social media kawan sekelas dia. Dia pun bagitahu Hye Jin yang dia nak jumpa Hye Jin waktu dia balik Korea nanti. Waktu nak jumpa ni lah mula segala huru-hara yang berlaku. Sebab bila dah besar, Sung Joon ni dah tak gemuk macam kecik-kecik dulu. Bapak la segala handsome nya. Tapi si Hye Jin ni jadi hodoh sikit sebab puberty kot. Hye Jin pun suruh Ha Ri yang cantik jelita ni berlakon jadi dia. Ha Ri pon berlakonlah. Nak dijadikan cerita, si Sung Joon ni dapat kerja sama tempat dengan Hye Jin. Dia memang tak cam langsung tu Hye Jin dia masa kecik dulu. Ayoyo. Apa la.
Lama-lama si Ha Ri ni jatuh cinta dengan Sung Joon. Yang best nya, persahabatan dia dengan Hye Jin memang sweet. Tak ada la kawan makan kawan. Ada pulak Choi Siwon kumpulan Super Junior tu berlakon. Kelakar la Siwon tu. Tapi nampak tua sikit. Haha.
Macam mana Ha Ri dedahkan yang dia tu bukan Hye Jin? Kenapa tiba-tiba Sung Joon balik Korea?Apa watak sebenar Siwon dalam cerita ni? Boleh ke Hye Jin jadi cantik semula? Nak tahu? Sila tengok. Hasut ni, hasut. Heeee.

Belit-belit betul relationship watak empat orang ni. Penipuan tu macam bola salji. Makin berguling, makin besar jadinya. 

Ok, sambung maraton. :)


Sunday 25 October 2015

The D'One Steak Restaurant, Bangi



Hai. Semalam lepas seharian berjalan tak tentu hala, kami singgah di Restoran D'One Steak. Aku dah lama perasan restoran ni tapi tak pernah cuba lagi makan dekat situ. Semalam pergi pun sebab Dila yang ajak. Aku maklumkan awal-awal yang aku tak ambil gambar makanan dekat restoran tu sebab aku memang mengantuk sangat masa makan semalam. Ingat nak telan terus makanan, balik kolej, tidur. Haha.
Dila order Fish N Chip (RM 9.50) dengan air barli (RM2.50). Dia tak ada komen apa-apa sedap ke tak. Tapi air memang dalam gelas besar la. Puas hati betul minum air.
Aku order Chicken Grilled (RM 9.90) dengan teh o ais limau (RM 3.00).  Komen aku mula-mula makanan sampai, "sikitnya....". Aku tak tahu aku yang spesis pelahap atau memang portion dia sikit. Rasa standard je. Ok lah. Tak ada lah tak sedap. Aku kenyang sebab minum air je. Haha.
Teha order Seafood Spaghetti (RM 10.50) dengan jus epal (RM 4.00). Ada letak udang kecil dengan sotong kecil. Teha kata sedap sebab dia lapar. Portion dia banyak jugak la.
Jihah order Lamb Chop (RM 17.50) dengan jus oren (RM 4.00). Dia complain makanan dia dari awal makan sampai habis makan. Haha. Dia kata ada rasa ayam jugak. Macam tak rasa sangat lamb tu. Ada campur lemak sekali dan liat sikit. Aku tak rasa, jadi aku tak tahu liatnya macam mana. Kalau nak tahu, order lah. =D

Secara keseluruhannya,
-Deko restoran lawa tapi agak sempit nak lalu.
-Portion macam tak menentu sebab aku tengok portion makanan meja sebelah banyak pulak.
-Hiasan makanan tu oklah. Sesuai dengan bayaran.
-Rasa makanan biasa je bagi aku tapi ok la, sedap jugak.
-Customer-friendly employees and skilled


Habis berkedut resit. Ini jelah bukti yang aku pergi restoran tu. Gambar makanan tak ambil.

Alamat : Persiaran Pusat Bandar 1, 43650 Bangi, Selangor.
               (dekat juga dengan Giant Bangi)
Waktu operasi : Isnin-Khamis: 12:00 pm - 1:00 am
                          Jumaat: 4:00 pm - 1:00 am
                          Sabtu-Ahad: 12:00 pm - 1:00 am
Credit to Google Image

Credit to Google Image


Selamat mencuba!

Saturday 24 October 2015

The 5 Interesting Places Around UKM



Hai. Apa cerita Bajet 2016? Haha. Aku kisah pasal BBIM je la kan. Student lagi, nak dapat BRIM tak boleh sebab dah dapat BBIM.

Hari ni dalam pukul 10 pagi nanti aku dengan member-member nak jalan-jalan release stress kononnya. Aku tak rasa apa-apa stress pun sekarang ni tapi si Dila yang berhajat nak keluar sangat dari UKM untuk cari udara jerebu. Hehe. Tapi dari siang semalam sampai sekarang tak tau lagi nak ke mana.  Ni confirm dalam kereta time nak gerak nanti baru decide ni. Haha. Meh aku senaraikan tempat cadangan yang kami nak pergi.(dari siang semalam berbincang sampailah ke malam tak ada keputusan jugak). Apa yang best sekitar Selangor/KL/UKM ni?

1) Berjaya Times Square (TS)
Kenapa kami nak pergi sini mula-mula? Sebab nak try naik roller coaster tu. Aku cuak jugak tapi teringin. Jihah cakap dia dah beberapa kali naik. Dia takut kami rasa tak berbaloi bayaran dengan permainan. Kalau sesiapa nak pergi aku rasa berbaloi sebab it is Malaysia's largest indoor theme park. Memang boleh have fun lah puas-puas tapi sedia duit banyak-banyak je. Ada di tingkat 5 dan 7. Entrance di tingkat 5 kalau tak salah.

Macam-macam permainan ada dan kemudahan juga disediakan.
Dekat sini kalau tak nak main pun boleh shopping sakan sebab kebanyakannya murah-murah. Seriously. Aku suka shopping je dekat sini. Haha. Kalau dari KTM UKM boleh turun di KL Sentral atau Bandar Tasik Selatan. Bila sampai KL Sentral, tukar naik monorel ke Imbi dan terus sampai ke TS ni. Kalau turun dekat Bandar Tasik Selatan, naik LRT ke Hang Tuah. Yang mana paling senang? Kalau aku, aku suka lalu KL Sentral - Imbi. Kalau turun Hang Tuah, kena jalan sikitlah nak ke TS tu. Berjalan tu yang malas. Haha.
Kalau nak pergi Low Yat pun dekat je. Keluar dari TS ni dah boleh jumpa Low Yat. Lepas tu Dila ajak pergi Sunway Putra Mall lah, Quill City Mall lah. Aku tak pernah jejak lagi dua tempat ni. Jadi tak dapat nak bercerita. Quill City Mall ni baru rasanya. Turun dekat jalan Sultan Ismail kalau tak salah. You all Google lah dulu sebelum pergi. Make sure you save the KL Transit Map, ok?

2) Mid Valley Megamall. 
Tempat ni antara tempat pelajar UKM selalu pergi. Boleh naik KTM terus turun di Mid Valley. Senang je. Aku tak minat sangat pergi sini sebab mahal kot. Lepas tu luas sangat bertingkat-tingkat dan ada north, east, bagai macam tu. Aku ni makhluk malas berjalan. Haha. Selalu prepare map senang. Tak membazir nak ke huhu ke hilir cari satu tempat. Surau ada dalam AEON dan di food court. Surau kena banyakkan lagi rasanya. Mall besar, mestilah ramai yang nak solat. 

3) The Mines.
Dekat sini ramai UKM and UPM students. Student GMI ada juga kot. Kadang-kadang boleh jumpa juga student UPNM. Senang sangat nak detect sebab dia pakai uniform. Nak jalan kaki ke mall dari stesen KTM Serdang memang jauh tapi boleh naik cruise. RM 3 sekali naik. Dulu RM 2 je. Aku suka jalan kaki masa pergi dan naik cruise masa balik. Jimat sikit dan tak penat. Waktu balikkan dah penat berjalan, barang pulak banyak. Sebab tu aku naik cruise.  Dekat sini best sebab tak luas sangat dan ada apa yang aku nak selalunya. Surau, food court, toilet, cinema, dll senang nak cari. Kaunter PTPTN pon adooo. Bolehlah pergi kalau ada urusan. Kot-kot lah nak bayar hutang ke apa. Haha. 

4) Tadom Hill
Ni Jihah yang cadangkan. Sebab tempat ni viral dah sekarang. Untuk jadi port fotografi memang lawa lah. Aku Google pun nampak lawa sangat-sangat air dan pemandangannya. Ala-ala tradisional gitu. Buluh-buluh apa semua. Tapi sekarang jerebu. Tempat ni dekat Banting. Jadinya, kami tunda dulu hajat yang satu ni atas sebab-sebab keselamatan. Memang kena naik keretalah nak ke Banting. Dah tak boleh naik KTM ke apa. 

Boleh teka ke apa ni? Ni lah pelampung. Boleh duduk je atas tu. Thanks Google Image. 
Tempat mandi manda lain yang aku cadangkan ialah Sg. Tekala dan Sg. Gabai. Ni tempat yang selalu student UKM pergi untuk program atau enjoy apa semua. Pantai Morib pun aku sarankan.

5) Putrajaya
Dekat sini ada macam-macam tapi kalau selalu pergi tak rasa apa-apa dah kot. Aku bagi list link saja ok? Sebab kalau nak suruh aku tulis detail satu-satu, memang kena buat satu lagi entri kot. Aku suka sangat Putrajaya. Nama blog pun dah Putra.
link:
entri blog aku tentang putrajaya
satu lagi entri
Alamanda
Masjid Putra
Masjid Besi
Taman Botani
Taman Wetland
Taman Warisan Pertanian
PICC
Taman Cabaran
Taman Saujana Hijau
IOI City Mall

Dan banyak lagi. Bolehlah tengok-tengok di Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya. Kalau waktu ada event lagi best. Aku pernah pergi Floria event, LAMPU, acara Jom Makan Buah, dan apa tah lagi. Aku pun dah tak ingat. Kalau nak pergi Floria tu, aku cadangkan pergi siang. Kalau nak pergi LAMPU tu aku cadangkan bawak kamera yang power sikit sebab baru gambar nampak lawa. Jom Makan Buah ni memang sesuai untuk orang bandar yang jarang jumpa buah-buah kampung atau untuk perkenalkan dekat anak-anak jenis-jenis buah yang ada dalam Malaysia ni. Aku cadangkan datang waktu siang.

Rasanya dah banyak sangat aku pot pet pot pet ni.
Jom pergi jalan!!


Wednesday 21 October 2015

The Typhoid Fever



Hai! Morning! 

Hari Rabu ni sepatutnya jadi hari yang paling sibuk untuk aku sebab kelas dari 8 pagi sampai petang. Tapi disebabkan jerebu yang berleluasa, UKM benarkan kami cuti. Oyeh. Entahlah nak gembira ke bosan. Sebab semalam aku dah tak ada kelas seharian. Hari ni pulak cuti. Bosan wehhh. Bukan aku rajin sangat nak pergi kelas tapi kalau duduk bilik tak tau nak buat apa pun, mereput jugak aku. Huhuhu. Nak keluar shopping time-time jerebu ni memang taklah. Malas aku nak try test kuat ke tak antibodi aku. Kang sakit tak pasal-pasal susahkan diri sendiri.

Lagipun aku risau juga pasal kes demam kepialu di KL dan Kajang. Aku yang dah berzaman tak dengar perkataan kepialu tu rasa curious pula nak tahu macam mana boleh merebak cepat sangat. Wikipedia cakap penyakit ni disebabkan oleh bakteria yang bernama Salmonella thypi (info Salmonella ). Ia merebak melalui makanan dan air yang tercemar. Kalau ada rasa simptom-simptom macam demam ke, sakit perut atau sakit kepala, silalah ke klinik. Jangan anggap sakit biasa-biasa je waktu-waktu macam ni. Pergi je klinik, tak salah pun. Pastikan jaga kebersihan tangan, makan makanan yang diyakini bersih dan minum air yang dah diproses macam air mineral dalam botol tu. Yang susahnya nak kumur-kumur waktu gosok gigi la. Risau juga sebab air paip masuk dalam mulut. Buat sementara waktu ni kumurlah dengan air mineral untuk keselamatan.

Saiz besar terus aku buat ni. Jaga diri ok. 

Sunday 18 October 2015

The SLAI UKM


Hai geng! Haha.

Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih untuk owner blog sofinahlamudin.com yang sudi buat entri ajar saya pasal edit blog ni. Biasalah newbie yang dah berkarat ni memang blur bab-bab IT kadang-kadang. Dah 3 tahun ada blog tapi tak pandai-pandai jugak. Sadis sungguh.

Esok ada kelas, malam ni lepak lagi berblog bagai. Bagus sangat. Student contoh memang macam ni. Haha. Aku sedang mencari idea nak tulis resume sebenarnya ni. Ku seru ilham, menjelmalah!! Gituhh. Resume ni bukan untuk minta kerja lagi ye. Sabar. Lambat lagi nak berganjak ke alam pekerjaan. Kali ni aku bersungguh buat resume sebab nak upload dalam Laman Sistem Latihan Amali/Industri (SLAI). Apa benda pulak dah SLAI ni? Ikan salai ke? Eh, bukan, bukan. Jangan asyik fikir makanan je. SLAI tau.

Bila buka laman web tu, pilih no.1 ok. Lepas tu keluarlah macam biasa. Laman utama bagai tu. Klik dekat Pelajar > Permohonan > Permohonan. Maka, keluarlah segala maklumat peribadi anda wahai pelajar UKM. Isilah ruang maklumat tu sampai siap dan simpan.

Upload resume anda di sini tau. 
Lepas dah siap hantar resume tu, klik dekat bahagian Permohonan Latihan Amali/Industri tu. Pilihlah nak tempat LI berdasarkan kod / nama / bandar / negeri / negara / Pusat pengajian/program/jabatan

Kalau pilih berdasarkan kod, masukkanlah kod dekat situ. Kod ni kalau tak salah aku, kod agensi yang kita nak tu. 



Kalau dah tetap nak tempat dekat mana, taip je terus dekat "nama". 


Part bandar, negeri , negara dan pusat pengajian tu, semua akan keluar column sila pilih. Jadi, pilihlah mana yang berkenan. 

Lepas tu klik "Capai"

Lepas tu akan keluar senarai tempat yang boleh dipilih melalui sistem. Macam ni.


Aku pilih Bandar Baru Bangi sebagai contoh. 
Nampak tak hujung tu dia tulis "keutamaan agensi", lepas tu ada kod-kod tu?
Itu kod program kita. 
Macam aku ambil jurusan Genetik.
Kod aku STBG. Kenapa?
ST = Fakulti Sains dan Teknologi
B= Biologi
G= Genetik

Klik dua (2) tempat sahaja ok. Kalaulah tempat LI yang diidamkan tiada dalam senarai sistem, sila isi Borang Maklumat Agensi dan ikut prosedur yang sepatutnya. Jangan nangis pulak sebab tak ada dalam list tu. 

Dah kenapa aku buat entri tutorial isi borang ni? Aku nak cakap pasal resume je tadi. Waduh3. BTW, goodluck ok!!





Friday 16 October 2015

The Q2 : Belajar atau Bekerja?


Alhamdulillah dah siap hantar proposal FYP aku. Walaupun banyak juga yang aku tak pasti betul ke tak tapi redha je la. Makin lambat aku hantar, makin rajin pulak aku edit macam-macam. Entah betul entah salah. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Now, it's time to prepare proposal slide presentation. 
Bila dah tahun akhir ni, ramailah yang tanya nak sambung belajar lagi ke lepas degree ni? Aku tanpa banyak berfikir terus jawab, "kalau ada rezeki sambung lagi, aku sambung,".

Kenapa weh? Tak nak kerja dulu ke?  Bila nak kahwinnya? Asyik belajar je.

OMO~~~ banyak betul soalan.
Haha. Tak tahu nak jawab yang mana satu.

Kenapa nak sambung?
Banyak juga blog yang aku baca tentang tajuk "kenapa nak sambung belajar?". Macam-macam jawapan ada. Ada yang sama sebab dengan aku, ada juga sebab yang aku tak terfikir pun. Sebab utama aku ada pasang niat nak sambung belajar lagi ialah aku tak rasa bidang Genetik ni bidang terakhir aku. Alang-alang belajar, aku nak tahu semampu mana aku boleh pergi. Tak cuba, tak tahu. Ada satu bidang yang aku teringin nak pergi dan harap-harap rezeki aku ada dekat situ. Amin. Sebab yang kedua, harapan keluarga terutamanya mak aku. Orang lain balas jasa mak ayah dengan bantu kewangan tapi aku balas dengan penuhi harapan mak aku. Part-part kewangan ni aku serah dekat abang aku. Haha. Kalau nak harap niat aku nak belajar yang asyik berubah tu, memang tak ke mana. Jadi, harapan mak aku la yang buat aku kuat menghadap lecturer pot pet pot pet dalam kuliah. Waduh3. Jerebu pulak retina mata aku ni. Jadinya, sebab tu lah selagi aku boleh belajar, aku belajar.

Tak nak kerja dulu ke?
Kalau ada rezeki kerja sambil belajar, aku buat. Semuanya tergantung pada rezeki. Biasanya orang bila tak dapat kerja, baru pasang niat nak sambung belajar. Tapi aku kalau tak dapat sambung belajar, baru aku cari kerja. Boleh tak? Haha. Walaupun bidang aku ni macam cerah masa depan nak kerja dalam lab tapi kalau boleh aku nak kerja dengan manusia bukan dengan apparatus dalam lab. Tolong!! Dari kecik sampai besar duduk makmal. Bagilah aku peluang kerja dengan manusia.

Bila nak kahwinnya? Asyik belajar je.
Tanya parent la. No comment. Study is my first priority for now. 

Pada pendapat aku, sambung belajar atau tak tu tergantung kepada kehendak masing-masing. Ada yang suka pegang duit beribu berjuta masa muda-muda lagi. Ada yang suka belajar tak sudah-sudah. Semuanya atas niat. Yang penting pada aku, happy kan parent selagi mampu. Chaiyok!!
*search jawatan kosong dah ni =P

Tuesday 13 October 2015

The FYP Part 3 - Tips Proposal



Hai!!

Malam ni baru ada feel sikit nak cerita tentang perkembangan proposal FYP aku. Letih sangat-sangat nak buat dan macam-macam kisah yang aku dengar dari kawan-kawan. Setiap orang ada masalah masing-masing. Sampai aku rasa yang masalah aku tak sebesar masalah kawan-kawan aku. Sebab tu aku kuat lagi. Ada beberapa kesalahan yang aku buat sepanjang menyiapkan proposal ni tetapi silap aku yang paling besar ialah aku ambil mudah. Aku anggap semuanya mudah. Sebab apa? Sebab aku rasa aku ada semua maklumat yang aku nak. Just translate to Malay, copy and paste. That's it. Jangan, jangan, jangan buat macam ni. Sepatutnya kena buat macam ni :-

1) Fahamkan projek yang akan dibuat

Rujuk post-grad student atau lecturer dan fahamkan apa rasional kajian yang akan dilakukan. Fahamkan sefaham fahamnya. Mintalah link web site, bahan rujukan yang mereka selalu rujuk atau apa sahaja yang dapat membantu kefahaman kita dari mereka. Tanya mereka apa isi yang patut dimasukkan ke dalam proposal dan apa yang tidak perlu. Waktu jumpa mereka, kita mesti prepare the basic knowledge. Jangan minta disuap sahaja tau. Bahaya nanti. Kena marah, aku tak dapat nak back up. Heeeee..

2) Rancang

Perkara ni sangat penting. If you fail to plan, you plan to fail. Rancang apa yang nak ditulis. Try to use WHO Questions. Rancang perjalanan eksperimen menggunakan carta alir dan carta Gantt. Dari situ, kita akan nampak rasional atau tidak proses eksperimen tersebut.

3) Cari maklumat

Cari semua maklumat berkaitan apa yang kita telah rancang untuk tulis. Contohnya, statistik pengeluaran produk, fungsi, struktur dan sebagainya. Bila kita dah rancang, kita tak akan baca bahan bacaan secara membabi-buta. Setiap bacaan kita adalah untuk cari isi yang telah dirancang. Faham ke tak ni? Kalau tak faham tanya tau. Aku memang cakap berbelit juga kadang-kadang.

4) Fahamkan format

Inilah yang aku tak faham-faham. Format Gaya UKM ni. Especially the reference part. Bahagian ni aku bagi senior aku yang check and edit sebab dia dah berpengalaman buat thesis. Format memang kena betul sebab itu adalah point untuk orang pertikaikan nanti. Percayalah. =P

5) Semak

Bila dah siap semua yang nak ditulis, semak semula kesalahan ejaan, format, label, italic words dan sebagainya. Kalau malas nak semak sebab dah berpinar mata tengok tulisan yang kita tulis dari pagi sampai ke pagi semula, minta tolong roommate / classmate yang semak. Pastikan orang yang kita minta tolong tu ada basic knowledge dalam bidang kita. Contohnya aku ambil bidang Genetik, bolehlah minta sesiapa yang ada basic in Science untuk semak. Bukan apa, untuk memudahkan dia faham apa yang kita tulis dan tahu mana yang salah. Fahamkan maksud aku?

6) Re-check

Lepas dah betulkan kesalahan yang kawan semak tadi, hantar kepada post-grad student yang handle kita atau kepada supervisor. Mereka akan bagi idea untuk penambahbaikan proposal kita. Kena kutuk ke, kena perli ke, diam saja. Yang penting kerja kita betul dan siap nanti. Mereka buat macam tu sebab nak didik kita. Jadi, bertabahlah ye. =D

7) Print

Yang ni semua orang tahu, kan? Nak print pun kena hati-hati. Nak yang berwarna ke tak, kertas 80 gsm ke 70 gsm, nak berapa copy. Benda senang macam ni orang ambil mudah. Lepas tu kena print lagi sekali sebab tersalah print. Kan membazir namanya.

8) Copy/Save

Ini tersangatlah penting ye kawan-kawan. Save setiap kali siap buat kerja. Jangan save dalam laptop je. Macam aku, aku save dalam fake FB. Haha. FB tu aku tak guna. Jadi senang nak save segala benda sebab tak bercampur dengan hal-hal yang tak berkaitan kerja. Hilang pun tak,kecuali aku lupa password FB aku.

Aku rasa setakat ini sajalah yang aku nak nasihat. Jangan buat di saat-saat akhir dan jangan ambil mudah.

Ok, goodluck!!


Monday 12 October 2015

The Cactus Cafe


Hai!!
Annyeonghaseyo!!

Terlebih excited pulak nak tulis blog. Yelah, 85% proposal settled. Apa yang susah sangatnya nak buat proposal ni sampai berminggu nak siap? Ha, nanti aku cerita ye tapi bukan dalam entri ni, ok?

Dalam entri ni aku nak cerita pasal makanan. Siapa yang tak suka makan? Tak kan lah tak suka. Kalau diet pun, mesti suka makan tapi kena kawal sikitlah, kan. Aku kalau bab-bab diet ni, memang hangat-hangat tahi ayam je. Mustahil aku boleh buat sebulan. Memang tak pernah lagilah setakat ni. Mak aku cakap, biar gemuk asalkan sihat. Pelik punya ayat motivasi. Sebab kalau aku skip makan, selalunya aku akan kiokkkk dan menyusahkan mak aku. Haha.

Pernah dengar nama Cactus Cafe? Aku tak pernah pergi restoran tu lagi tapi dah beberapa kali buat delivery order.  Sebabnya aku selalu bosan makan makanan dekat kafe kolej je. Nak masak memang tak kuasalah aku. Malas satu hal. Leceh satu hal lagi. Kalau ada kenderaan, bolehlah keluar pergi beli bahan mentah. Macam aku ni? Takkan nak naik teksi nak oiii. Tak mungkin. Haha.

Penyelesaiannya, delivery sudah. Kenapa aku tak order KFC ke, Domino's Pizza ke atau seangkatan dengannya? Satu, sebab mostly penghantar delivery order tu adalah lelaki, yang aku pernah jumpa setakat ni. Kedua, aku kena call atau buat online order. Lepas tu tukang hantar makanan tu akan call semula untuk tahu lokasi aku betul ke tak, dah tunggu ke belum dll. Malas weh.

Sebab tu aku order dekat Cactus Cafe. Memang sejak mula-mula aku order, Kak Mariyam yang duk melayan aku. Nak itulah, nak inilah. Kesian orang tak ada transport ni. Padahal restoran tu dekat Seksyen 3, Bangi je. Waktu Ramadan baru ni, restoran tu bagi free kurma dan pakej menu yang berbeza hari-hari. Lagi satu, aku tak perlu call atau buat online order. Aku whatsapp je Kak Mariyam. Settle. Walaupun aku rasa Kak Mariyam ingat-ingat lupa je dekat aku tapi aku tak kisah. Janji kerja aku senang. Haha.

Tapi latest flyers Cactus Cafe dah tak letak no.phone lain dah kalau nak order. Aku yang degil ni, still whatsapp Kak Mariyam jugak. Tak peduli. Sabtu baru ni aku order Chicken Pizza dengan mi udang.


Inilah rupa piza nya. Tak pandai aku nak tangkap gambar bagi nampak menyelerakan sikit. Harga RM 13.90. Ada campur sosej juga. Rasanya sedap sebab pedas-pedas sikit tapi masih perlu diperbaiki.

Sebenarnya mi ni diletakkan dalam polisterin tapi aku tuang dalam pinggan. Luas dan aman sikit nak makan. Harga 8.20. Mi ni pada aku sedap.  Walaupun pedas tapi aku still nak hirup kuah dia. Kalau nak yang udang banyak, boleh order Mi Udang Special tapi mahal sikitlah. 

Inilah insan yang tak makan sayur. Tengok tu, diasingkan pula sayurnya. Ish3. 


Ini kotak piza tadi. Kecikkk je label nya. Tak apa. Janji sedap. 

Ini alamat blog Cactus Cafe

Baru lagi rasanya restoran ni. Blog baru buat ni. Fighting!!

Tengok sini semua!! Segala maklumat ada di sini. Haha.

Entri ini dibuat atas sebab menghargai jasa Kak Mariyam hantar makanan saya yang macam-macam tu. Semoga diberkati oleh-Nya. Amin.



Sunday 11 October 2015

The Rembat Movie

Assalamualaikum ...

Nak tanya ni, siapa dah tengok Polis Evo? Kalau dah tengok, angkat tangan. Wiiwiiiittt... Ramainya yang dah tengok. Tapi entri ni bukan nak cerita tentang Polis Evo sebab rasanya dah ramai yang post pasal cerita tu. Tadi aku pergi tengok cerita Rembat. Shaheizy Sam juga yang berlakon. Zizan pun ada. Cerita dia lawak dan ada double meaning. Jangan gelak je bila tengok, gerakkan akal dan fikir juga tau apa yang dia nak sampaikan. Walaupun aku tak minat bola sepak, tapi aku faham juga apa mesej cerita tu. 
Tadi aku pergi tengok dekat Times Square. Tunggu punya tunggu dekat 1st floor, rupa-rupanya kena naik ke 3rd floor kalau nak masuk Hall 6. Dari hall berapa ke hall berapa entah yang ada dekat 3rd floor. Nasib baik tanya pekerja dekat situ awal-awal. Kalau tak, cerita dah start baru kami masuk hall. 
Gambar tiket pun nak ambik. Padahal bersepah manusia dekat sekeliling tu. Buat muka kering je selfie dekat situ. 

Bergambar je lebih. Bukan main pun benda-benda tu. Seram je tengok.

Kepada sesiapa yang nak tengok cerita Rembat, bolehlah kalau nak tengok sebab aku bagi 3 bintang. Hehe. Ni pendapat saja. Mesej yang bagus tapi tak uhmmmm sangat lagi. Fighting!!

Aku nak buat sinopsis berjela pun tak sempat ni sebab proposal aku ada masalah. Sorry ye. 

Monday 5 October 2015

The Q1 : Kenapa Perempuan Suka Mengongkong?

Assalamualaikum, hai =D

Aku dalam keserabutan buat research proposal yang tak siap-siap, exercise Analisis Statistik Biologi nak kena submit before midnight ni tapi tak tahu nak buat macam mana, and jerebu dah menyebabkan aku risau nak keluar shopping tak tentu hala macam selalu, jadinya, update blog la jawabnya. Haha. *apa kaitan tah.

Baru-baru ni ada seorang senior lelaki tanya aku, "kenapa perempuan suka kongkong boyfriend (BF) dia? Dia tak bagi like status FB, komen dengan perempuan lain pun tak boleh".
*aku macam.........hah?apa? muka memang blur habis.

Aku manalah tahu. Aku tak pernah mengalami situasi tu. Tapi aku perahlah juga otak ni berfikir jawapan yang mungkin dapat puaskan hati dia. Lelaki bukan senang nak faham perempuan. Dia nak cuba faham pun dah kira bagus. Perempuan pun kadang-kadang tak faham diri sendiri. *macam aku. Hukss.

Actually bukan perempuan saja yang suka kongkong, ada juga lelaki yang macam tu. But, certain perempuan suka lelaki yang mengongkong. Maybe sebab nampak lelaki tu care pasal dia. Maybe.
*Apasal aku update status ni. Ni 1st time aku update topik macam ni. 

Jawapan yang aku dapat fikir :

1)  Kurang percaya
Kalau awak percaya dekat partner, kongkong-mengongkong ni tak kan jadi. Jangan terlalu takut BF tu dirampas. Be rasional. Be the best. Yakin dengan diri sendiri dan yakin dengan partner. Kalau ada jodoh, tak ke mana.
Tapi, kalau BF you asyik like gambar perempuan seksi, gambar ex-GF dia, atau apa-apa yang tak berkenan di hati, bagitahu elok-elok yang you tak suka dia buat macam tu. Tapi kalau tu gambar classmate dia atau cousin dia, janganlah nak marah-marah. Kalau dia komen biasa-biasa, biarkanlah. Tapi kalau komen manja-manja, smiley lovey-dovey, bagi kaki je. Haha. Jangan ikutkan hati sangat. Cuba untuk percaya tapi jangan 100% sebab dia bukan husband lagi. Kalau dah kahwin, mestilah kena percaya dekat suami. Jangan tuduh yang bukan-bukan, marah tak tentu pasal. Selidik dulu.

2) Terlalu sayang
Yang ni pun masalah juga. Haha. Girl ni sayang lelaki tu je. Jadi, lelaki, sila bersyukur. Kalau dia tak sayang, dia tak akan peduli BF dia nak layan perempuan mana pun. Ye tak?
"Kau layan awek lain, aku pon boleh layan lelaki lain".
Hah, kan lagi haru.
Sebab dia setia , jadi dia nak partner dia pun setia. Lelaki kena cuba faham apa yang GF dia tak suka. Mungkin boleh kurangkan komen-komen yang tak penting tu. Ok?

3) Sifat ingin tahu
Awak kat mana? Awak, awak kat mana?
Bosan ke kalau GF tanya soalan yang sama setiap 5 minit? Haha.
Perkara ni mungkin banyak berlaku bila hubungan jarak jauh. Sebab dia tak nampak, dia tak dapat bayang. Macam mana tempat kerja partner dia, ramai perempuan ke, betul ke macam tu, betul ke macam ni. Sebab tu dia selalu tanya. Sebab dia nak tahu.
Jadi, bila ada masa, bawalah GF/isteri pergi jumpa kawan-kawan tempat kerja yang mulut boleh pakai sikit. Dapat kawan yang jenis loyar buruk, dia cakap " ni awek kau yang ke berapa ni?"
Padahal kawan tu gurau je. GF pula jenis over-sensitive, makin bergaduhlah jawabnya. Cubalah bawa partner lalu depan tempat kerja, depan rumah sewa, bagi dia dapat bayang berapa jauh tempat kerja dengan rumah, warung lepak area mana,  pasaraya jauh ke dekat. Jadi, dia taklah curious sangat.

4) Saja-saja
Apa punya point ni? Ala, tak faham ke? Perempuan ni kadang-kadang datang la manja dia. Nak merajuk sikit. Acah-acah je tak suka tu, tak suka ni. Jadi, ringankanlah mulut tu untuk memujuk. Ni skill yang lelaki mesti ada. Pandai pujuk. Bagilah ayat macam mana pun. Bagi hadiah pun boleh. Kalau tak tahu nak pujuk guna ayat apa, Google. Bersepah ayat jiwang. Tapi pujuk biar ikhlas. Ok?

That's it. Tapi aku rasa perkara macam ni masih boleh dibawa berbincang. Jangan gaduh-gaduh, ok? Benda boleh settle. =D

Peace!




 

ALL RIGHT RESERVED BY NAJWA ZAHID|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI